Mano Polking: Sejujurnya Saya Berasa Takut

Ketua jurulatih Thailand, Mano Polking berasa takut dengan situasi yang dialami mereka ketika bertandang ke Indonesia tempoh hari. Gajah Perang berjaya mengikat kemaraan Garuda di Stadium Gelora Bung Karno dengan keputusan seri dalam saingan peringkat kumpulan A Piala AFF 2022. Baru-baru ini, bas yang dinaiki pasukan Thailand untuk ke Stadium telah pecah dibaling batu oleh […]

Piala AFF: Kemboja Mudah Belasah Brunei

Kemboja memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri dengan menewaskan Brunei dalam aksi keempat Kumpulan A Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Morodok Techo hari ini. Sebaik sepak mula, Kemboja mula mengasak pertahanan Brunei diketuai penjaga gol Haimie Abdullah Nyaring. Dan mereka hampir mendahului seawal minit kesembilan menerusi tandukan Nick Taylor selepas menerima hantaran Sa Ty. […]

Piala AFF: Indonesia Berpeluh Sebelum Tewaskan Kemboja

Indonesia menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri bagi membenam cabaran Kemboja dalam perlawanan kedua Kumpulan A Piala AFF 2022 hari ini. Sebaik sepak mula, Tim Garuda mula mengasak skuad Pahlawan Angkor. Dan mereka hampir mendahului menerusi Witan Sulaeman selepas menerima hantaran tandukan Muhammad Rafli seawal minit kedua. Bagaimanapun, Kemboja bernasib apabila gol tersebut dibatalkan selepas Witan […]

Piala AFF: Kemboja Kejutkan Filipina

Perlawanan pertama peringkat kumpulan A menyaksikan Kemboja berjaya mengejutkan Filipina dengan keputusan 3-2. Seawal minit permainan dilihat kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.  Pasukan Kemboja berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-16 permainan menerusi pemain tengah, Reun Bunheing selepas mudah menyempurnakan hantaran daripada rakan sepasukannya. Selang 4 minit permainan, Kemboja sekali lagi berjaya menggandakan jaringan […]

“Masa Depan Pemain Baharu Harimau Malaya Cerah” – Ryu Hirose

Penolong jurulatih pasukan Kemboja, Ryu Hirose memuji impak yang dibawa oleh para pemain baharu pasukan negara. Beliau dalam satu temubual selepas perlawanan menjelaskan bahawa kelibat pemajn Malaysia telah memberikan kesukaran buat pemainnya. Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Jepun ini mengakui para pemain yang diturunkan oleh Kim Pan-gon mempunyai kualiti dan kemampuan yang sangat besar. “Pemain baharu […]

Malaysia Mudah Belasah Kemboja

Malaysia memulakan persiapan menghadapi Piala AFF 2022 dengan langkah kanan selepas membelasah pasukan serantau, Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Babak pertama menyaksikan permulaan seimbang kedua-dua pasukan. Tetapi Harimau Malaya yang dibimbing Kim Pan-gon lebih banyak mengasak dan hampir mendahului menerusi hantaran Lee Tuck seawal minit keempat. Bagaimanapun, hantarannya sempat ditepis penjaga gol […]

“Siapa Pun Yang Main, DNA Malaysia Harus Kekal” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mahu para pemainnya terus mengekalkan DNA bola sepak Malaysia menjelang pertemuan dengan Kemboja esok. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu yakin perlawanan ini bakal menjadi kayu ukur terutamanya bagi menilai aksi para pemain yang baru pertama kali dipanggilnya. Jelasnya, sungguhpun mengharapkan keputusan yang positif daripada aksi ini, namun Pan-gon menegaskan adalah […]

Keisuke Honda: Pemain Naturalisasi Boleh Bantu Pasukan Kemboja

Ketua jurulatih pasukan Kemboja, Keisuke Honda akui kehadiran pemain naturalisasi mampu bantu pasukan untuk menjadi lebih baik. Beliau berpendapat Kemboja perlu meniru negara ASEAN yang lain yang mengambil pemain naturalisasi bagi memperkuatkan pasukan dalam setiap kejohananan. Bekas pemain kebangsaan Jepun itu tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kaedah yang sama demi mempertingkatkan kualiti pasukan kebanggsaan Kemboja. […]

Pasukan Ke-177 Dunia Jadi Pilihan Kim Pan-gon Lawan Malaysia

Harimau Malaya dikhabarkan akan berdepan tentangan daripada dua buah pasukan dan salah satunya adalah pasukan yang berada pada kedudukan ke-177 FIFA. Skuad kendalian Kim Pan-gon kini berada dalam momentum terbaik selepas berjaya mara ke pentas Piala Asia 2023. Malah, hal ini turut diserikan dengan persembahan yang cukup luar biasa dalam kejohanan Piala Raja Thailand September […]

Keisuke Honda: Sukan SEA Sangat Mencabar

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Kemboja, Keisuke Honda menganggap cabaran beraksi di Sukan SEA sangat mencabar dan ianya bukan satu perkara yang mudah.  Ini adalah tahun ke-4 buat Honda mengendali pasukan Kemboja selepas secara rasmi diumumkan sebagai ketua jurulatih pasukan Kemboja pada tahun 2018 sehingga tahun 2023. Pasukan Kemboja kini menduduki tangga kedua dalam kumpulan B […]

Liga Premier Kemboja Dapatkan Khidmat Pakar Penjagaan Rumput Dari Jepun

Ketua pegawai eksekutif Liga Premier Kemboja, Encik Satoshi Saito telah mendapatkan khidmat pakar penjagaan rumput dari Jepun untuk memeriksa rumput di beberapa buah stadium yang digunakan sebagai venue aksi bola sepak liga Kemboja. Shoji Ikeda adalah antara pakar penjagaan rumput terbaik di Jepun. Shoji Ikeda telah membina padang rumput untuk Stadium Nasional Olimpik Tokyo 2020 […]

Luar Biasa, Kemboja Panggil 74 Pemain Sertai Latihan Pusat

Pasukan bawah 23 tahun Kemboja dilihat sedang mengatur persiapan yang sangat teliti apabila memanggil seramai 74 orang pemain ke sesi latihan pusat bagi mempersiapkan pasukan menjelang kejohanan Piala AFF bawah 23 tahun. Dalam senarai awal ini, pasukan itu telah pun menyenaraikan pemain-pemain yang beraksi dalam Liga Perdana Kemboja (CPL), Liga Kedua Kemboja dan juga beberapa […]

Keisuke Honda Kemudi Kemboja Tanpa Gaji

Pemain terbaik Asia suatu ketika dahulu, Keisuke Honda difahamkan tidak menerima gaji dalam peranannya sebagai ketua jurulatih pasukan Kemboja. Beliau dikatakan secara sukarela untuk membantu struktur pasukan bola sepak Kemboja. Pada tahun 2018, Honda secara rasmi diumumkan sebagai ketua jurulatih pasukan Kemboja sehingga tahun 2023. Pada masa yang sama, beliau masih aktif sebagai pemain bola […]