Liga Super: Senarai Perlawanan Minggu 8, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Selepas aksi separuh akhir Piala FA berakhir, saingan Liga Super kembali bersambung untuk hari perlawanan minggu kelapan. Aksi perlawanan minggu ketiga menyaksikan Terengganu FC, Kuching City, KL City FC dan Penang FC masing-masing mencatatkan kemenangan. Sementara Johor Darul Ta’zim dan PDRM FC pula terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas terikat 1-1 pada 31 Julai […]

Hector Bidoglio Puji Aksi Kalamullah

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio mengakui penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi bakal memberi kesukaran kepada pasukannya. Kehebatan Kalamullah sebagai penjaga gol terserlah apabila Kedah berentap dengan JDT dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024 pada Separuh masa pertama menyaksikan jentera serangan Harimau Selatan […]

Pasukan Muda Kedah Akur Tewas Besar Kepada JDT

Saingan Piala MFL diteruskan lagi dengan perlawanan tumpuan di antara Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Kedah Darul Aman FC B (KDA FC B) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat mereka dengan JDT II turut menyenaraikan Ramadhan Saifullah dan Gabriel Nistelrooy manakala KDA FC B telah memanggil empat pemain […]

Liridon Krasniqi Sedia Beraksi Percuma Demi Kedah

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi sudah tidak sabar untuk kembali ke Kedah bagi membantu pasukan kesayangannya itu lebih-lebih lagi selepas melihat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Piala FA. Hasrat tersebut dinyatakan sendiri oleh Liridon dalam ruangan komen Instagram KDA FC. Dalam komen tersebut, Liridon masih menunggu panggilan […]

Kedah Muncul Naib Juara MPFL, Bawa Pulang RM15,000

Kedah muncul naib juara Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) divisyen 2 musim 2024 dan membawa pulang wang tunai bernilai RM15,000. Skuad Kedah yang dibimbing oleh Aidil Boon Abdullah mengesahkan tempat kedua setelah menewaskan Negeri Sembilan dalam aksi terakhir liga dengan keputusan 5-2 pada Ahad. Dalam aksi itu, Eikmal Daniel muncul wira Kedah dengan mencetak empat […]

Piala FA: Kedah Berdepan Misi Sukar Lawan JDT

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui pasukannya perlu menewaskan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) jika inginkan tiket final Piala FA 2024. JDT memiliki kelebihan agregat 2-1 ke atas Kedah selepas meraih kemenangan di Stadium Darul Aman pada 19 Julai lalu. Oscar Arribas dan Romel Morales mencipta nama sebagai penjaring Harimau […]

Willian Lira Sertai Kelab UAE, Hatta Club

Bekas penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Willian Lira sudah memiliki destinasi baru selepas meninggalkan kelab Thai League 1, Chonburi FC. Sebelum ini, Lira menjadi sebahagian daripada empat bekas penyerang Liga Super yang belum mendapat pasukan baru selepas bergelar ejen bebas pada 1 Julai lalu. Selain penyerang berusia 30 tahun itu, turut tersenarai ialah […]

Tchetche Kipre Buat Magis Dua Kali Dalam Tempoh 5 Hari

Penyerang Kuching City FC, Tchetche Kipre membuktikan usianya bukanlah penghalang untuk cipta dua magis dalam tempoh lima hari. Pemain import berusia 36 tahun itu telah mengecewakan pasukan lawan dalam dua perlawanan berturut-turut. Pada aksi Liga Super yang menemukan Kuching City dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kipre yang dimasukkan sebagai pemain gantian telah mendapatkan […]

“Kedah Dihukum Kerana Kesilapan Kecil” – Nafuzi Zain

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain berpendapat jaringan saat akhir Kuching City FC pada aksi kedua-dua pasukan pada Jumaat adalah kerana kesilapan yang kecil. Kedah yang berjaya mendahului 1-0 hasil jaringan Hasbullah Abu Bakar terpaksa akur dengan jaringan penalti pada penghujung perlawanan untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan 1-1. Kuching City dihadiahkan […]

Milos Gordic Dimarahi?

Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Milos Gordic kelihatan kecewa selepas dikeluarkan ketika aksi Liga Super menentang Kuching City FC pada Jumaat. Kekecewaan Gordic tidak terhenti di situ sahaja apabila video penyerang kelahiran Serbia itu dimarahi rakan sepasukan di bangku simpanan telah tular di laman Facebook. Dalam video yang dimuatnaik oleh Hijau Kuning Supporters […]

Liga Super: Penalti Saat Akhir Kuching City Ranap Impian Kedah

Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk mencipta kemenangan di laman sendiri tidak menjadi kenyataan apabila diikat Kuching City dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada Jumaat. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat dengan Kedah meletakkan duo penyerang iaitu Milos Gordic dan Ebenezer Assifuah manakala Jordan Mintah menjadi harapan Kuching City di bahagian […]

Kedah Terima Sokongan 30 Penaja

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendepani cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 dengan sokongan 30 entiti korporat. Identiti semua penaja ini dikongsikan pengurusan Sang Kenari dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Stadium Darul Aman. Ini dilihat sebahagian daripada usaha pemegang saham majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Daud Bakar untuk memperkukuh kedudukan kewangan […]

Jersi Baru Kedah Terima Pujian Penyokong

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya memperkenalkan jersi baru mereka untuk musim 2024/25. Pengenalan jersi baru ini dibuat menerusi satu hantaran video yang disiarkan di platform rasmi pasukan hari ini. Jersi baru keluaran ALX ini dilihat lebih menonjol berbanding jersi-jersi sebelumnya. Jersi home mengekalkan kombinasi warna tradisi hijau dan kuning. Sementara jersi away pula […]

GTR Burger Tarik Diri Sebagai Rakan Kerjasama Strategik Kedah

Rakan strategik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), GTR Burger menarik diri sebagai rakan kerjasama strategik pasukan itu. Pengumuman ini dibuat pemilik syarikat, Nordin Mat menerusi satu hantaran di platform rasmi mereka pada 24 Julai lalu. Sebelum ini, GTR Burger memeterai kerjasama dengan Sang Kenari sebagai rakan rasmi kategori makanan dan minuman pada Mei lalu. […]

FAM Hantar Surat Pertuduhan Kepada Sony Norde

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan telah menghantar surat pertuduhan kepada pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde. Surat pertuduhan tersebut telah dihantar kepada kapten pasukan Kedah itu selepas pemain itu secara lantang mengkritik mutu pengadilan pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara tersebut […]

Razman Roslan: Sony Norde Bantutkan Serangan Kedah

Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan menganggap peranan pemain sayap Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde di bahagian serangan Kedah membantutkan corak serangan pasukan kendalian Nafuzi Zain itu. Bagi Razman, Sony telah membuat banyak gerakan namun Sony memperlahankan gerakan dan sekali gus membantutkan serangan Kedah. Keadaan itu dikesan Razman ketika Kedah tewas tipis 1-2 […]