Azri Azerai: Jika Tak Rosak, Tak Perlu Baiki

Dengan pengesahan pengambilalihan KL City semalam, maka jutawan muda Azri Azerai kini bergelar pemilik baru kelab berkenaan. Dan sebelum perjanjian ini disahkan, beliau turut memberi jaminan tidak akan mengganggu struktur pengurusan kelab itu. Jaminan sebegini sememangnya melegakan para penyokong City Boys. Ini kerana KL City berada pada kedudukan kukuh dari segi kewangan dan turut melakar […]

Rasmi: Azri Azerai Kini Pemegang Majoriti Saham KL City

Akhirnya, KL City kini sah mendapat pemilik baru. Ini selepas pemilik baru City Boys, Azri Azerai memuatnaik siaran media berkenaan status syarikatnya, Rinani Group sebagai pemegang saham majoriti kelab berkenaan di Twitter hari ini. Majlis pemeteraian perjanjian pengambilalihan itu diadakan semasa rehat separuh masa Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 membabitkan KL City dan Perak beberapa […]

KL City & PDRM Kongsi Stadium

KL City dan PDRM akan kembali semula berkongsi Stadium Tuan Rumah dalam saingan Liga Super musim baru ini. Umum mengetahui, PDRM FC akan turut sama bertanding dalam saingan Liga Super 2023. Menurut temubual daripada Astro Arena, keputusan perjanjian antara dua pihak ini berlaku pada saat akhir. Oleh itu, Pengarah Eksekutif KL City, Stanley Bernard ambil […]

“Perak Seperti Arsenal, 5-6 Tahun Lagi Akan Jadi Pasukan Gergasi”

Beberapa hari lepas, skuad Perak yang dibimbing Datuk Lim Teong Kim tunduk 3-0 kepada KL City dalam Piala Menteri Persekutuan 2023. Walaupun atas kertas dibolosi tiga gol, hakikatnya, prestasi The Bos Gaurus tidaklah seteruk seperti yang disangka. Ini kerana sepanjang perlawanan, skuad Seladang mengawal bahagian tengah sekaligus memudahkan mereka merencana banyak gerakan serangan terhadap tuan […]

Bekas Pemain KL City Di AFC Sertai Melaka

Isu di luar padang langsung tidak mengganggu fokus Melaka FC menjelang saingan Liga M3. Dan difahamkan, bekas pemain tengah KL City, Fakrul Aiman Sidid bakal menyertai pasukan itu musim ini. Khabar angin perpindahan Fakrul Aiman itu dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter semalam. Fakrul Aiman dijangka menambah pengalaman dalam pasukan yang […]

KL City Bakal Berkolaborasi Dengan Kelab Dari UAE?

Beberapa kelab Liga Super diketahui telah mengadakan kerjasama dengan kelab luar seperti Perak-VfL Wolfsburg dan JDT-Sharjah. Kini, giliran KL City pula dikhabarkan bakal bekerjasama dengan kelab yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Ini selepas bakal pemilik KL City, Azri Azerai mendedahkan hasrat tersebut menerusi satu ciapannya di Twitter. Hasrat itu mampu direalisasikan sekiranya proses […]

Tiket Aksi KL City & Perak Dilelong Pada Harga RM1

Pra-musim KL City dan Perak bakal diteruskan menerusi kejohanan tahunan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 dengan kedua-duanya bersemuka pada Sabtu ini. Dan istimewa buat para penyokong, tiket untuk perlawanan tersebut dijual pada harga RM1! Nampak tak masuk akal tetapi itulah harga tiket perlawanan pada malam tersebut. Selain itu, penyokong juga bakal mendapat hadiah percuma berupa […]

KL City Dah Tak Takut Seperti Musim Lalu

Walaupun mempunyai barisan pemain yang lebih berkualiti berbanding musim-musim sebelumnya, Kuala Lumpur City FC (KL City) tidak meletakkan sasaran yang menggunung bahkan hanya mensasarkan kedudukan lima terbaik bagi saingan Liga Super 2023. Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard, tiada lain yang diharapkan selain aksi konsisten dapat dipersembahkan oleh para pemain KL City […]

