Liga Super: KL City Ikat Kuching City Dengan 10 Pemain

Perlawanan saingan Liga Super minggu ini menyaksikan pertembungan diantara KL City dan Kuching City yang berakhir dengan keputusan seri. KL City turun dengan kesebelasan terbaik dengan menurunkan beberapa pemain yang berpengalaman seperti, Azri Ghani, Paulo Josue dan Brendan Gan. Sementara Kuching City tampak cukup ampuh dengan diketuai oleh Danial Amier, Tchetche Kipre dan Jordan Mintah. […]
Matyo Dilantik Penolong Jurulatih KL City

Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo sah menyertai KL City FC sebagai penolong jurulatih. Beliau bakal memainkan peranan sebagai penolong jurulatih pasukan KL City Extension (Bawah 23 Tahun (B-23)) untuk musim 2024/25. Perlantikan ini diumumkan pengurusan The City Boys hari ini. “Kuala Lumpur City Football Club amat gembira untuk mengumumkan kehadiran legenda bola […]
Bekas Penjaga Gol Malaysia, Hafizul Hakim Sertai KL City

KL City FC memperkuatkan bahagian penjaga gol dengan membawa masuk bekas penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy. Perpindahan bekas penjaga gol Harini FT itu diumumkan pengurusan The City Boys di platform media sosial rasmi mereka. Kehadiran Hafizul mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaga gol muda, Azim Al Amin Kamaruddin yang berhijrah menyertai Selangor FC. […]
Status Giancarlo Gallifuoco Bersama KL City Terungkai

Status pertahanan kental Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco akhirnya terungkai apabila beliau memaklumkan akan kekal bersama The City Boys musim ini sebentar tadi. Pemain berusia 30 tahun itu pernah tular di media sosial spekulasi mengenainya ke Indonesia musim lalu. Namun, perkara itu berjaya dipadam selepas pemain itu sendiri menyatakan pendirian untuk kekal bersama KL […]
Bojan Hodak Risaukan Keadaan Giancarlo Gallifuoco

Jurulatih KL City, Bojan Hodak mengakui agak risau dengan keadaan pertahanan kentalnya, Giancarlo Gallifuoco. Dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan tempoh hari, Giancarlo Gallifuoco terpaksa dikeluarkan ketika perlawanan menentang Negeri Sembilan tempoh hari. Menurut kenyataan Bojan, Giancarlo Gallifuoco dikeluarkan disebabkan mengalami ketidakselesaan pada bahagian kakinya. “Giancarlo Guffucio berasa tidak selepas pada bahagian kakinya, oleh itu beliau […]
Bojan Hodak: Secara Tiba-Tiba Pemain KL City Jadi ‘Bijak’

Jurulatih KL City FC, Bojan Hodak menyifatkan pemain-pemainnya beraksi ketika waktu masa tambahan dengan cara yang bijak. KL City terpaksa berkongsi mata bersama Negeri Sembilan apabila mencatat keputusan seri 1-1 bagi saingan Liga Super 2023. Beliau akui puas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan. Hanya disebabkan hilang fokus dan […]
Penjaga Gol Harimau Malaya Jadi Buruan Selangor

Kelab gergasi Liga Super, Selangor FC difahamkan sedang memburu khidmat penjaga gol Malaysia bagi memantapkan saingan pada posisi tersebut. The Red Giants kini dalam usaha untuk mencari sosok yang paling layak untuk mengisi penjaga gawang selepas aksi kurang memberangsangkan oleh pemain sedia ada. Selain itu, pesaing sengit diperlukan untuk memberi cabaran kepada dua orang penjaga […]
Kemajuan Mendadak Haqimi Azim Beri Nafas Baru Buat KL City

Dengan Herlison Caion meninggalkan KL City FC secara persetujuan bersama, ramai ingin tahu siapa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkannya. Tetapi kemajuan yang ditunjukkan penyerang muda Haqimi Azim dijangka melegakan jurulatih City Boys, Bojan Hodak diharap dapat mengisi slot penyerang sokongan untuk penyerang utama mereka, Tchetche Kipre. Musim ini menyaksikan Haqimi terpaksa menunggu peluang beraksi sebagai […]
Pengganti Herlison Caion Sudah Ditemui

