KL City Sambar Khidmat Pertahanan Montenegro, Adrijan Rudovic

Finalis Piala FA 2023, KL City FC diperkuatkan dengan seorang pemain import baru dari Montenegro iaitu Adrijan Rudovic. Perpindahan bek tengah berusia 28 tahun itu diumumkan The City Boys menerusi platform media sosial mereka hari ini. “Sedikit hadiah Raya buat The City Boys! Selamat datang ke ibu kota, bek tengah baru kita, Adrijan Rudovic!” kata […]
Pasukan Liga Super Musim 2024/25 Bakal Berkurang Lagi?

Pasukan dalam saingan Liga Super musim 2024/25 berpotensi untuk berkurang lagi tatkala saingan bakal bermula kurang sebulan dari sekarang. Perkara ini disahkan oleh Malaysian Football League (MFL) menerusi Kalendar Liga Malaysia yang telah dikeluarkan baru-baru ini. Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam memberitahu bahawa 13 pasukan bakal bersaing di Liga Super […]
Pra-Musim: KL City Mudah Tewaskan Melaka

Aksi pra-musim 2024/25 menyaksikan finalis Piala FA 2023, KL City FC mudah mengatasi cabaran wakil Liga M3, Melaka FC. Perlawanan yang berlangsung di di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya hari ini menyaksikan The City Boys mengetengahkan gabungan muka lama dan baru. Sementara Melaka pula turut tampil berwajah baru di bawah bimbingan bekas jurulatih Negeri Sembilan […]
Brendan Gan Kekal Beraksi Di Asia

Hasrat pemain tengah, Brendan Gan untuk beraksi di pentas Asia masih belum terkubur. Musim lalu, Brendan menjadi tonggak utama pasukan Selangor membawa The Red Giants layak ke peringkat Asia selepas muncul naib juara Liga Super. Namun begitu, khidmat beliau tidak disambung oleh pihak pengurusan Selangor menyaksikan beliau akur membawa haluan baharu dengan menyertai seteru setempat, […]
KL City & Terengganu Jadi Wakil Malaysia Di Shopee Cup

Dua kelab Liga Super, Terengganu FC dan KL City FC sah menggalas cabaran negara ke saingan Shopee Cup musim 2024-2025. Pemilihan kedua-dua kelab ini dibuat disebabkan status mereka sebagai finalis Piala Malaysia 2023 dan finalis Piala FA 2023. Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard dan Pengarah Sukan Terengganu, […]
Peledak Slovenia Calon Pengganti Romel Morales

KL City FC dilaporkan sibuk memburu peledak baru menggantikan Romel Morales untuk mengetuai jentera serangan mereka Liga Super musim 2024-2025. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk segmen redONE Keluar Masuk Liga M di Nadi Arena semalam. Sebelum ini, The City Boys dilaporkan bakal mendapat khidmat Morales secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim FC […]
FAM Sahkan KL City Bebas Daripada Hukuman FIFA

Susulan pendedahan KL City menjadi sebahagian daripada enam pasukan yang dihukum FIFA, ramai penyokong bimbang kelab itu tidak boleh mendaftarkan pemain baru untuk musim 2024-2025. Kini, penyokong boleh menghela nafas lega apabila mengetahui berita yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Beliau mendedahkan sekatan perpindahan yang dikenakan FIFA terhadap The City Boys telah ditarik […]
KL City Tawar Projek Jangka Panjang Kepada Brendan Gan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard menafikan mereka menawarkan gaji yang besar kepada pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan. Perkara ini dinyatakan beliau kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk program Nadi Arena semalam. Ini kerana disebabkan kedudukan kewangan mereka, The City Boys tidak mampu menawarkan gaji yang tinggi kepada bekas kapten […]
FIFA ‘Gantung’ 6 Kelab Malaysia Daftar Pemain Baru, Tertinggi Di Asia Tenggara

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menghalang 6 kelab Liga Malaysia daripada menandatangani pemain baharu bagi musim yang mendatang. Perkara ini berdasarkan kemas kini daripada laman Asean Football berkenaan satu pengkalan data yamg baru diwujudkan oleh FIFA. Kemas kini itu menyaksikan sebanyak 6 kelab Liga Malaysia berada dalam pantauan badan tersebut yang dilarang untuk mendaftarkan pemain baru bagi […]
Brendan Gan: Memilih KL City Bukan Keputusan Yang Sukar

Pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan mengakui keputusannya untuk memilih KL City bukanlah tugas yang sukar. Hala tuju bekas kapten Selangor ini akhirnya diketahui apabila KL City mengumumkan ketibaan pemain berusia 36 tahun ini menerusi hantaran di platform media sosial pasukan pada Isnin. Menurut Brendan, keputusan ini dibuat tanpa memakan masa yang lama hasil rundingan yang […]
Masa Depan Brendan Gan Terjawab, Sertai KL City

Teka-teki tentang haluan baru bekas kapten Selangor FC, Brendan Gan terjawab hari ini apabila beliau sah menyertai KL City FC. Perpindahan tersebut diumumkan pengurusan The City Boys di platform media sosial rasmi mereka. Pengumuman ini sekaligus menamatkan desas-desus tentang pasukan mana yang menjadi pilihan Brendan untuk musim 2024-2025. Sebelum sah menyertai pasukan yang berpangkalan di […]
Hafizul Hakim Mahu Ganti Kevin Mendoza

Pemain KL City, Hafizul Hakim bertekad mahu mencabar posisi penjaga gol nombor satu di kelab baharunya itu. Beliau yang diumumkan sebagai pemain terbaharu The City Boys minggu lalu menyertai pasukan daripada Harini FT yang bersaing di Liga M3 musim lalu dan berazam untuk memburu tempat di dalam pasukan. Pada awal musim lalu, posisi nombor satu […]
Pemain Pinjaman Dibenarkan Beraksi Menentang JDT

Pemain KL City, Ryan dan Declan Lambert dibenarkan beraksi menentang JDT meskipun status sebagai pemain pinjaman dari kelab tersebut. Ryan dan Declan sebelum ini telah diumumkan pada Februari lalu sebagai pemain baharu skuad juara Liga Super 2023 itu untuk musim akan datang setelah beberapa musim menyarung jersi KL City. Walau bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif […]
Declan & Ryan Lambert Selangkah Pulang Ke KL City

Penyokong KL City FC berpeluang melihat Ryan dan Declan Lambert kembali menyarung jersi pasukan itu untuk musim 2024-2025. Wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran melaporkan dua pemain tersebut bakal kembali menyertai The City Boys secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). “Ryan Lambert semakin hampir kembali menyertai Kuala Lumpur (City) secara pinjaman. Beliau […]
Bekas Penjaga Gol Malaysia, Hafizul Hakim Sertai KL City

KL City FC memperkuatkan bahagian penjaga gol dengan membawa masuk bekas penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy. Perpindahan bekas penjaga gol Harini FT itu diumumkan pengurusan The City Boys di platform media sosial rasmi mereka. Kehadiran Hafizul mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaga gol muda, Azim Al Amin Kamaruddin yang berhijrah menyertai Selangor FC. […]
Menyinar Di Georgia, KL City & Kelantan Berminat Dapatkan Taiki Kagayama

Selepas berkelana di bumi Georgia, bintang Jepun, Taiki Kagayama kini menjadi sasaran dua kelab Liga Super. Wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran melaporkan KL City FC dan Kelantan Darul Naim FC berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 27 tahun itu. “Kuala Lumpur dilaporkan sedang mengintai khidmat pemain tengah Jepun, Taiki Kagayama. Beliau baru saja tamat kontrak […]