AFF U23: Aksi Kalut Buat Penjaga Gol Kemboja Terjaring Gol Sendiri

Aksi kalut pemain Kemboja di hadapan gawang gol akhirnya memakan diri apabila secara tidak sengaja memberikan gol percuma kepada Thailand dalam aksi ketiga peringkat kumpulan A. Kejadian tersebut berlaku sewaktu Thailand melakukan sepakan sudut dan salah seorang pemain Kemboja secara tidak sengaja menanduk bola ke arah gawang gol mereka sendiri. Tandukan ke arah gawang sendiri […]

AFF U23: Jurulatih Kemboja Hargai Semangat Melawan Pemainnya

Biarpun tewas kepada Thailand 2-0 dalam saingan kumpulan A Piala AFF U23, jurulatih Kemboja, Felix Dalmas tetap memuji para pemainnnya yang berusaha keras dan menghalang Thailand daripada berpesta gol. Jurulatih kelahiran Argentina itu berharap rakyat Kemboja berasa bangga melihat semangat juang para pemainnya yang sudah pun memberikan yang terbaik sepanjang kejohanan berlangsung. “Berpuas hati bukan […]

AFF U23: Thailand Tumpaskan Kemboja

Aksi Kumpulan A kempen Piala AFF B23 2023 melibatkan pertemuan antara pasuka Thailand dan Kemboja di Stadium Rayong, Thailand. Tuan rumah kejohanan berjaya menewaskan Kemboja dengan keputusan 2-0. Babak separuh masa pertama berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. Kemboja dan Thailand masing-masing dilihat masih mencari retak untuk memecah kebuntuan. Bersambung aksi di separuh masa kedua, […]

AFF U23: Kapten Kemboja Puji Usaha Kolektif Pasukan

Kapten skuad B-23 Kemboja, Taing Bunchhai memuji kerjasama yang ditampilkan rakan-rakan sepasukannya sekaligus membantu mereka mengikat Myanmar 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF B-23. Kemboja terlebih dahulu di hadapan menerusi Kong Lyhour pada minit ke-13. Begitupun, kemenangan kedua yang dicari mereka tidak kesampaian apabila Khun Kyaw Zin Hein meledakkan gol penyamaan pada minit […]

AFF U23: Kapten Myanmar Lega Raih Satu Mata

Kapten skuad B-23 Myanmar, Thet Hein Soe merasa lega selepas pasukannya berjaya mengikat Kemboja 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF B-23 hari ini. Angkor Warriors banyak mendominasi perlawanan dan membuka tirai jaringan menerusi Kong Lyhour pada minit ke-13. Begitupun, ketumpulan jentera serangan Kemboja menambah gol mengecewakan jurulatih mereka, Felix Dalmas. Situasi ini membolehkan […]

AFF U23: Myanmar Bangkit Ikat Kemboja

Perlawanan kedua Kumpulan A saingan Piala AFF U23 menyaksikan pertembungan antara pasukan Myanmar yang turun menentang Kemboja. Aksi yang berlangsung di Stadium PTT itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Asakan bertali arus yang dilakukan oleh pasukan Kemboja sering memrangkap pertahanan tuan rumah yang akhirnya dibolosi pada minit ke-13 menerusi Kong Lyhour. Cubaan Myanmar untuk […]

AFF U23: Jurulatih Kemboja Yakin Mampu Raih Kejuaraan

Selepas melihat skuad B-23 Kemboja membelasah Brunei 5-0 dalam aksi pertama Kumpulan A, Felix Dalmas percaya anak-anak buahnya mampu menggondol gelaran Piala AFF B-23 2023. Keyakinan jurulatih Argentina itu bersandarkan kepada keupayaan Angkor Warriors mengatasi Tabuan Muda di atas padang. Dan beliau percaya sekiranya mereka meraih kemenangan ke atas Myanmar hari ini, tidak mustahil mereka […]

AFF U23: Kapten Brunei Anggap Kemboja Terlalu Kuat Untuk Dikalahkan

Kapten pasukan Brunei, Syafiq Saifuddin Shariff menganggap pasukan Kemboja terlalu kuat untuk dikalahkan dalam aksi pertama kumpulan A Piala AFF B-23. Gawang gol Brunei dibolosi sebanyak 5 kali dan lebih teruk, Brunei gagal menjaringkan sebarang gol dalam aksi pertama peringkat kumpulan. Kesilapan individu yang dilakukan beberapa kali oleh para pemain Brunei juga menjadi punca kekalahan […]