Susulan keputusan Herlison Caion meninggalkan KL City FC secara persetujuan bersama, ramai ingin tahu siapa yang bakal dibawa sebagai pengganti bekas penyerang Selangor FC itu. Bagi wartawan Astro Arena, Karl Nunis, pengganti Caion sudah dikenalpasti oleh City Boys. Pemain yang dicanang bakal menggantikan penyerang Brazil itu ialah penyerang berdarah Maghribi-Sepanyol, Youssef Ezzejjari. Ezzejiari dikatakan sebahagian […]
Bojan Hodak Mahu Ulang Taktikal Julang Piala Malaysia Bertemu JDT

Dengan KL City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC layak ke final Piala FA, ramai ingin tahu kejutan taktikal yang bakal ditonjolkan pengendali City Boys, Bojan Hodak. Bagi pengendali Croatia itu, beliau hanya perlu mengulangi rancangan taktikal yang membantu mereka menjulang Piala Malaysia pada 2021. Hodak mengakui sekiranya mereka bermain secara terbuka seperti yang […]
Siaran Langsung: Terengganu vs KL City, Kesebelasan Utama & Info Live Streaming Piala FA

Pertembungan aksi separuh akhir antara pasukan Terengganu FC menentang KL City FC meraih tumpuan para peminat tatkala satu pasukan akan mara ke pentas akhir. Skuad kendalian Tomislav Steinbrückner sudah pasti mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri sambil The City Boys turun dengan kekuatan terbaik untuk melakar kejutan di Gong Badak. Rekod baik skuad Peteh […]
Bekas Penyerang Berbisa Selangor Tinggalkan KL City FC

Kuala Lumpur City FC, Herlison Caion secara rasminya meninggalkan pasukan serta-merta. Penyerang kelahiran Brazil itu merupakan tunjang utama di bahagian serangan ketika bersama pasukan Selangor. Pemain berusia 32 tahun bagaimanapun tidak dapat menambat hati pengendali pasukan, Bojan Hodak apabila sering berada di bangku simpanan. Beliau tetap diberi peluang untuk membuktikan kemampuan sebenarnya apabila seringkali masuk […]
Fahmi Fadzil Diumum Selaku Penaung Baharu KL City FC

Selepas menunjukkan kemajuan memberangsangkan di atas padang, KL City FC mahu memastikan pembangunan di luar padang tidak ketinggalan. Justeru, City Boys hari ini mengumumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebagai penaung terbaru pasukan berkenaan. Beliau mengikut jejak langkah dua bekas menteri yang pernah menjadi penaung KL City FC. Mereka ialah Tan Sri Annuar Musa […]
Manzoor Azwira Harap Tiga Tonggak KL City FC Tidak Beraksi Baik

Menjelang aksi Liga Super yang menemukan Penang FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) malam ini, jurulatih Penang, Manzoor Azwira menyuarakan pandangan mengenai kelibat tiga tonggak KL City FC yang masing-masing mempunyai penyudah yang tajam. Tiga pemain yang dimaksudkan Manzoor adalah Tchetche Kipre dan Herlison Caion yang beraksi di posisi penyerang manakala seorang […]
Liga Super: Sri Pahang FC 1-2 KL City FC

Hasrat Sri Pahang FC merapatkan jurang dengan pasukan yang menduduki tangga kedua Liga Super, Selangor FC tidak kesampaian hari ini. Ini selepas anak-anak buah Fandi Ahmad tunduk 1-2 kepada KL City FC di Stadium Darul Makmur. Selepas Selangor FC diaibkan PDRM FC di Stadium MBPJ semalam, skuad Tok Gajah di tempat ketiga berpeluang merapatkan jurang […]
Haqimi Azim Jelaskan Dua Punca Pemain KL City Tidak Cergas

Penyerang muda pasukan KL City FC, Haqimi Azim menjelaskan dua punca pemain KL City tidak cergas untuk beraksi. Beliau akui pasukan perlukan masa untuk mencari keserasian dengan pemain-pemain baharu tahun ini supaya dapat beraksi dengan lebih baik di dalam padang. Pemain berusia 19 tahun itu juga menyatakan cuaca dan padang antara faktor yang menjejaskan kecergasan […]