TRW Kelantan Dapat Lanjutan Masa Daftar Pemain

TRW Kelantan FC dan beberapa pasukan lagi diberikan lanjutan masa untuk mendaftar pemain bagi saingan Liga A1 Semi Pro musim ini. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad dalam satu sesi temubual bersama Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom. “AFL beri lanjutan pendaftaran pemain hingga 24 Mei kpd 8 […]

”20 Orang Je Dapat, Saya Tak Dapat Pun” – Khairul Helmi

Selepas pengumuman yang dibuat oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman mengenai tunggakan gaji yang berjaya diselesaikan secara beransur, seorang bekas pemain Kelantan meluahkan rasa tidak puas hatinya.   Pemain itu berusia 36 tahun, Khairul Helmi membuat kenyataan bahawa hanya 20 orang terawal sahaja yang mendapat pembayaran tunggakan daripada kelab. Ianya terhad, dan […]

Bekas Pengendali Kelantan, Alfredo Vera Pulang Ke Indonesia

Kelantan yang sebelum ini mengharungi pelbagai dugaan dan ujian pada musim 2023, kini dilihat semakin membisu daripada sebarang khabar berita. Namun, ada berita yang mengejutkan apabila bekas pengendali Kelantan FC, Alfredo Vera tinggalkan Kelantan dan pulang ke Indonesia. Jurulatih dari Argentina itu dilaporkan telah pulang ke Indonesia untuk menyertai kelab divisyen satu di sana iaitu […]

Liga M3: Kelantan FC Dapat Talian Hayat, Sarawak United Tarik Diri

Kelantan FC telah mendapat talian hayat untuk bertanding di perlawanan MBSB Bank Championship 2024/25 selepas Sarawak United disahkan menarik diri daripada menyertai saingan itu. Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi di mesyuarat kali pertama tahun 2024 Ahli Lembaga Pengarah AFL di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi. […]

Zamsaham: Kita Tidak Akan Mengaku Kalah

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih mesra disapa Zamsaham tampil memberi kenyataan berhubung status terkini pasukan Kelantan. Ketika ditemu bual Harian Metro, usahawan ini akur dengan keputusan yang telah dibuat Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL baru-baru ini. Beliau menjelaskan pasukan The Red Warrior akan meneruskan aksi di saingan Liga M3 musim ini namun meletakkan […]

Terkini: Selamat Tinggal Kelantan FC

Pasukan Kelantan FC kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super 2024/2025 selepas rayuan mereka untuk memohon Lesen Kebangsaan ditolak Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi MFL, Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025 buat pasukan Kelantan FC ditolak selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL […]

Kelantan Bakal Dibeli Rakyat Johor?

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham menerima satu lagi berita mengenai individu yang mahu membeli kelab dari pantai timur itu. Individu yang dikatakan berminat untuk membeli Kelantan adalah Kamal Hisham Ja’afar yang juga merupakan seorang peguam terkenal. Kamal yang juga berasal dari Johor berminat untuk membeli Kelantan namun jika harga […]

Zamsaham: Itu Fitnah Dan Dibuat Oleh Hantu

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham mendedahkan pihak kelabnya tidak pernah mengiklankan jawatan kosong untuk Pengarah Teknikal di Jobstreet. Perkara tersebut telah tular baru-baru ini dan Zamsaham percaya kerja tidak bertanggungjawab itu telah dibuat oleh ‘hantu’ yang mahu merosakkan kelab dari pantai timur itu. “Iklan jawatan kosong Technical Director […]

Zamsaham Bagi Bayangan Bakal Pelabur Baru Kelantan FC

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memberi bayangan awal mengenai bakal pelabur baru Kelantan. Beliau ditemui ketika sesi penjelasan berkenaan pelaburan pendanaan awam itu memberitahu kriteria individu yang bakal melabur dengan The Red Warriors. Teka-teki itu masih beluk terjawab tatkala pasukannya kini memerlukan suntikan baru sungguhpun pelbagai masalah telah diselesaikan […]

Zamsaham Akui Dah Penat Asyik Dengar Cakap Orang

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham baru-baru ini ada memuat naik satu status di laman Facebook beliau. Status tersebut merupakan kenyataan balas atau jawapan kepada salah seorang pengikutnya yang bertanyakan soalan. “Kenapa tak biar profesional yang buat?” tanya salah seorang pengikut Zamsaham. Soalan tersebut dipercayai ditanya bagi mendapat pencerahan mengenai […]

Dato’ Seri Vida Optimis Jadi Pemilik Baharu Kelantan FC

Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Hasmiza Othman ataupun lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida optimis mampu menjadi pemilik baharu Kelantan FC. Meskipun berdepan dengan ahli perniagaan seperti Erfan Gym & Fitness yang dikhabarkan turut memiliki kedai Emas, Dato Seri Vida sedia bersaing secara sihat dan menyerahkan segala keputusan kepada pemilik asal, Norizam Tukiman untuk menentukan antara […]

Erfan Akif Sudah Buat Kajian Rapi, Ada Cukup Wang Jaga Kelantan

Usahawan muda, Erfan Akif atau Erfan Lee Ruslan merupakan salah seorang individu yang berminat untuk mengambil alih pasukan Kelantan FC. Erfan yang merupakan anak jati Kelantan mengakui sudah buat kajian dengan rapi sebelum membuat keputusan untuk membeli kelab yang dikenali dengan gelaran The Red Warriors itu. “Saya sudah kaji dua tahun, setiap hari, jadi keputusan […]

Kervens Belfort Menang Kes FIFA Terhadap Kelantan FC

Dua hari lepas, bekas jurulatih Kelantan FC, Choi Moon-sik berjaya memenangi kes FIFA yang difailkan terhadap pasukan lamanya itu. Hari ini, bekas awang import skuad Kijang, Kervens Belfort pula memenangi kes sama dengan pasukan tersebut. Perkara ini dikongsikan Belfort di Instagram Storynya hari ini. Tidak diketahui bila saman tersebut dikemukakan kepada tribunal FIFA tetapi ia […]

Dato’ Seri Vida Sudah Ada Tanah Untuk Dibangunkan Sebuah Pusat Latihan

Bukan sekali penyokong Kelantan FC mendengar rancangan pengurusan pasukan memiliki sebuah pusat latihan sendiri. Kini, Dato’ Seri Vida membentangkan rancangan pusat latihan di mana pusat latihan itu akan dibina di tanah miliknya. Ini merupakan sebahagian daripada perancangan rapi beliau untuk memajukan Kelantan FC sekiranya proses pengambilalihan pasukan berjalan lancar. Jika pemilik pasukan ketika ini, Norizam […]

Rezal Zambery Yahya Tinggalkan Kelantan

Selepas ramai pemain Kelantan FC meninggalkan pasukan itu, giliran Rezal Zambery Yahya pula berbuat demikian. Rezal yang memegang status penolong jurulatih sah meninggalkan The Red Warriors (TRW) hari ini. Berita ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Difahamkan bekas pemain Negeri Sembilan FC itu meninggalkan kelab secara persetujuan bersama dengan pihak pengurusan. Dilantik sebagai […]

Zamsaham: Saya Bukan Terdesak Jual Kelantan

Semalam, dua entiti perniagaan sudah menyatakan minat mengambil alih Kelantan FC. Bagi pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham, sebarang tawaran yang dibuat akan dinilai terlebih dahulu agar ia bersifat menang-menang kepada semua. Ini kerana buat masa ini, beliau dilihat selesa mengendalikan pengurusan pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors (TRW) itu. Malah, beliau mahu memastikan […]