Liridon Krasniqi Kini Kembali

Perancang tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi mempamerkan persembahan yang cukup mengujakan sungguhpun hasrat pasukannya layak ke pentas akhir terlerai. Pemain kelahiran Kosovo itu diturunkan dalam kesebelasan utama skuad Peteh dan membentuk gandingan yang baik bersama Habib Haroon dan Engku Shakir. Bekas bintang Kedah ini mempamerkan persembahan yang cukup meyakinkan segelah melalui beberapa perlawanan yang kurang […]

Terengganu vs KL City: KL City Mara Ke Final Piala FA

Pertembungan separuh akhir Piala FA antara pasukan Terengganu dan KL City berlangsung dengan cukup sengit di Gong Badak. Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik sambil asakan awal dilakukan untuk mencari gol pembukaan permainan. Anak didik Tomislav Steinbrückner lebih selesan mengawal permainan memperoleh peluang terbaik di hadapan gawang yang terbuka luas namun Sony Norde gagal menyudahkan […]

Tragedi Kad Merah Giancarlo Gallifuoco Undang Tanda Tanya

Kad merah yang dilayangkan oleh pengadil perlawanan terhadap pertahanan KL City FC, Giancarlo Gallifuoco mengundang pelbagai persoalan. Kejadian ini berlaku ketika The City Boys menentang Penang FC di Stadium Bandaraya ketika perlawanan memasuki babak akhir permainan. Tindakan pemain kelahiran Australia itu untuk mengawal keadaan bertukar tragedi apabila hantarannya kepada penjaga gol pasukan, Azim Al-Amin agak […]

Piala FA: KL City Tewaskan Sabah, Jumpa Terengganu Di Separuh Akhir

Sabah terlepas peluang layak ke separuh akhir Piala FA 2023. Ini selepas anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee tunduk 2-1 kepada KL City dalam perlawanan suku akhir yang diadakan di Stadium Likas hari ini. Kedua-dua pasukan teringin layak ke separuh akhir dengan harapan dapat menjulang piala keramat berkenaan di pentas final. Sabah kali terakhir menjulang […]

Kerana Tarik Rambut, Giancarlo Gallifuoco & James Okwuosa Dihukum

Beberapa minggu lepas, perlawanan KL City-PDRM menarik perhatian penyokong disebabkan insiden tarik rambut membabitkan dua pemain import kedua-dua pasukan, Giancarlo Gallifuoco dan James Okwuosa. Dan semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menentukan tindakan disiplin ke atas dua pemain tersebut. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Gallifuoco dan Okwuosa difahamkan telah dikenakan penggantungan satu […]

Liga Super: KL City Kecewa Dikejutkan Negeri Sembilan

KL City gagal memanfaatkan sepenuhnya kekuatan kesebelasan utama mereka apabila tumbang kepada Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini. Perlawanan hari ini merupakan kesinambungan daripada perlawanan yang ditangguhkan pada 11 Mac lepas susulan hujan lebat dan keadaan padang stadium yang kurang memuaskan. Dengan aksi disambung pada minit ke-28, kedua-dua pasukan tampil dengan […]

KL City Bakal Jalin Kerjasama Dengan Kelab EPL?

Bukan satu perkara asing kelab-kelab Liga Super menjalin kerjasama dengan kelab-kelab di luar negara bagi memantapkan perancangan pasukan termasuk pembangunan akar umbi. Terbaru, giliran KL City pula berhasrat menjalinkan kerjasama dengan kelab-kelab asing termasuk kelab berstatus Liga Perdana Inggeris (EPL). Hasrat ini disuarakan oleh pemilik pasukan Azri Azerai dalam satu ciapan di Twitternya baru-baru ini. […]

Sebastian Avanzini Akui Bojan Hodak Hanya Perlukan 30 Saat Pujuknya Sertai KL City

Pertahanan tengah KL City FC, Sebastian Avanzini berkongsi kisah bagaimana ketua jurulatih The City Boys, Bojan Hodak hanya memerlukan 5 minit untuk meyakinkannya agar berpindah ke KL City. Menerusi satu temubual bersama The Tekkers, pemain kelahiran Itali ini sememangnya menjadi buruan pasukan yang berpangkalan di ibu kota itu pada awal musim. Bekas pertahanan Hobro di […]

Liga Super: Kedah Gagal Pamer Kebangkitan, Ditewaskan KL City

Janji Nafuzi Zain bahawa Kedah akan mempamerkan kebangkitan malam ini selepas dibelasah 6-0 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lepas tidak kesampaian. Ini selepas Sang Kenari ditewaskan KL City 3-2 di Stadium Darul Aman. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan saling menyerang untuk memburu gol pembukaan. Jonathan Balotelli terlebih dahulu menguji kecekapan Azri Ghani seawal minit […]

Giancarlo Gallifuoco Dirisik Kelab Luar Negara?

