“Saya Gembira Jika Dapat Melihat 37 Juta Rakyat Malaysia Tersenyum” – Giancarlo Gallifuoco

Pertahanan Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco mengakui telah menyimpan hasrat untuk beraksi bersama Harimau Malaya suatu hari nanti. Pemain berusia 29 tahun itu sudah pun memasuki tahun ketiganya bersama The City Boys dan mengakui menikmati kehidupan yang indah sejak tiba di Kuala Lumpur. Bekas pertahanan Tottenham Hotspur ini menjelaskan dalam satu temubual bersama wartawan […]
Piala Menteri Wilayah: KL City Muncul Juara Atasi Perak

Trofi Piala Menteri Wilayah Persekutuan kini secara sah menjadi milik KL City. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras hari ini menyaksikan pasukan KL City berjaya menewaskan Perak dengan keputusan 3-0. Separuh masa pertama perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan cuba mencari rentak permainan. Pasukan Perak di bawah kendalian Lim Teong Kim dilihat lebih agresif di transisi […]
KL City Dah Tak Takut Seperti Musim Lalu

Walaupun mempunyai barisan pemain yang lebih berkualiti berbanding musim-musim sebelumnya, Kuala Lumpur City FC (KL City) tidak meletakkan sasaran yang menggunung bahkan hanya mensasarkan kedudukan lima terbaik bagi saingan Liga Super 2023. Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard, tiada lain yang diharapkan selain aksi konsisten dapat dipersembahkan oleh para pemain KL City […]
Tchetche Kipre Kini Milik KL City

Pemain kelahiran Ivory Coast, Tchetche Kipre telah sah diumumkan sebagai pemain baharu pasukan Kuala Lumpur City FC sebentar tadi. Sebelum ini desa desus yang mengatakan beliau akan tamatkan jodoh dengan Liga Malaysia. Tetapi nampaknya jodoh penyerang itu masih panjang apabila khidmatnya ditagih KL City FC untuk saingan musim hadapan. Tchetche Kipre yang sudah lama berkhidmat […]
Anwar Ibrahim Kekal Pacu Kebangkitan KL City

Liga Malaysia kini berada di penghujung musim dan pasukan-pasukan kini sedang sibuk untuk menawarkan kontrak baharu kepada pemain sedia ada juga pemain-pemain baharu bagi saingan musim hadapan. Antara yang sibuk menawarkan kontrak adalah pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City). Difahamkan KL City kini sedang dalam proses untuk memperbaharui kontrak pertahanan kiri mereka iaitu Anwar […]
Bojan Hodak Tolak Tawaran Kelab Gergasi Asia Tenggara

Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak dikatakan telah menolak tawaran daripada sebuah kelab gergasi dari Asia Tenggara dan memilih untuk terus kekal setia bersama KL City musim hadapan. Kelab yang dimaksudkan ialah kelab Singapura, Lion City Sailors (LCS) yang menghabiskan musim 2022 di tangga kedua Liga Perdana Singapura. LCS merupakan pasukan yang […]
Sabah Sambar Bintang Piala AFC & Harimau Malaya

Semi finalis Piala Malaysia 2022, Sabah FC melakukan tindakan pantas bagi memperkuatkan pasukan apabila dilaporkan sudah pun mendapatkan tandatangan pemain bertaraf kebangsaan bagi musim 2023. Ketua jurulatih pasukan, Dato’ Ong Kim Swee serius mahu menambah kekuatan pasukan apabila difahamkan telah mendapatkan khidmat tiga pemain termasuklah seorang bintang AFC dan dua lagi pemain Harimau Malaya. Pertahanan […]
“Kualiti Serangan Terengganu Sangat Berbahaya” – Paulo Josué

Ketua pasukan Kuala Lumpur City, Paulo Josue mengakui mutu di bahagian serangan Terengganu dilihat akan memberi ancaman kepada pasukannya. Bagaimanapun, beliau menasihati rakan sepasukan agar sentiasa dalam keadaan sedia dan berharap kemenangan milik KL City. Paulo juga menganggap KL City akan ada banyak peluang yang banyak untuk menang jika KL City membuka tirai terlebih dahulu. […]
4 Penaja Baru Berminat Taja KL City Musim 2023

