Keputusan Kim Pan-gon Pertaruh Dominic Tan Berbaloi?

Pemain pertahanan Sabah, Dominic Tan terus menjadi taruhan barisan pertahanan skuad kebangsaan selepas nama beliau sekali lagi tersenarai dalam 29 pemain untuk ke kem latihan pusat yang telah bermula sejak 19 Mei lepas. Sepanjang beraksi bersama Sabah setakat ini, Dominic Tan dilihat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman beliau ketika berkelana di bumi Thailand bersama Police Tero selepas […]
Kim Pan-gon Laung Semangat Kebangkitan Buat Pemain B-23 Tahun Negara

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu skuad bawah-23 (B-23) negara melupakan episod duka tersingkir dari perebutan pingat emas Sukan Sea selepas tewas di separuh akhir kepada Vietnam. Sebaliknya, Pan-gon manyeru para pemain muda negara supaya terus bersemangat kerana perjuangan masih belum selesai dan belajar dari kesilapan yang sudah dilakukan supaya bangkit semula dengan menewaskan […]
Kim Pan-gon Akhirnya Panggil Juga Matthew Davies

Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk memanggil pertahanan pasukan JDT, Matthew Davies sekaligus mewujudkan semula persaingan sengit pada posisi pertahanan kanan pasukan. Pemain berusia 27 tahun itu sedang menikmati prestasi terbaiknya sejak musim lalu apabila menjadi watak penting buat pasukan kendalian Benjamin Mora . Malah, bekas pertahanan pasukan Pahang ini juga seringkali memperagakan aksi yang […]
Kim Pan-gon Selesai Analisis Semua Pemain Liga Super, Sedia Kenal Pasti Kekuatan Masing-Masing

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon jelas mempunyai sebab yang tersendiri tatkala pengumuman berkenaan 29 orang pemain yang dipanggil bagi menjalani latihan pusat mendapat pelbagai reaksi. Pengendali berusia 51 tahun itu bersama barisan kejurulatihannya sebelum ini bertungkus-lumus untuk hadir pada setiap perlawanan Liga Super dalam usaha untuk menganalisis para pemain yang bakal dipanggil bersama skuad […]
Kim Pan-gon Ada Sebab Tersendiri Kenapa Memanggil De Paula

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menjelaskan bahawa beliau memilih Guilherme De Paula adalah bukan sebab individu akan tetapi ia lebih kepada strategi bagi satu pasukan. Jurulatih kelahiran Korea Utara itu mahu melihat sendiri keupayaan dan kebolehan yang mampu dipamerkan oleh De Paula kepada pasukan kebangsaan. “Saya faham ia satu kejutan apabila kami menyenaraikannya dalam […]
Kim Pan-gon Tagih Pengalaman Luas De Paula & Mat Yo

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon kembali menggunakan gandingan penyerang berpengalaman menjelang aksi persahabatan hujung bulan ini. Pengendali berusia 52 tahun itu sebelum ini hanya mempertaruhkan khidmat penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad dalam siri perlawanan persahabatan di Singapura baru-baru ini. Walau bagaimanapun, kecederaan ketika dalam aksi sebelum ini telah memaksa Pan-gon menggunakan […]
Semangat & Kerja Keras Dion Cools Memang Luar Biasa

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools mempamerkan keterujaannya untuk kembali mewakili Harimau Malaya setelah hampir 2 bulan berehat daripada tugas antarabangsa. Pertahanan kental berusia 25 tahun ini merupakan antara watak penting pasukan dengan pengalaman berkelana di Eropah menjadi aset terbaik untuk dipertaruhkannya. Beliau yang kini sudah pun menamatkan tempoh pinjaman bersama kelab Zulte Waregem ini […]
Kim Pan-gon Pantau Kekuatan PJ City & Kedah

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon kembali meneruskan tugas seperti biasa apabila beliau dikatakan berada di Stadium MBPJ malam ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu turun bersama-sama barisan kejurulatihannya dalam misi untuk mencari barisan pemain terbaik bagi panggilan berikutnya. Beliau yang seringkali dilihat berada dalam stadium untuk meneliti dan melihat dengan sendirinya aksi kesemua para […]
Syafiq Ahmad & Azam Azih Beri Khabar Gembira Buat Kem Kim Pan-gon