Pertahanan kental KL City FC, Giancarlo Gallifuoco menyatakan hasrat untuk kekal lebih lama di Malaysia sungguhpun dikhabarkan ada cubaan merisik dari India. Pemain kelahiran Australia itu merupakan tunjang utama untuk mengemudi benteng pertahanan The City Boys. Beliau sudah pun memasuki tahun ketiganya di bawah kendalian Bojan Hodak menyatakan hasrat untuk kekal lebih lama bersama KL […]

Nafuzi Zain Mahu Kedah ‘Henyak’ Habis-Habisan Buru 3 Mata

Selepas menjadi mangsa belasahan Johor Darul Ta’zim (JDT) 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim, jurulatih Kedah, Nafuzi Zain tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali. Dengan KL City lawan Liga Super Sang Kenari seterusnya, Nafuzi mahu anak-anak buahnya bangkit memburu tiga mata esok. Sambil mengakui kekalahan tersebut sebagai di luar jangkaan semua termasuk dirinya, beliau bagaimanapun […]

Bojan Hodak: Tiga Kemenangan Tonik Terbaik Lawan Kedah

Aksi pusingan 16 terbaik Piala FA membabitkan KL City dan Imigresen menyaksikan City Boys mencatat kemenangan 2-0 ke atas pelawat. Dan bagi jurulatih mereka, Bojan Hodak, kemenangan ketiga dalam semua kejohanan itu dilihat memberi keyakinan kepada anak-anak buahnya untuk mendepani Kedah dalam aksi Liga Super seterusnya pada 18 April ini. Selepas berdepan kemarau enam perlawanan […]

Bojan Hodak Anggap Imigresen Lawan Sukar KL City

Menjelang aksi pusingan kedua Piala FA KL City menentang Imigresen esok, jurulatih City Boys, Bojan Hodak menyifatkan pasukan Liga M3 itu sebagai lawan ‘sukar’. Ini kerana tidak seperti pasukan-pasukan Liga Super lain, Bojan perlu meningkatkan motivasi anak-anak buahnya bila turun menentang pasukan yang berada di divisyen yang lebih rendah daripada mereka. Walaupun berstatus Liga M3, […]

Lim Teong Kim Perjelas Insiden Ketika Bertemu JDT

Sejak kontroversi Datuk Lim Teong Kim bersikap acuh tak acuh terhadap media selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini, pelbagai reaksi timbul termasuk daripada penyokong, media dan pengurusan pasukan Perak. Susulan itu, pengurusan The Bos Gaurus telah memohon maaf atas apa yang berlaku. Dan bagi memastikan isu ini tidak berlarutan, Teong Kim menggunakan […]

Bojan Hodak: Kurang Pengalaman Punca T. Saravanan Kena Kad Merah

KL City terpaksa bekerja keras mempertahankan kemenangan 1-0 ke atas Perak terutama selepas T. Saravanan dibuang padang. Bagi jurulatih City Boys, Bojan Hodak, beliau melihat apa yang berlaku itu berpunca daripada kekurangan pengalaman penyerang skuad B-22 negara itu. Penyerang muda KL City itu dikenakan kad kuning kedua sekaligus kad merah oleh pengadil selepas membuat terjahan […]

Liga Super: Perak Gagal Manfaat Kad Merah, Tewas Kepada KL City

Pertembungan Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan KL City menentang Perak. KL City di bawah kendalian Bojan Hodak turun mempertaruhkan barisan terkuat dalam usaha memastikan tiga mata berharga diraih di laman sendiri. Pasukan Perak tampak berjaya mendominasi bahagian tengah pada awal permainan menerusi Shafizi Iqmal sementara KL City pula memanfaatkan kelajuan pemain sayap, […]