Finalis Piala AFC 2022, KL City FC memaklumkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 4 syarikat swasta yang berminat untuk menjadi penaja pasukan pada musim hadapan. Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad dalam satu sidang media di Stadium Cheras hari ini. Beliau memaklumkan bahawa keempat-empat syarikat ini menunjukkan […]
Haqimi Azim Ingin Kekal Bersama KL City

Penyerang muda pasukan KL City FC, Haqimi Azim menyatakan keinginan beliau untuk terus kekal bersama pasukan pada musim hadapan. Pemain berusia 19 tahun itu kini semakin mendapat tempat bersama skuad kendalian Bojan Hodak sungguhpun lebih kerap dimasukkan selaku pemain gantian. Haqimi berjaya memberi impak seperti yang diharapkan apabila menampilkan aksi yang memberangsangkan bersama pasukan. Beliau […]
Rutin Harian Yang Ketat Antara Rahsia Haqimi Azim Kekalkan Kecergasan

Bintang muda pasukan KL City FC, Haqimi Azim baru-baru ini mendedahkan rutin harian beliau yang telah membantunya untuk mengekalkan tahap kecergasan pada tahap tertinggi. Pemain berusia 19 tahun ini sudah mula berjaya menambat hati pengendali, Bojan Hodak apabila seringkali diturunkan selaku pemain gantian. Malah, jurulatih kelahiran Croatia ini juga tanpa berselindung mengakui bahawa pemain tinggi […]
Giancarlo Gallifuoco: Kami Lakukan Ini Untuk Malaysia

Pemain pertahanan Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco menyifatkan perlawanan akhir menentang Al-Seeb semalam adalah untuk semua penyokong dan Malaysia. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir ke Bukit Jalil untuk memberikan sokongan dan semangat buat pasukan KL City. Ucapan itu dikongsikan oleh beliau di laman sosial Twitter miliknya semalam. Pemain yang berusia 28 […]
Al-Seeb Mara Ke Saingan Liga Juara-Juara AFC

Kejayaan pasukan Al-Seeb untuk mengatasi KL City FC di pentas akhir Piala AFC malam ini menyaksikan mereka secara rasminya layak ke pentas ACL 2023. Perkara ini telah pun disahkan sejurus tamat perlawanan apabila berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Anak didik Bojan Hodak dilihat sukar untuk menandingi kehebatan lawan apabila mereka jelas […]
Final Piala AFC: KL City Muncul Naib Johan Tewas Kepada Al-Seeb

Pertembungan final Piala AFC antara Kuala Lumpur City FC menentang wakil Oman, Al-Seeb berlangsung dengan penuh dramatik sebelum kemenangan berpihak kepada pihak lawan. Pasukan kendalian Bojan Hodak bermula dengan cukup baik seawal minit pertama permainan dengan serangan yang direncanakan oleh kapten pasukan, Paulo Josue hampir membuahkan hasil. The City Boys semakin menunjukkan taring di hadapan […]
Azri Ghani: Penghijrahan Ke KL City Berbaloi

Penjaga gol Kuala Lumpur City, Azri Ghani menganggap penghijrahannya ke KL City adalah satu perpindahan yang berbaloi. Azri mengakui ini merupakan pentas final dan bakal menjadi medal emas pertama dalam kariernya sekiranya KL City menjulang Piala AFC 2022. Jadi beliau tetap positif tentang pemilihan Bojan Hodak untuk menurunkan sesiapapun sebagai benteng terakhir pasukan KL City […]
Ajibola Akan Cuba Atasi KL City

Pemain tengah Al-Seeb FC, Ajibola Daniel bangga pasukannya dapat melangkah hingga ke pentas akhir Piala AFC 2022. Pasukan Al-Seeb di bawah kendalian Rasheed Jabar bakal berdepan cabaran pasukan KL City di Stadium Nasional Bukit Jalil pada esok, jam 7.00 malam. Dalam sesi sidang media pra-perlawanan, pemain berusia 27 tahun ini percaya pasukannya akan berusaha sehabis […]