AFF U23: Brunei Catat ‘Rekod Telur’ Menentang Kemboja

Aksi pembukaan kejohanan Piala AFF U23 dimulakan dengan kekalahan besar Brunei di tangan Kemboja. Pasukan bimbingan Atsushi Hanita jelas tidak mampu menandingi kekuatan Kemboja dengan asakan bertali-arus sepanjang 90 minit permainan. Dua gol pada babak pertama menerusi ledakan pemain muda berbakat, Sor Ratana sebelum jaringan sendiri Jefri Syafiq memberikan kesukaran buat Brunei. Bersambung babak kedua, […]

AFF U23: Kemboja 5-0 Brunei

Skuad B-23 Kemboja memulakan kempen Kumpulan A Piala AFF B-23 dengan bergaya apabila membelasah skuad B-23 Brunei 5-0 dalam aksi pertama kumpulan di Stadium PTT, Rayong, Thailand hari ini. Kedua-dua pasukan hanya mempunyai satu rekod pertemuan iaitu dalam aksi Piala AFF B-23 2022 yang berlangsung pada Februari tahun lepas. Aksi tersebut menyaksikan Angkor Warriors membelasah […]

Keisuke Honda: Kejarlah Impian Anda Sehingga Ia Tercapai

Dengan kekalahan 2-1 Kemboja di tangan Indonesia dalam perlawanan Kumpulan A Sukan SEA 2023 semalam, maka berakhirlah sudah perjalanan Keisuke Honda bersama Angkor Warriors. Bagi legenda Jepun itu, beliau berharap bola sepak Kemboja akan terus menunjukkan peningkatan selepas ini. Sejak dilantik sebagai Pengarah Teknikal Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC) pada 2018, mutu bola sepak negara […]

Sukan SEA: Indonesia Berpeluh Tumbangkan Kemboja

Indonesia terpaksa bekerja keras di Stadium Olympic, Phnom Penh sebelum berjaya mengatasi tuan rumah Kemboja 2-1. Kemenangan ini membolehkan Indonesia mara ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan A. Kemboja turun bukan sekadar mahu menjaga maruah tetapi memberi hadiah perpisahan buat jurulatih mereka, Keisuke Honda. Ini kerana ini merupakan perlawanan terakhirnya bersama Angkor Warriors selepas memilih […]

Sukan Sea 2023: Hanya Pemain Muda Sahaja Dibenarkan Beraksi?

Persatuan-persatuan bola sepak Asia Tenggara pening kepala dengan peraturan acara bola sepak Sukan SEA 2023 di Kemboja. Dikhabarkan hanya pemain yang lahir pada 1 Januari 2001 dan seterusnya (B-22) yang dibenarkan beraksi dalam acara itu. Sekiranya ini dikuatkuasakan, ini bermakna negara-negara ASEAN tidak lagi dibenarkan membawa dua pemain berusia lebih daripada 23 tahun untuk Sukan […]

Kuching City Berdepan 3 Kelab Kemboja Bagi Aksi Pra-Musim

Selepas mengadakan sesi pra-musim di Zon Tengah Sarawak, program pra-musim Kuching City tidak terhenti di situ saja. Pada awal Februari ini, anak-anak buah Irfan Bakti bakal bertolak ke Kemboja bagi mengharungi tiga perlawanan persahabatan. Tiga lawan Il Gatto untuk program pra-musim di Kemboja ialah NagaWorld, Phnom Penh Crown dan Preah Khan Reach Svay Rieng. NagaWorld […]

Keisuke Honda Tinggalkan Kemboja

Persekutuan Bola Sepak Kemboja hari ini mengumumkan bahawa jurulatih Kemboja, Keisuke Honda akan meninggalkan pasukan utama (senior) Kemboja.  Difahamkan beliau akan mengalas tugas sebagai Pengurus Besar skuad bawah 22 tahun Kemboja bagi misi terakhirnya untuk kejohanan Sukan Sea yang akan berlangsung di Kemboja pada tahun ini.  Dibawah kendalian Honda dalam saingan Piala AFF Mitshibushi Electric […]

Piala AFF: Thailand Tundukkan Kemboja, Mara Ke Separuh Akhir

Thailand muncul juara Kumpulan A sekaligus mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF. Ini selepas skuad Gajah Perang bimbingan Mano Polking terpaksa bekerja keras menewaskan Kemboja dalam aksi terakhir Kumpulan A. Sebaik sepak mula, Thailand yang mendapat sokongan padu penyokong di Stadium Thammasat, Pathum Thani melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Kemboja. Bagaimanapun, ia mudah diserap […]