Prestasi yang ditampilkan dua pemain skuad Harimau Malaya, Syafiq Ahmad dan Nor Azam Azih jelas memberikan khabar gembira buat kem kendalian Kim Pan-gon menjelang aksi kelayakan Piala Asia Jun kelak. Pemain Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad sedang berada pada kemuncak prestasinya ketika ini apabila menjadi sandaran utama pengendali KDA FC, Aidil Shahrin untuk membarisi […]
Nazmi Faiz Buktikan Kim Pan-gon Tak Ketandusan Perancang Tengah

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor membuktikan bahawa beliau berada dalam kelas tersendiri untuk menjadi antara watak penting buat pasukannya. Kehebatan pemain tengah berusia 27 tahun ini jelas terserlah apabila berjaya mengemudi jentera tengah Harimau Selatan sehingga mampu layak ke pusingan kalah mati. Malah, keyakinan dan keputusan tepat yang sering dilakukan […]
3 Pertahanan Kiri Harimau Malaya Kembali Menyinar Menjelang Kelayakan Piala Asia

Kelibat 3 pertahanan kiri yang kembali menyinar bersama pasukan masing-masing sudah pasti menggembirakan para penyokong Harimau Malaya. Sebelum ini, pasukan negara hanya bergantung kepada kecemerlangan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), La Vere Corbin Ong yang menjadi tunjang pada posisi tersebut. Sungguhpun terdapat beberapa orang pemain yang pernah mengisi posisi itu, ia masih tidak dapat menandingi […]
Aksi Kental Shahrul Nizam Yang Membuatkan Kim Pan-gon Tersenyum Lebar

Berusia 24 tahun dan merupakan tonggak utama pasukan Terengganu FC untuk dua musim berturut-turut menunjukkan bahawa pemain ini mempunyai aura yang tersendiri. Nama Shahrul Nizam Ros Hasni bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak Malaysia. Shahrul Nizam beraksi selaku pertahanan tengah untuk pasukan Terengganu dan untuk musim ini, beliau membentuk gandingan mantap bersama pasangannya […]
Rajagobal Gembira Jumpa ‘Geng Lama’ Kim Pan-gon

Bekas ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal gembira berkesempatan untuk bertemu dengan kawan lamanya suatu masa ketika dahulu, Kim Pan-gon. Kim Pan-gon pada semalam telah hadir melihat pertembungan antara pasukan Selangor dan Sri Pahang di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Aksi tertunda Liga Super itu menyaksikan Selangor menang 3-1 keatas Sri Pahang. Menurut Rajagobal, Kim Pan-gon […]
Azraai Khor Mahu Kim Pan-gon Buka Hati Terima Kepulangan Natxo Insa

Pengendali berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah menyatakan rasa kagum dan juga terujanya dengan kelibat perancang tengah berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa ketika membantu pasukan di pentas ACL musim ini. Beliau turut menyifatkan persembahan sebagai luar biasa bintang tengah itu wajar mendapat perhatian selain perlu diberi peluang menyertai semula skuad Harimau Malaya. Azraai yang […]
Naturalisasikan Bergson & Forestieri Pasti Berbaloi

Kehadiran dua pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan juga Fernando Forestieri dilihat telah pun mengubah dimensi dan juga perjalanan liga tempatan dan taraf pasukan JDT itu sendiri. Hal ini bertitik tolak daripada kualiti yang dimiliki oleh kedua-dua pemain ini yang mengangkat ’darjat’ pasukan Harimau Selatan untuk terus menyinar dalam saingan […]
100% Lokal, PJ City Tarik Perhatian Kim Pan-gon

Pasukan PJ City dilihat berjaya untuk menarik perhatian ketua jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon apabila beliau dilihat sering menghadiri perlawanan pasukan tersebut. Kelibat jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu sudah beberapa kali berada dalam stadium di seluruh pelusuk untuk menyaksikan pemain-pemain yang mampu untuk memenuhi citarasanya. Walau bagaimanapun, beliau yang sebelum ini dikesan menonton […]