Kedah Tawar Kemasukan Percuma Buat Penyokong Wanita & Kanak-Kanak

Kedah memberi berita gembira dengan menawarkan kemasukan percuma buat para penyokong wanita dan kanak-kanak. Pengumuman ini dibuat oleh pihak kelab Kedah Darul Aman FC menjelang aksi pusingan 16 terakhir menentang KL City pada 22 November hadapan di gelanggang keramat Sang Kenari. “Kepada semua penyokong KDA FC, kami ada berita gembira! Untuk perlawanan Piala Malaysia antara […]
Kedah Bakal Terima Dua Ahli Lembaga Pengarah Baharu

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal menerima dua figura sebagai ahli lembaga pengarah pasukan yang baru. Perubahan ini merupakan sebahagian daripada perubahan struktur organisasi yang diumumkan pemegang saham majoriti Kedah, Tan Sri Dr Daud Bakar. Walau bagaimanapun, identiti dua ahli lembaga pengarah baru pasukan itu tidak didedahkan. Daud memaklumkan pelantikan dua ahli lembaga pengarah […]
Sony Norde Bakal Ke Liga 1 Indonesia

Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde bakal berkelana ke Indonesia pada Disember ini. Ini selepas wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan pemain sayap Haiti berusia 35 tahun itu bakal menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Malut United. Berita ini sekaligus menamatkan tempoh empat tahun Norde mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak 2020. […]
Proses Pengambilalihan Kedah Temui Jalan Buntu

Proses pengambilalihan 100 peratus saham Kedah Darul Aman FC (KDA FC) oleh Mahsuri Medical Centre (MMC) menemui jalan buntu. Dalam satu pengumuman rasmi KDA FC, pihak kelab memutuskan untuk tidak meneruskan perbincangan bersama MMC tentang penjualan 100 peratus saham kelab yang digelar Sang Kenari itu. Pihak KDA FC juga mendoakan yang terbaik buat MMC dalam […]
Tunku Ismail Seorang Ketua Yang Baik & Prihatin

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor dikatakan sebagai seorang ketua yang baik dan prihatin. Perkara tersebut dikongsikan oleh penyerang JDT yang kini dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad. Umum mengetahui Syafiq dan keluarga telah melalui detik hitam pada Disember 2020 apabila ditimpa […]
“Belum Apa-Apa, Dah Buat Kenyataan Macam-Macam” – Sanusi

Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan proses pembelian saham Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tiada kena mengena dengan kerajaan negeri. Terdahulu, MakanBola melaporkan anak syarikat DSAT Group, Mahsuri Medical Centre (MMC) sudah mengemukakan surat tawaran pengambilalihan Sang Kenari pada 4 November lalu. Mengulas mengenai tawaran […]
Kedah Beri Maklum Balas Tawaran Mahsuri Medical Centre

Pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memberi maklum balas tentang tawaran pengambilalihan saham pasukan itu. Sebelum ini, anak syarikat DSAT Group, Mahsuri Medical Centre (MMC) sudah mengemukakan surat tawaran pengambilalihan Sang Kenari pada 4 November lalu. Selain mengambil alih 100% saham Kedah, MMC juga akan menguruskan liabiliti yang dimiliki pasukan itu. Susulan itu, pengurusan […]
Calon Pemilik Dedah Hutang Kedah

Calon pemilik baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) baru-baru ini telah mendedahkan jumlah hutang yang ditanggung pasukan yang digelar Sang Kenari itu. Dalam satu hantaran di laman Facebook Dato’ Seri Azizul Tandek, telah didedahkan bahawa jumlah hutang yang ditanggung Kedah kini berjumlah RM 14 juta. Bagi beliau yang juga pemilik syarikat DSAT Group, orang […]
Kedah Selangkah Untuk Diambil Alih?

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan sedang dalam proses untuk diambil alih oleh sebuah pusat perubatan terkemuka di Jitra, Kedah. Mahsuri Medical Centre dalam satu kenyataan media menyatakan telah menghantar surat tawaran untuk pengambil alihan KDA FC. “Pada 3 November 2024, pihak Mahsuri Medical Centre dengan diwakili Ketua Pegawai Operasi, Encik Nazar Ahmad bin […]
3 Faktor Buatkan Kedah Tewas Kepada Selangor

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain telah mengesan tiga faktor yang membuatkan pasukan kendaliannya itu menelan kekalahan kepada Selangor FC dalam aksi Liga Super di gelanggang sendiri pada Sabtu. Tiga faktor yang telah dikesan adalah keadaan fizikal, faktor kecergasan pemain dan juga dari segi tempo permainan yang kelihatan ketara. Biarpun tewas, Nafuzi […]
“Industri Bola Sepak Terlalu Mencabar” – Daud Bakar

Pemilik Majoriti Kedah Darul Aman FC (KDAFC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar melihat industri bola sepak kini terlalu mencabar. Kedah yang dibimbing oleh Nafuzi Zain difahamkan terpalit dengan isu tunggakan gaji sejak awal musim ini hingga menyebabkan beberapa pemain memilih untuk berhijrah keluar. Situasi tampak lebih berat apabila sesi latihan skuad Kenari juga telah […]
Kedah Darul Aman Belum Terima Bantuan

Pemilik majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr Daud Bakar mendedahkan pasukan itu belum menerima bantuan untuk kemelut kewangan yang dihadapi. Sejak awal musim 2024/25, pasukan yang diberi jolokan Sang Kenari itu bergelut dengan masalah kewangan termasuk isu tunggakan gaji. Isu tersebut turut menyebabkan Kedah kehilangan beberapa tonggak utama dalam tetingkap perpindahan […]
Kedah Sedia ‘Bertukar Tangan’

Kelab utara tanah air, Kedah Darul Aman (KDA) FC dilaporkan terbuka dan bersedia untuk menerima pemilik baharu bagi membawa pasukan di masa akan datang. Sebelum ini, terdapat laporan memaklumkan bahawa sebuah syarikat global berminat untuk membeli KDA dan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar sebagai pemilik kelab berbesar hati untuk merealisasikan hasrat tersebut. “Berdasarkan beberapa […]
Rekod 5 Pertemuan Terakhir Kedah vs Selangor Curi Tumpuan

Rekod lima pertemuan sebelumnya membabitkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Selangor FC mencuri tumpuan penyokong. Berdasarkan rekod semasa, Merah Kuning memiliki kelebihan kerana menang empat daripada lima aksi sebelumnya dengan Sang Kenari. Ini termasuk aksi kedua liga membabitkan kedua-dua pasukan itu di Stadium MBPJ pada 18 Mei lalu. Aksi tersebut berkesudahan dengan kemenangan […]
Nafuzi Zain: Kesilapan Mudah Buat Kedah Dihukum

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui kesilapan mudah yang dilakukan anak buahnya menyebabkan pasukan itu tewas kepada Sabah FC. Kedah berharap dapat mencuri mata daripada Sabah dalam aksi tertangguh liga yang diadakan di Stadium Likas pada 29 Oktober lalu. Sang Kenari bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali menerusi Jose Cleylton dan […]
MFL ‘Tadah Tangan’ Bantu Kedah

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi memaklumkan pengendali liga itu bersedia membantu Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Sejak awal musim 2024/25, Kedah bergelut dengan masalah kewangan terutama isu tunggakan gaji. Situasi ini menyebabkan pemain pasukan berkenaan beberapa kali tidak turun menjalani latihan sebagai tanda protes terhadap apa yang […]