Liga Super: Sabah Malukan Kedah Di Likas

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Sabah merakamkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Kedah di laman sendiri. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik bagi misi memburu tiga mata penuh. Kedah hadir tanpa Syafiq Ahmad dan Halim Saari yang difahamkan beraksi bersama skuad Piala MFL. Seawal 2 minit permainan, Sabah membuka jaringan menerusi Saddil Ramdani […]
Piala MFL: Selangor Sekat Hajat Kemenangan Kedah

Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B mencipta kejutan menewaskan Selangor FC musnah apabila pasukan itu diikat 1-1 di Stadium Darul Aman. Kedah B mahu bangkit selepas tewas 1-0 kepada Negeri Sembilan FC. Manakala Selangor pula mahu terus menghambat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II selepas menewaskan KL City FC Extension 2-0. Barisan […]
Pemain Kedah Perlukan Tonik Luar Biasa

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain menganggap pemain-pemain kendaliannya memerlukan tonik yang luar biasa untuk kembali kepada prestasi yang sebenar. Umum sedia maklum mengenai isu tunggakan gaji yang menimpa kem Sang Kenari dan jika ianya dapat diselesaikan segera, Nafuzi percaya ianya merupakan tonik yang luar biasa buat pemain. “Semangat pemain tidak luntur […]
Liga Super: Kedah ‘Diikat Ketat’ PDRM Di Darul Aman

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal meneruskan rentak kemenangan di tempat sendiri apabila diikat PDRM FC dalam aksi Liga Super yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman pada Jumaat. Dengan menurunkan barisan terkuat, Kedah tampil dengan dua penyerang berbisa di bahagian hadapan iaitu Milos Gordic dan Syafiq Ahmad. Manakala Ifedayo Olusegun kekal menjadi harapan utama […]
Kedah Mahu Kekalkan Rentak Kemenangan

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mahu mengekalkan rentak kemenangan menjelang aksi menentang PDRM FC untuk musim 2024/25. Selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Terengganu FC pada 19 Oktober lalu, Sang Saka Biru menjadi sasaran terbaru Kedah. Menariknya, pasukan itu menjadi mangsa pertama Sang Kenari dalam aksi pembukaan Liga Super pada Mei […]
Kedah Terima Tajaan 6 Angka

Kelab Bolasepak Kedah Darul Aman (KDA FC) dilaporkan telah menerima tajaan enam angka daripada seorang individu baru-baru ini. Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh penaja tersebut iaitu Dato’ Royfaizal Razali Chong menerusi satu perkongsian di laman Facebook beliau. Amaun tajaan berjumlah RM 300,000 itu telah dibayar ke akaun Darulaman Football Club pada hari ini iaitu […]
Kisah Benar Import Kedah Yang Mampu Menjentik Sanubari

Kisah benar pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Milos Gordic sudah pastinya mampu menjentik sanubari kita sebagai manusia. Umum mengetahui masalah tunggakan gaji yang dialami oleh pemain-pemain dan staf pasukan Kedah dan ianya jelas sekali mengganggu kehidupan mereka. Milos Gordic yang merupakan pemain import dari Serbia difahamkan tidak dapat pulang ke negaranya bagi […]
“Saya Serahkan Jiwa & Raga Saya Kepada Kedah”

Penjaga gol utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ifwat Akmal meluahkan bahawa dirinya tidak kisah dikritik hebat kerana yang lebih penting bagi dirinya adalah memberikan jiwa dan raga buat pasukan Kedah. Ifwat merupakan pemain yang paling sibuk di atas padang dalam aksi Liga Super bertemu Terengganu FC di Stadium Darul Aman pada Sabtu. Penjaga […]
Ifwat Akmal: Kedah Mahu Kedudukan Lima Terbaik

Penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ifwat Akmal berharap kemenangan terbaru pasukan itu dapat membawa mereka menghampiri kelompok lima terbaik liga. Penantian kemenangan Kedah selama tiga bulan berakhir apabila pasukan itu menewaskan Terengganu FC di Stadium Darul Aman pada 19 Oktober lalu. Bek tengah Brazil, Jose Cleylton muncul wira dengan menanduk bola melepasi […]
Badrul Afzan Gesa Taji Terengganu Lebih Tajam

Ketumpulan jentera serangan Terengganu FC terus memeningkan pemangku jurulatih pasukan itu, Badrul Afzan Razali. Terengganu berharap dapat mengakhiri kemarau kemenangan mereka dalam lima perlawanan apabila bertemu dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 19 Oktober lalu. Jentera serangan Peteh terdiri daripada Nelson Bonilla, Ismaheel Akinade, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dilihat berdepan kesukaran menembusi […]
Nafuzi Zain Terharu Lihat Aksi Pemain Kedah

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain nyata terharu ketika melihat pemain-pemain Kedah beraksi menentang Terengganu FC dalam aksi Liga Super pada Sabtu. Bagi Nafuzi, biarpun para pemain mengalami situasi yang sukar di luar padang namun semangat juang yang ditampilkan oleh pemain Kedah membuatkan beliau sebagai jurulatih terharu dan bersedih. “Kita (pasukan Kedah) […]
Terengganu Hilang Sentuhan Marin Pilj Hadapi Kedah

Menjelang aksi Liga Super bertemu Kedah, Terengganu terpaksa melupakan khidmat tonggak tengah, Marin Pilj. Terengganu hadir ke bumi Darul Aman untuk aksi Liga Super dengan misi mengutip 3 mata penuh sekaligus menamatkan kemarau tanpa kemenangan dalam enam aksi sebelum ini. Walau bagaimanapun, misi ini tampak sedikit sukar apabila wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi melaporkan jaguh […]
Kedah Hargai Keprihatinan Sanusi

Pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menghargai keprihatinan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Noor untuk membantu pasukan itu. Sejak saingan Liga Super musim 2024/25 bermula, Sang Kenari bergelut dengan masalah kewangan terutama isu tunggakan gaji. Isu tersebut turut mengakibatkan beberapa tonggak Kedah memilih meninggalkan pasukan dalam tetingkap kedua perpindahan Liga […]
Tiket Aksi Kedah vs Terengganu Baru Terjual 4 Keping

Meskipun aksi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC bakal berlangsung pada 19 Oktober ini, sambutan dilihat dingin. Ini berdasarkan bilangan tiket perlawanan yang dijual untuk aksi berkenaan. Difahamkan hanya empat keping tiket yang terjual setakat ini seperti yang disiarkan di platform media sosial rasmi Kedah. Apabila ramai penyokong bertanya mengapa tindakan tersebut […]
Sanusi: Tiada Pemain Kedah Jumpa Saya

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan tiada sebarang pertemuan membabitkan pihak beliau dan para pemain Sang Kenari. Beliau yang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkata kerajaan negeri bersedia meringankan beban tunggakan gaji yang ditanggung Kedah Darul Aman (KDA) FC ketika ini. “Kerajaan negeri kena salurkan (bantuan) menerusi KFA, KFA akan […]
Kedah Beri Tawaran Lumayan Pas Bermusim 2024

Kedah Darul Aman membawa berita gembira buat para peminat apabila menawarkan potongan harga bagi pas bermusim 2024. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi kelab, Kedah mengumumkan potongan harga hampir 50% untuk kesemua empat pas bermusim yang dijual di awal musim tempoh hari. Pas bermusim dengan harga baharu ini boleh diakses untuk 7 perlawanan pasukan […]