Konsistensi Matthew Davies Sebagai Pertahanan Tengah Bakal Memeningkan Kim Pan-gon

Pertukaran posisi seseorang pemain pastinya memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri. Keadaan posisi baharu juga akan dapat disesuaikan selepas melalui beberapa percubaan dalam latihan mahupun perlawanan sebenar. Pertukaran posisi juga mampu untuk menambah kekuatan seseorang pemain untuk menjadi seorang pemain yang versatil. Ianya terjadi di seluruh dunia termasuk Malaysia. Musim ini, kita dapat lihat […]

Kim Pan-gon ‘Tak Kelip Mata’ Lihat JDT Ratah Guangzhou FC

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon sudah pastinya kagum dengan aksi yang ditampilkan oleh juara bertahan Liga Super, JDT dalam aksi pertama peringkat kumpulan dalam saingan ACL semalam. Pasukan Harimau Selatan yang turun dengan penuh motivasi seakan tidak memberi peluang dan ruang buat lawan dari China itu apabila membelasah mereka dengan keputusan 5-0. Walau bagaimanapun, […]

Kim Pan-gon Dapat Masa Secukupnya Persiap Harimau Malaya Menjelang Kelayakan Piala Asia

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon diperuntukkan tempoh masa 3 minggu dalam usaha untuk mempersiapkan pasukan menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM), pengendali berusia 52 tahun itu bakal diberi tempoh yang secukupnya untuk membentuk formula terbaik buat Harimau Malaya. Sebelum ini, pengendali kelahiran Korea Selatan […]

Pemain Kem Kim Pan-gon Dikesan Tunjuk Perubahan Drastik Sekembalinya Ke Kelab Masing-Masing

Para pemain pasukan kebangsaan yang telah pun dipilih oleh barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah dikesan menampilkan persembahan yang sangat baik bersama pasukan masing-masing. Jurulatih berusia 52 tahun itu membawa harapan yang sangat besar untuk mengembalikan semula reputasi pasukan kebangsaan selepas melalui perjalanan yang suram dalam kejohanan Piala AFF sebelum ini. Namun begitu, […]

Langkah Genius Kim Pan-gon & FAM

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilihat sangat teliti dalam membuat persediaan terbaik bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 Jun nanti. Walaupun memiliki kelebihan sebagai tuan rumah untuk kempen kelayakan itu nanti, namun persediaan yang terbaik perlu dilakukan agar pasukan negara berjaya melangkah ke kejohanan sebenar iaitu Piala Asia […]

Kim Pan-gon Pilih Hong Kong & Myanmar Uji Taring Harimau Malaya

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon telah pun membuat keputusan untuk memilih pasukan kebangsaan Hong Kong dan Myanmar sebagai medan ujian seterusnya buat Harimau Malaya. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM), pasukan negara akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 27 Mei hingga 1 Jun 2022. Perlawanan ini juga menjadi […]

Quentin Cheng Tak Main-Main, Tunjuk Segala ‘Senjata’ Depan Kim Pan-gon

Pemain pertahanan pasukan Selangor FC, Quentin Cheng menampilkan satu persembahan yang sangat cemerlang ketika membantu pasukan mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Kedah Darul Aman FC. Quentin yang dipinjamkan ke pasukan Penang FC musim lalu dilihat sudah mula menemui rentak sebenar apabila menunjukkan kualiti yang dimiliki olehnya. Pemain yang berjaya mencipta 6 bantuan gol bersama […]

Pemain Selangor Main Bermati-Matian Depan Kim Pan-gon

Pertembungan antara dua pasukan gergasi Liga Super, Selangor dan juga Kedah Darul Aman FC semalam menjadi perlawanan yang sangat bermakna buat pasukan tuan rumah. Namun begitu, aksi para pemain Selangor yang beraksi dengan cukup luar biasa mendapat perhatian ramai tatkala ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon turut berada di stadium. Kelibat jurulatih berusia 52 tahun […]

