Miroslav Kuljanac Dilantik Ketua Jurulatih KL City

Selepas menghela nafas lega kerana kemelut kewangan yang dilalui sudah berakhir, KL City FC membuka era baru dengan melantik Miroslav Kuljanac sebagai ketua jurulatih baru pasukan. Perlantikan jurulatih Croatia berusia 53 tahun itu diumumkan KL City menerusi platform media sosial mereka hari ini. Perlantikan ini dibuat bukan saja untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih sebelumnya, […]

KL City Sambar 6 Bakat Muda SSTMI

KL City mula mengatur persiapan untuk membina skuad mantap bagi menghadapi saingan Piala Belia 2024. Atas sebab itu, mereka telah menyambar enam bakat muda dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI). Perpindahan ini diumumkan sendiri oleh Akademi Bolasepak SSTMI menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka. Enam pemain yang dipilih mewakili skuad KL […]

Hamidin: Kelab Tidak Belajar Daripada Kesilapan Perlis & Melaka United

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kecewa melihat kemelut kewangan yang masih membelenggu kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M). Ketika ini, KL City FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berdepan masalah kewangan meskipun saingan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi. Isu ini dilihat tiada noktah dengan kelab-kelab tidak […]

KL City Ada Sebab Belum Mula Aksi Pra Musim

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard memberi jawapan mengapa pasukan masih belum mulakan aksi pra musim.   Beliau mahu mengutamakan penyelesaian tentang masalah gaji pemain terlebih dahulu. Oleh sebab itu, KL City menganjakkan tarikh lagi untuk memulakan aksi pra musim.  Stanley dalam pada itu juga tidak mahu para pemain memulakan latihan tanpa sebarang […]

Cerita Sebenar Perpindahan Brendan Gan Ke KL City

Sejak beberapa hari lepas, pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Lembah Klang, KL City FC. Ini selepas bekas kapten Selangor FC itu sebelumnya dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Pantai Timur, Sri Pahang FC. Apabila diminta mengulas khabar angin tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard mengakui perpindahan tersebut dilihat […]

Fahmi Fadzil Jamin Masalah KL City Akan Selesai Dalam Tempoh Singkat

Penaung kelab Liga Super, KL City FC, Fahmi Fadzil mengumumkan inisiatif lumayan kepada pasukan menjelang sepak mula musim 2024/25. Menerusi satu pengumuman yang berlangsung di Stadium KLFA, Cheras hari ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memaklumkan sejumlah wang yang besar akan diperuntukkan untuk pasukan itu. Peruntukan ini akan dibuat selepas berhubung dengan Datuk Bandar Kuala […]

Jurulatih Croatia Dijangka Kemudi KL City

Jurulatih kelahiran Croatia, Miroslav Kuljanac dijangka bakal ‘naik pangkat’ sebagai Ketua Jurulatih KL City bagi musim baharu ini. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang melaporkan bahwa penolong jurulatih KL City itu akan menjadi pengendali tetap pasukan. Miroslav Kuljanac bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Nenad Bacina yang mengumumkan secara mengejut […]

Fahmi Fadzil Sedia Selamatkan KL City

Masalah kewangan yang membelenggu pasukan KL City mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Fahmi Fadzil. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi YB Menteri, beliau sempat berbincang bersama beberapa figura penting seperti Menteri Wilayah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City di bangunan Parlimen. Pertemuan ini bagi membincangkan mengenai situasi semasa […]

Khalid Samad Letak Jawatan, Nenad Bacina Tinggalkan KL City

KL City FC menerima tamparan hebat apabila dua figura utama pasukan telah meletak jawatan. Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad sah meletak jawatan pada hari ini. Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di X baru-baru ini. Khalid menggalas peranan sebagai presiden persatuan tersebut sejak tahun 2019. […]

Brendan Gan Sertai KL City?

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan kini dilaporkan telah menerima dua tawaran daripada kelab Liga Super. Brendan Gan masih berstatus ejen bebas sejak meninggalkan Selangor pada awal Februari lalu dan masih belum memutuskan tentang destinasi beliau yang seterusnya. Menurut wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran, terdapat dua kelab Liga Super yang menawarkan kontrak kepada Brendan Gan […]

3 Lagi Pemain Dijangka Tinggalkan JDT

3 orang pemain ternama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan menyertai KL City FC bagi saingan musim 2024/25. Setiap kelab di Liga Malaysia sedang rancak melakukan persiapan menjelang sepak mula yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti. Perkhabaran terbaru dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berkenaan perancangan pasukan Ibu Kota, KL City […]

Masalah Gaji KL City Akan Selesai Dalam Beberapa Hari

Penyokong KL City FC kini boleh menarik nafas lega kerana isu gaji yang membelenggu pasukan itu akan selesai tidak lama lagi. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard semasa ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena. Stanley memaklumkan kemelut ini bakal berakhir dalam beberapa hari lagi. […]

Kelab Korea Mahukan Giancarlo Gallifuoco

Pertahanan kental Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco difahamkan menarik minat kelab Korea Selatan untuk mendapatkan khidmatnya. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkemuka tanah air, T. Vineshwaran berkenaan perkembangan pemain kelahiran Australia ini. Beliau sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk kekal beraksi di Liga Super Malaysia sejak tiba kali pertama pada tahun 2021. Watak penting […]

Haqimi Azim Berkorban Segalanya Demi Kim Pan-gon

Penyerang muda negara, Haqimi Azim melakukan pengorbanan besar buat dirinya sebelum ke kem latihan pusat Harimau Malaya.  Meskipun pasukan KL City masih belum memulakan latihan, pemain berusia 20 tahun itu komited membuat persiapan sendiri untuk mengekalkan kecergasannya.  Beliau antara penyerang muda yang menjadi pilihan Kim Pan-gon kemudi barisan hadapan Harimau Malaya. Kem latihan pusat Harimau […]

Haqimi Azim Tak Utamakan Wang

Penyerang muda Kuala Lumpur City FC (KL City), Haqimi Azim berpendapat wang bukanlah menjadi keutamaan buat dirinya buat masa ini. Bagi Haqimi, pengalaman beraksi adalah menjadi keutamaan buat dirinya dan beranggapan musim baharu ini bakal menjadi peluang buat dirinya merebut slot penyerang dalam pasukan. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran melalui […]

Piala TNB: TNB Gah Ke Separuh Akhir, Singkirkan KL City

Skuad hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala TNB edisi 2024 hari ini. Ini selepas pasukan yang dibimbing Nor Saiful Zaini itu menewaskan wakil Kuala Lumpur, KL City dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional 2. TNB memiliki kelebihan agregat yang selesa selepas membelasah KL City 7-0 dalam aksi […]