Kedah Harungi Jadual Mencabar

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal berdepan jadual liga mencabar sepanjang bulan September. September menyaksikan Sang Kenari bakal berdepan cabaran KL City FC pada 14 September di Cheras. Ini disusuli aksi di tempat sendiri menentang Sri Pahang FC pada 20 September. Manakala Sabah FC pula menyambut kunjungan skuad Kedah di Stadium Likas pada 28 […]
Kedah & Habib Haroon Berpisah

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sah berpisah dengan tonggak tengah mereka dari Bahrain, Habib Haroon. Keputusan ini diumumkan pengurusan Kedah menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Pengumuman ini menamatkan desas-desus yang berlegar di media sosial tentang status sebenar Habib bersama pasukan utara tanah air itu. Pengurusan Sang Kenari memaklumkan keputusan menamatkan […]
Malut United Julang Trofi Cabaran Nusantara Selepas Kejutkan Kedah

Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk menjulang trofi Cabaran Nusantara tidak menjadi kenyataan apabila tewas di tangan kelab Indonesia, Malut United FC di Stadium Darul Aman pada Jumaat. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Kedah mempertaruhkan Milos Gordic sebagai penyerang tunggal manakala Malut pula meletakkan Victor Mansaray sebagai peledak utama. Perlawanan dimulakan dengan […]
Kedah Fokus Bina Jaringan Dengan Kelab Luar Negara

Aksi persahabatan antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Malut United dilihat peluang buat pasukan itu untuk membina hubungan dengan kelab luar negara. Perkara ini dinyatakan sendiri pemegang saham majoriti Sang Kenari, Tan Sri Dr Daud Abu Bakar menjelang aksi persahabatan kedua-dua pasukan itu pada 30 Ogos ini. Daud melihat hubungan strategik dengan kelab-kelab […]
Kelibat Habib Haroon Tidak Kelihatan

Tonggak import skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Habib Haroon tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan di Stadium Sultan Abdul Halim pada Isnin. Sebelum ini, telah timbul desas-desus mengenai perpindahan Habib Haroon yang dikhabarkan bakal berhijrah ke kelab Bahrain, Sitra. Namun begitu, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak KDA FC. Ketiadaan tonggak import […]
Habib Haroon Tinggalkan Kedah?

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan bakal kehilangan khidmat pemain tengah import dari Bahrain, Habib Haroon. Habib merupakan sebahagian daripada tonggak import baru Kedah untuk musim 2024/25. Selain beliau, Sang Kenari turut merekrut Ebenezer Assifuah, Milos Gordic, Cleylton, Sukhrob Nurullaev dan Sony Norde. Sebelum ini, Habib turut beraksi dengan pasukan Pantai Timur, Terengganu FC […]
“Skrip Bertemu Kuching City Berulang” – Nafuzi Zain

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui skrip ketika bertemu Kuching City iaitu kelekaan hujung permainan telah menafikan tiga mata berharga di gelanggang sendiri. Ini selepas Kedah mencatatkan seri 2-2 bertemu Negeri Sembilan FC pada Sabtu dan kelekaan tersebut juga berlaku ketika bertemu Kuching City pada 26 Julai lalu yang mana menyaksikan […]
Bajet Kedah Berkurang 40%

Pemegang saham majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mendedahkan pasukan itu tetap berjuang meskipun berdepan pelbagai ujian. Musim 2024/25 menyaksikan Kedah bergelut dengan masalah kewangan. Isu ini juga menyebabkan pasukan itu dikenakan potongan tiga mata pada awal musim ini. Keadaan ini mendorong pasukan itu kreatif dalam mempelbagaikan sumber […]
Liga Super: Kedah Dominasi Rekod Berdepan Negeri Sembilan

Menjelang aksi terbaru Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Negeri Sembilan FC, kelebihan tampak memihak pasukan utara tanah air itu. Ini berdasarkan rekod pertemuan lalu membabitkan kedua-dua pasukan dalam 10 perlawanan. Mengikut rekod, Kedah berjaya menewaskan skuad Rusa sebanyak enam kali, dua kali seri dan hanya tewas dua kali. Dua kekalahan […]
Pemain Kedah Ditekan Masalah

Barisan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini sedang menghadapi masalah yang menekan mereka di luar padang. Perkara tersebut disuarakan oleh pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dalam satu kenyataan rasmi di laman Facebook KDA FC baru-baru ini. Biarpun menghadapi masalah di luar padang barisan pemain Kedah tetap berjuang habis-habisan […]
Ucapan Inspirasi Tunku Ismail Cetus Semangat JDT

Ucapan penuh berinspirasi daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dilihat menjadi pemangkin kemenangan besar Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) baru-baru ini. Selepas berjaya mengatasi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di peringkat separuh akhir Piala FA 2024 dengan keputusan agregat 6-1, kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu dalam liga pada 9 Ogos lalu. […]
Liga Super: Aksi JDT vs Kedah Darul Aman Rekod Kehadiran Tertinggi Minggu 8

Minggu hari perlawanan kelapan menyaksikan aksi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merekodkan kehadiran tertinggi. Aksi ini dilihat peluang buat Sang Kenari yang dibimbing Nafuzi Zain untuk menebus kekecewaan selepas disingkirkan lawan sama di peringkat separuh akhir Piala FA 2024. 15,216 penyokong di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menjadi […]
Penyokong Kedah Berpuas Hati Dengan Layanan Baik Di Stadium Sultan Ibrahim

Penyokong Kedah berpuas hati dengan layanan yang baik ketika berada di Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi Liga Super di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Jumaat. Perkara tersebut disuarakan sendiri oleh salah seorang penyokong Kedah yang dikenali sebagai Haikal Amsyar melalui satu video di laman Tiktok. Di dalam […]
Penyokong Kedah Terkesima Dengan Layanan JDT Ketika Keluar SSI

Biarpun menelan kepahitan apabila melihat pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tewas besar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), seorang penyokong Kedah terkesima dengan layanan JDT ketika keluar dari Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Pemilik akaun Tiktok dan salah seorang penyokong Kedah, Haikal Amsyar telah memuatnaik video beliau dan penyokong-penyokong Kedah yang lain ketika sedang berjalan […]
Giliran Renan Alves Titip Kata Semangat Buat Kedah

Bekas pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Renan Alves menitipkan kata-kata semangat buat bekas pasukannya itu selepas tewas 0-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat. Renan yang kini tidak mewakili mana-mana kelab telah meninggalkan komen di laman Instagram rasmi KDA FC dan telah menimbulkan kerinduan buat para penyokong Sang Kenari. “Semoga kalian akan […]
Kalamullah Terduduk, Warganet Beri Kata Semangat

Penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz dilihat terduduk selepas pasukannya tewas 0-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di antara kedua-dua pasukan pada Jumaat. Ternyata bukanlah satu tugas yang mudah buat Kalamullah untuk menahan setiap serangan daripada barisan pemain bintang JDT dan ianya terbukti apabila enam jaringan membolosi […]