Syafiq Ahmad Mengamuk, Jaring Gol Terpantas Musim 2024/25

Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad mencipta sensasi apabila menjaringkan gol terpantas Liga Super musim 2024/25. Syafiq menyertai Kedah secara pinjaman semusim daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dipilih mengetuai serangan pasukan itu untuk aksi pertama liga menentang PDRM FC. Bergandingan bersama penyerang Serbia, Milos Gordic, penyerang berusia 28 tahun itu […]

Penaja Kekal Taja Kedah Kerana Personaliti Hebat Daud Bakar

Salah satu penaja Kedah Darul Aman FC (KDA FC) musim ini iaitu Olive House menjelaskan mengapa masih kekal menaja pasukan itu buat tahun ketiga berturut-turut. Ketua Pegawai Eksekutif Olive House, Ustaz Aidil Azwal Zainudin berkata segala keputusan syarikat untuk terus menaja Kedah adalah berdasarkan keberadaan Pemilik Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar […]

Siaran Langsung Liga Super: PDRM vs Kedah (Live Streaming)

Perlawanan pembukaan Liga Super musim 2024/25 antara PDRM FC dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal mencuri perhatian penyokong. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Selayang itu bukan saja memberi peluang kepada kedua-dua pasukan meraih kemenangan pertama musim ini. Malah, ini peluang buat The Cops membalas dendam selepas tewas 2-0 kepada lawan sama pada 9 […]

5 Perpindahan Pemain Liga Super Bagai Sirih Pulang Ke Gagang

Jendela perpindahan pertama Liga Super 2024/2025 kini telah menutup tirainya dan bagai sirih pulang ke gagang, terdapat beberapa pemain yang pulang menyertai pasukan lama mereka. Berikut merupakan 5 perpindahan pemain Liga Super yang akan kembali menyarung jersi pasukan lama mereka. 1. Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman) Penyerang yang terkenal dengan kerajinan beliau di atas padang […]

Penyokong Kedah Berpeluang Memenangi Motosikal

Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini berpeluang bawa pulang hadiah motosikal jika menghadirkan diri ke Stadium Darul Aman bagi menonton aksi pra-musim di antara Kedah dan Melaka FC pada Sabtu (4 Mei). Selain motosikal, 10 keping tiket Grandstand juga mampu dimenangi. Hadiah motosikal dan tiket grandstand itu disediakan untuk cabutan bertuah. Memandangkan perlawanan […]

Pra-Musim: Kad Merah Buat Penang Hampa Berdepan Kedah

Layangan kad merah membantu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merekodkan kemenangan ke atas Penang FC dalam aksi pra-musim terbaru 2024/25. Selepas tewas tipis 1-0 kepada Perak FC di Stadium Perak beberapa hari lalu, anak buah Nafuzi Zain mahu bangkit di gelanggang keramat mereka, