T. Saravanan Optimis Pacu Skuad Muda Malaysia Di Sukan SEA

Selepas membantu skuad Bawah 22 Tahun (B-22) Malaysia memenangi Piala Merlion pada bulan lepas, T. Saravanan percaya rakan-rakan sepasukannya mampu mempamerkan aksi terbaik di Sukan SEA 2023. Ini termasuk merealisasikan sasaran layak ke final acara bola sepak temasya berkenaan. Saravanan membantu KL City meraih kemenangan pertama liga dengan mengalahkan Sabah 2-0. Lebih manis, gol lambungnya […]

“Saya Perlu Rebut Peluang Demi Masa Depan” – Azri Ghani

Dengan kecederaan yang menimpa penjaga gol utama KL City, Kevin Ray Mendoza, ini membuka peluang buat penjaga gol Azri Ghani untuk merebut kedudukan tersebut. Dengan merebut peluang yang ada, dia mahu membuktikan bahawa dia mampu menjadi penjaga gol utama City Boys pada masa hadapan. Dan malam tadi, Azri menunjukkan kemampuannya dengan memastikan gawang KL City […]

Liga Super: KL City Lakar Kejutan Tewaskan Sabah

Pasukan KL City berjaya meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super 2023 selepas menewaskan Sabah hari ini. Anak buah kendalian Bojan Hodak tampak selesa beraksi di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 mengatasi Sabah. Aksi separuh masa pertama bermula dengan kedua-dua pasukan mencari rentak permainan. Sabah yang banyak menggerakkan permainan daripada sebelah sayap kanan […]

Bojan Hodak Resah Dengan Keadaan Pemain KL City

Menjelang perlawanan Liga Super KL City menentang Sabah malam ini, masalah kecederaan yang menimpa City Boys masih belum reda. Dan ini memeningkan kepala jurulatih mereka, Bojan Hodak untuk merencana kesebelasan utama terbaik menentang skuad Badak. Antara pemain yang dilaporkan masih belum cergas ialah Kevin Ray Mendoza, Akram Mahinan, Zhafri Yahya, Patrick Reichelt dan Matko Zirdum. […]

“Saya Sentiasa Marah Pemain-Pemain Saya” – Bojan Hodak

Bojan Hodak seakan tidak tahu apa solusi kepada isu kelalaian anak-anak buahnya setiap kali turun bermain. Disebabkan kelalaian mereka, KL City tewas kepada Selangor 3-1 dalam perlawanan Liga Super semalam – satu isu yang membuatkan pengendali dari Croatia itu hilang sabar bila memikirkannya. City Boys terlebih dahulu mendahului menerusi Tchetche Kipre pada minit ke-24. Bagaimanapun, […]

Liga Super: Selangor Pamer Taring Benam KL City

Perlawanan Liga Super malam ini menyaksikan KL City melayan kunjungan Selangor FC yang berkesudahan dengan keputusan 1-3.  Pada minit ke-24 permainan, Tchetche Kipre meletakkan KL City dihadapan apabila rembatan deras dari luar kotak berjaya menerjah gawang gol.  Selang beberapa minit permainan,  pasukan Selangor berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan KL […]

Tan Cheng Hoe Tidak Layan Perang Psikologi Bojan Hodak

Susulan pendedahan Bojan Hodak bahawa Selangor dianggap ‘lawan mudah’, ramai berpandangan jurulatih KL City itu sengaja meletakkan tekanan ke atas mereka. Tetapi bagi jurulatih Merah Kuning, Tan Cheng Hoe, beliau tidak ambil pusing dengan kenyataan sensasi jurulatih Croatia itu. Ini kerana adat bagi mana-mana jurulatih untuk mencari kelebihan dalam perlawanan besar terutama perlawanan ‘derby’ seperti […]

Giancarlo Gallifuoco: Satu Malaysia Tahu Kelebihan Faisal Halim

Dengan Selangor mahu bangkit selepas dimalukan Johor Darul Ta’zim (JDT) 4-0, Giancarlo Gallifuoco tahu malam ini merupakan perlawanan sukar untuk pasukannya, KL City. Dan bek tengah Australia itu tahu kelibat Faisal Halim bakal menjadi fokus barisan pertahanan City Boys. Selepas berjaya menamatkan kemarau jaringannya dalam perlawanan persahabatan Malaysia menentang Hong Kong beberapa hari lepas, bekas […]

Bojan Hodak Puji Impak Paulo Josue Bersama Harimau Malaya

Paulo Josue dilihat tidak kekok mengetuai bahagian tengah Harimau Malaya semasa menentang Turkmenistan. Bagi jurulatih KL City, Bojan Hodak, impak yang dibawa kapten mereka itu amat membantu bila saingan Liga Super kembali bersambung pada 31 Mac ini. Ini kerana pengalaman beraksi bersama pasukan kebangsaan sama sekali berbeza dengan pengalaman di peringkat kelab. Ini memaksa pemain […]

“Perlawanan Menentang Selangor Paling Mudah” – Bojan Hodak

Dengan saingan Liga Super bakal bersambung pada 31 Mac ini, antara perlawanan tumpuan ialah perlawanan setempat Lembah Klang membabitkan Selangor dan KL City. Bagi pengendali City Boys, Bojan Hodak, perlawanan menentang Merah Kuning dianggap perlawanan paling mudah buatnya. Ini kerana menurut jurulatih Croatia itu, anak-anak buahnya tidak memerlukan motivasi tambahan untuk mengalahkan anak-anak buah Tan […]

“Saya Rasa Kami Bodoh” – Bojan Hodak

Keputusan seri 2-2 KL City dan Kelantan nyata mengecewakan pengendali City Boys, Bojan Hodak. Bojan menyifatkan kenaifan anak-anak buahnya menggagalkan usaha meraih kemenangan pertama Liga Super musim ini. KL City terlebih dahulu mendahului menerusi bekas penyerang Terengganu, Tchetche Kipre pada minit ke-11. Declan Lambert menggandakan kelebihan City Boys pada minit ke-34. Bagaimanapun, anak-anak buah Choi […]

Info Siaran Langsung Kelantan vs KL City | Liga Super 2023

Perlawanan Liga Super ke-5 menyaksikan pertembungan antara dua seteru, Kelantan dan juga KL City FC yang kini dalm misi meraih 3 mata. The Red Warriors turun sudah tentu mahu memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri sambil menanti cabaran hebat oleh anak didik Bojan Hodak. Kelantan kini gah mahu bangkit daripada kedukaan aksi lalu sambil KL […]

Venue Negeri Sembilan & KL City Diubah Ke Stadium Paroi

Sedikit perubahan telah dibuat untuk perlawanan Liga Super membabitkan KL City dan Negeri Sembilan. Pasukan Hoben Jang Hoben yang sepatutnya bertandang ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Sabtu ini sebaliknya menjadi tuan rumah kepada City Boys. Ura-ura tentang perubahan venue perlawanan sudah tersebar luas sejak petang tadi. Salah satunya menerusi ciapan wartawan Astro Arena, […]

Dua Anwar Ibrahim Bakal Beradu Di Stadium Cheras?

Pertembungan dua ‘Anwar Ibrahim’ mencuri tumpuan para penyokong tatkala kedua-dua individu ini dijangka bertembung di Stadium Cheras hujung minggu ini. Aksi yang melibatkan KL City dan juga Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada 11 Mac ini. Namun begitu, ia seakan tidak mendapat keizinan apabila terdapat satu lagi acara akan berlangsung di […]

Liga Super: Terengganu Tumpul Lagi, Diikat KL City

Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh Terengganu. Ini selepas anak-anak buah Tomislav Steinbruckner diikat tanpa jaringan oleh KL City di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Babak pertama menyaksikan tuan rumah berusaha memburu gol pembukaan. Dua peluang terbaik mereka hadir menerusi penyerang Thailand, Adisak Kraisorn tetapi kedua-dua percubaannya dinafikan penjaga gol City Boys, […]

KL City vs JDT: Penyokong Amanah Mencari Pemilik Wang Tercicir Di Stadium

Perlawanan Liga Super KL City-Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan saja peluang mencari kemenangan buat kedua-dua pasukan. Tetapi ia juga saksi kepada kejujuran seorang penyokong selepas seorang penyokong lain yang tidak dikenali tercicir wangnya di stadium. Menerusi hantarannya di Facebook, Nor Azan Shah Shahrani meminta seorang penyokong tampil mengambil semula wangnya yang tercicir di bahagian tempat […]