Choi Moon-sik Menang Kes Saman Terhadap Kelantan

Situasi Kelantan FC kelihatan makin rumit. Ini selepas bekas jurulatih mereka, Choi Moon-sik memenangi kes saman yang difailkan terhadap mereka di tribunal Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Perkara ini didedahkan oleh ejen Moon-sik, Leo Jeong menerusi satu perkongsian di Instagram Story beberapa jam lepas. Sebelum ini, Jeong sudah menyatakan hasrat untuk mengheret pengurusan Kijang ke […]

Isu Nurshamil ‘Sampai’ Ke PFAM

Sejak beberapa hari lepas, peminat bola sepak Kelantan FC disajikan dengan isu Nurshamil Ghani berdepan kesukaran meninggalkan pasukan itu. Susulan dakwaan beliau perlu membayar RM50,000 kepada pengurusan Kijang untuk menamatkan kontraknya semalam, Nurshamil membawa isu ini kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM). Hari ini, beliau mengadakan pertemuan dengan pengurusan PFAM diketuai oleh Presiden, […]

Nuha Marong Angkat Kaki Dari Kelantan FC

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal dibuka beberapa hari lagi, Kelantan FC perlu menyelesaikan isu sekatan perpindahan yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas mereka dengan segera. Ini selepas Nuha Marong menjadi awang import terbaru yang meninggalkan pasukan secara persetujuan bersama. Pengumuman ini dibuat oleh The Red Warriors (TRW) dan Marong menerusi laman media […]

Gandingan Pemain Muda & Berpengalaman Kelantan Risaukan Sri Pahang

Saingan Liga Super kembali bersambung malam ini dengan Kelantan FC melayan kunjungan Sri Pahang FC. Biarpun skuad Kijang berada di kelompok tercorot liga, skuad Tok Gajah tetap berwaspada dengan pasukan tersebut. Ini kerana pertama, malam ini, mereka beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), Kota Bharu. Kedua, The Red Warriors (TRW) turut menerima sentuhan jurulatih […]

Tiket Aksi Kelantan vs Sri Pahang Dijual RM3 Sahaja

Dengan pusingan kedua Liga Super sudah bermula, Kelantan FC tahu mereka perlu bangkit untuk keluar dari kelompok tercorot liga. Atas sebab itu, pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengumumkan harga tiket perlawanan Kelantan-Sri Pahang pada 23 Jun ini dijual pada harga RM3. Dalam satu pengumuman di Facebook, penyokong yang mahu mendapatkan tiket pada harga berpatutan […]

Kemunculan Alfredo Vera Dalam Kem Kelantan FC Jadi Tanda Tanya

Dengan Kelantan FC berada dalam kelompok tercorot liga, pasukan memerlukan angin baru untuk kembali bangkit dalam pusingan kedua Liga Super. Justeru, tidak hairanlah ramai terkejut melihat seorang jurulatih asing bersama pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman atau Zamsaham semalam. Dalam satu video yang dikongsikan di Facebook beliau, jurulatih tersebut iaitu Alfredo Vera dilihat bersama […]

Kelantan FC Sambar Bekas Pemain Akademi Malaga City

Disebalik pelbagai kontroversi yang melanda pasukan Kelantan FC, pihak pengurusan kelab tetap memberikan fokus yang terbaik dalam usaha membina semula pasukan dan keluar dari tangga tercorot Liga Super 2023. Terkini, Kelantan FC sah telah membawa masuk pemain Malaysia yang beraksi di Sepanyol, Allee Putra Azil. Pemain muda berusia 18 tahun itu telah menghabiskan masa lebih […]

Zamsaham: Ada Tak Individu Lain Selain Dato’ Seri Vida?

Desas-desus pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham untuk menjual kelabnya itu masih menjadi tanda tanya dengan jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida (DSV) dikatakan berminat untuk membeli. Namun begitu, sehingga kini masih tiada lagi tawaran rasmi yang dikemukakan oleh DSV. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Zamsaham melalui satu muat naik […]

Miguel Cifuentes Sertai Sabah FC

Selepas tamat kontrak bersama Kelantan FC, ramai ingin tahu destinasi Miguel Cifuentes yang seterusnya. Hari ini, bekas pemain sayap Malaga itu sah menyertai Sabah FC. Pengumuman tersebut dibuat pengurusan skuad Badak di laman media sosial rasmi mereka hari ini. Kehadiran Cifuentes atau Cifu dijangka mengisi kekosongan kuota import yang ditinggalkan Jacob Njoku yang meninggalkan kelab […]

Dato’ Seri Vida Sudah Ada Pelan Khas Ambil Alih Kelantan FC

Dengan pelbagai masalah yang menyelubungi Kelantan FC ketika ini, ramai ingin tahu siapa yang dapat membawa pasukan itu keluar dari kancah krisis. Antara nama yang dicanang ialah usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida. Beliau menyatakan minat untuk mengambil alih The Red Warriors (TRW) lebih-lebih lagi selepas melihat perkembangan semasa pasukan berkenaan. Baginya, pengurusan skuad Kijang […]

Zamsaham Tahan Gaji Sebab Nak ‘Ajar’ Pemain Kelantan FC

Semua sedia maklum antara isu yang membayangi Kelantan FC ialah isu penahanan gaji sebanyak 50% oleh pemillik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham. Dan semalam, beliau menjelaskan langkah tersebut dibuat bagi ‘mengajar’ pemain agar lebih bermotivasi memburu kemenangan. Sejak kali terakhir mengecapi kemenangan ke atas Penang FC pada 5 Mac lalu, Kelantan FC sudah lama tidak […]

Ejen Frank Bernhardt Minta Penyokong Kelantan Bersabar

Ejen kepada jurulatih Kelantan, Frank Bernhardt iaitu Sherif Ahmed Mostafa meminta semua penyokong pasukan Kelantan FC supaya bersabar walaupun sedar kekalahan 0-5 kepada pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) semalam memeritkan. Sherif berkata jendela perpindahan pemain yang akan dibuka pada bulan Julai akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membawa masuk pemain-pemain berkualiti ke pasukan Kelantan. Jadi, […]

Frank Bernhardt Tak Tahu Apa Yang Telah Berlaku Kepada Kelantan

Segalanya seperti tidak menjadi buat pasukan Kelantan FC kendalian jurulatih dari Jerman, Frank Bernhardt apabila terpaksa menerima kekalahan besar 0-5 kepada pasukan Kedah Darul Aman FC dalam aksi Liga Super malam tadi. Bagi Bernhardt, beliau sudah tentu merasakan kekecewaan di atas kekalahan tersebut. Beliau mengakui barisan pemain Kelantan beraksi dengan agak teruk sehingga tewas dengan […]

Piala FA: Jurulatih Manjung City Tidak Mahu Pemain Terlalu Hormat Kelantan

“Jangan terlalu hormat dan merendah diri,” itu peringatan oleh ketua jurulatih Manjung City FC, Rafae Isa kepada barisan pemainnya apabila mereka berdepan Kelantan dalam aksi pusingan kedua Piala FA pada Jumaat. Rafae mengakui status sebagai kelab Liga Super dan dibimbing pula oleh Frank Bernhardt memberi kelebihan kepada Kelantan namun berpendapat tiada sebab untuk pemainnya berasa […]