Kenaikan Harga Tiket Akan Bantu Kedah

Bermula aksi pra musim dan musim baharu Liga Super 2024/2025, harga tiket untuk menyaksikan perlawanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman akan dinaikkan sebanyak RM5. Pengumuman kenaikan harga tiket itu telah dikongsikan oleh Pemilik Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dalam satu sidang media sebentar tadi. Kenaikan harga […]

Kedah Perkenal Pas Separuh Musim

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengambil inisiatif luar biasa apabila memperkenalkan pas bermusim untuk separuh musim Liga Super bagi menggalakkan penyokong untuk memilikinya. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dalam satu sidang media sebentar tadi. Untuk pas bermusim, harga ditawarkan adalah RM150 Zon Terbuka, RM250 […]

Aksi Awal Terengganu & Kedah Curi Tumpuan

Aksi pra-musim 2024/25 membabitkan Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang berlangsung pada 19 April ini bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak. Ini kerana dua pasukan ini bakal bersaing dalam kejohanan pra-musim di Terengganu iaitu Agarbomb Performance Cup 2024. Kejohanan yang bakal berlangsung dari 17 hingga 21 April ini turut menyaksikan penyertaan […]

Bekas Pemain Liga Portugal, Cleylton Kini Milik Kedah

Bek tengah Brazil, Cleylton sah menjadi pemain import terbaru yang menyertai pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Perpindahan bek tengah berusia 31 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial mereka hari ini. Kehadiran bekas bek tengah Belenenses itu dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan bek tengah Serbia, Bojan Ciger. […]

Kedah Terima Tajaan Cecah 6 Angka

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus mendapat suntikan semangat menjelang saingan musim baru Liga Super yang bermula pada bulan hadapan. Hari ini, pengurusan Sang Kenari menerima penajaan daripada AR AB Group Sdn. Bhd. untuk musim 2024/25 yang bernilai RM100,000. Pengumuman penaja terbaru pasukan itu dibuat menerusi platform media sosial Kedah. Selain menjadi penaja utama […]

Kedah Mahu Jadi ‘Gergasi’ Baru MPFL

Pasukan futsal Kedah siap sedia untuk kembali menggegar arena futsal negara menjelang saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) divisyen 2 tidak lama lagi. Menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Mohd Salleh Saidin, beliau meletakkan keyakinan penuh kepada barisan pemain meskipun rata-rata pemain yang bakal menggalas tugas ini adalah muka-muka baharu. Beliau berkata, […]

Penyokong Mula Persoal Tindakan Kedah

Segelintir penyokong pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mula mempersoalkan tindakan pihak pengurusan mengenai kemasukan pemain-pemain baharu. Baru-baru ini, Kedah telah mengumumkan kemasukan penjaga gol baharu, Wan Mohd Syazmin yang beraksi bersama Sri Pahang pada musim lalu. Kehadiran Syazmin itu nyata mengundang rasa aneh buat beberapa penyokong kerana kini Kedah sudah mempunyai empat penjaga […]

Kedah Mula Langkah Kanan, Belasah Skuad Muda Penang

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) membuka kempen pra-musim dengan langkah kanan apabila menewaskan skuad Penang FC Bawah 23 Tahun (B-23) malam tadi. Perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti ini menggamit perhatian ramai. Lebih 1,500 orang penyokong turun memberi sokongan kepada Sang Kenari. Kedah yang menampilkan ramai tonggak utama seperti […]

Kedah Berbelanja Lagi, Sambar Peledak Serbia

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus memantapkan persiapan pasukan dengan membawa masuk penyerang Serbia, Milos Gordic. Perpindahan penyerang berusia 31 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial rasmi mereka hari ini. “KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Miloš Gordić, pemain berasal dari Čačak, Serbia yang sebelum ini beraksi di Liga China […]

Kedah Sambar Khidmat Habib Haroon

Pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendapat khidmat seorang lagi pemain import iaitu bekas kapten Terengganu FC, Habib Haroon. Perpindahan pemain tengah Bahrain itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial rasmi mereka hari ini. “KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Habib Haroon, pemain berasal dari Bahrain yang cukup dikenali […]

Isu Tunggakan Gaji Kedah Bakal Berakhir

Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh menghela nafas lega kerana masalah tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu bakal berakhir. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh pemilik majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar dalam satu sidang media khas yang diadakan hari ini. Kedah kini dalam proses melunaskan 50% tunggakan gaji barisan pemain dan […]

Amirbek Juraboev Tinggalkan Kedah, Kembali Ke Tajikistan

Bekas pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Amirbek Juraboev memilih kembali ke negara kelahirannya, Tajikistan. Ini selepas Juraboev sah berpindah ke kelab gergasi Tajikistan, Istiklol. Perpindahan tersebut turut disahkan kelab berkenaan beberapa hari lalu. “Kelab Bola Sepak Istiklol telah melengkapkan semua prosedur diperlukan untuk perpindahan pemain kebangsaan Tajikistan, Amirbek Juraboev ke pasukan ibu […]

Terkini: Sony Norde Bawa Haluan Ke Kedah

Selepas meninggalkan Terengganu FC pada akhir musim 2023, Sony Norde kini berkelana pula ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Perpindahan pemain sayap Haiti itu diumumkan pengurusan Sang Kenari menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan hari ini. “KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Sony Nordé, pemain berasal dari Haiti yang cukup dikenali […]

Kedah Langsai Tunggakan Gaji Lebih Setengah Juta

Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh menghela nafas lega kerana pasukan itu sudah mula menyelesaikan masalah tunggakan gaji mereka. First Instance Body (FIB) melaporkan pasukan utara tanah air itu sudah melunaskan tunggakan gaji berjumlah RM600,000. Bagaimanapun, jumlah tersebut tidak mematuhi bayaran 50% jumlah tunggakan gaji yang ditetapkan badan tersebut. FIB turut memaklumkan sudah […]

Hamidin: Kelab Tidak Belajar Daripada Kesilapan Perlis & Melaka United

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kecewa melihat kemelut kewangan yang masih membelenggu kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M). Ketika ini, KL City FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berdepan masalah kewangan meskipun saingan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi. Isu ini dilihat tiada noktah dengan kelab-kelab tidak […]

Kedah Sambar Khidmat Faiz Nasir

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus memperkuat pasukan menjelang musim baru Liga Super pada Mei ini. Pasukan utara tanah air itu mengumumkan perpindahan pinjaman Faiz Nasir dari Terengganu FC di platform media sosial mereka hari ini. Faiz menjadi pemain terbaru menyertai Sang Kenari selepas Syafiq Ahmad, Irfan Zakaria, Rizal Ghazali, Zamri Pin Ramli dan […]