Mutu Bola Sepak Kita Meningkat Tetapi Negara Jiran Lebih Pantas Bertindak

Bekas pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Daudsu Jamaludin baru-baru ini telah menjelaskan pandangan peribadinya mengenai situasi semasa bola sepak negara. Beliau dalam satu sesi live di Tiktok rasminya menjelaskan, secara hakikatnya kualiti dan mutu bola sepak negara kian meningkat. Daudsu turut menegaskan, sungguhpun kedudukan bola sepak di Malaysia seakan statik di mata para penyokong, namun hakikatnya […]

Bukan Makan Angin, Kim Pan-gon Catat ‘Ketat’ Prestasi Setiap Pemain

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dilihat serius untuk mengubah hala tuju bola sepak negara apabila kelibat beliau dan barisan kejurulatihannya seringkali dilihat memantau persembahan para pemain tempatan di stadium. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh pasukan Sri Pahang, Pan-gon dilihat berada di Stadium Darul Makmur malam semalam untuk menyaksikan pertembungan yang melibatkan tuan […]

Tiada Masa Untuk Berehat, Kim Pan-gon Kembali Turun Padang Tinjau Aksi Sri Pahang & PJ City

Ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon kembali melakukan tugasannya apabila beliau dilihat kembali berada di stadium untuk menyaksikan perlawanan Liga Super. Pengendali yang berasal dari Korea Selatan itu sebelum ini sudah diketahui akan kehadirannya ke stadium untuk melihat perlawanan Liga Super. Bukan itu sahaja, kehadiran Pan-gon juga telah menjadi perintis kepada pemilihan senarai awal […]

Brad Maloney Rela ‘Mengalah’ Dengan Kim Pan-gon

Pasukan bola sepak bawah 23 tahu negara di bawah kendalian Brad Maloney akan ke Vietnam untuk Sukan Sea Hanoi yang bermula 6 Mei depan. Sebelum ke sana, pasukan ini bakal diuji dengan beberapa perlawanan persahabatan. Maloney berkata, beberapa pasukan luar negara akan ditentang anak buahnya sebagai persediaan untuk ke temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu. […]

3 Pemain Harimau Malaya Yang Dijangka Bakal ‘Dikorbankan’ Kim Pan-gon

Bulan Jun hadapan merupakan bulan paling sibuk dalam kalendar bola sepak kebangsaan. Skuad senior kebangsaan bakal beraksi dalam Kelayakan Piala Asia 2023 di mana Malaysia menjadi tuan rumah manakala skuad bawah 23 tahun bakal ke Uzbekistan untuk Kejohanan Piala Asia B-23. Jadual yang bertembung ini memaksa kedua-dua pengendali iaitu Kim Pan-gon (skuad senior) dan Brad […]

Kim Pan-gon Dan Brad Maloney Bakal Bertembung Demi Malaysia

Bulan Jun ini merupakan bulan yang paling sibuk buat pasukan bola sepak kebangsaan apabila pasukan senior dan pasukan bawah 23 tahun negara bakal beraksi dalam 2 kejohanan berbeza. Skuad senior kebangsaan kendalian Kim Pan-gon bakal turun untuk Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur. Manakala skuad bawah 23 tahun kendalian Brad Maloney pula dijangka turun […]

Rezal Zambery Yahya Luah Pendapat Jujur Mengenai Harimau Malaya Dan Kim Pan-gon

Walaupun hanya sempat berlatih bersama untuk tempoh 10 hari sahaja, namun corak permainan Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon wajar diberikan pujian. Ketua Jurulatih Kelantan FC Rezal Zambery Yahya berpendapat bahawa jika pemain-pemain ini diberikan tempoh yang lebih panjang untuk berlatih bersama, tidak mustahil kita akan melihat banyak keputusan positif bakal diraih pada masa […]

Arif Aiman Cemerlang Galas Tugas Besar Di Bawah Era Kim Pan-gon

Pemain sayap pasukan Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi menampilkan aksi yang cukup memberangsangkan apabila menjadi watak penting buat pasukan kendalian Kim Pan-gon ketika ini. Sungguhpun baru berusia 19 tahun, Arif mempamerkan kematangan untuk menggalas tugas besar di bawah barisan kejurulatihan baharu apabila kehadirannya jelas memberi impak yang luar biasa. Pemain kelahiran Maran, Pahang ini bermula […]