Sean Giannelli Mampu Beraksi Di Pelbagai Posisi Bersama KL City

Semalam, Sean Giannelli membuat kemunculan pertama bersama KL City dalam perlawanan persahabatan menentang Terengganu. Walaupun perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 0-0, Sean berharap itu merupakan permulaan membantu City Boys menghadapi saingan liga musim ini. Beraksi dengan Sri Pahang pada musim lepas dan UiTM secara pinjaman pada musim 2021, dia melihat peluang beraksi semula bersama […]

Tiket Aksi KL City & Terengganu Dijual Serendah RM5

Dengan Liga Super bakal bermula pada 24 Februari, kelab-kelab sibuk mengatur persiapan pra-musim. Esok, KL City bakal bertemu Terengganu di Stadium Cheras dengan penyokong berpeluang mendapatkan tiket perlawanan persahabatan itu dengan harga serendah RM5. Tawaran tiket sebegitu rupa dibuat memandangkan ia merupakan perlawanan pra-musim pertama City Boys. Inilah peluang buat para penyokong melihat pemain-pemain baru […]

KL City Hilang Jurulatih

Bangku kejurulatihan KL City tidak akan sama untuk Liga Super musim 2023. Ini selepas pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak, Nenad Bacina tidak lagi bersama City Boys selepas menerima tawaran kelab Arab Saudi, Al-Fayha. Pengumuman pemergian penolong jurulatih berdarah Croatia itu dibuat menerusi laman media sosial rasmi KL City semalam. Bacina menyertai Al-Fayha selepas ditawarkan kedudukan […]

Caion Yakin Boleh Skor Lebih Banyak Gol Bersama KL City

Memecahkan rekod jaringan peribadi di Liga Malaysia menjadi sasaran utama Herlison Caion, yang akan menyarung jersi KL City musim ini. Ketika bersama Selangor sebelum ini, Caion cemerlang membuktikan sentuhan jaringan hebatnya apabila muncul penjaring terbanyak pasukan dengan meledak 24 gol dalam semua pertandingan. Bisa pemain dari Brazil itu turut berjaya membawa Selangor ke final Piala […]

Bekas Pengarah Serba Dinamik Bakal Ambil Alih KL City?

KL City dijangka dapat bersaing dengan kelab-kelab elit Liga Super seperti JDT, Selangor dan Kedah tidak lama lagi. Ini selepas City Boys bakal diambil alih oleh seorang jutawan muda, Azri Azerai. Perkara ini turut disahkan oleh CEO KL City, Stanley Bernard. Malah, Azri menerusi ciapan di akaun Twitter peribadinya memberitahu proses pengambilalihan sedang berjalan dan […]

Herlison Caion Sah Perkuat Serangan KL City

Jentera serangan KL City dijangka lebih tajam menjelang saingan Liga Super yang bakal bermula pada akhir Februari ini. Ini selepas skuad yang dibimbing Bojan Hodak itu telah diperkuatkan oleh bekas penyerang Selangor musim lepas, Herlison Caion. Sebelum ini, ramai menyangka Caion kekal bersama Gergasi Merah selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan berkenaan kontrak baru. Bagaimanapun, Selangor […]

Sebastian Avanzini Kini Import Baru KL City

Selepas mengesahkan Patrick Reichelt dan Kipre Tchetche sebagai pemain import terbaru mereka, KL City mengumumkan satu lagi nama yang membarisi pasukan untuk musim 2023. Pemain tersebut ialah bekas pemain tengah AC Horsens, Sebastian Avanzini. Sebelum ini, ura-ura penyertaan pemain tersebut telah tersebar di media sosial sejak beberapa hari lepas. Hari ini, ia disahkan secara rasmi […]

Perancang Tengah Itali Bakal Perkuat KL City?

Sebagai persiapan menghadapi Liga Super musim depan, KL City sibuk membawa masuk awang import bagi memantapkan pasukan mereka. Salah seorang pemain import yang dikatakan bakal menyertai City Boys ialah Sebastian Avanzini. Menurut wartawan sukan The Star, T. Avineswaran, KL City dikatakan amat berminat mendapatkan khidmat pemain tengah berdarah Itali-Denmark itu. Malah, difahamkan dia juga dilihat […]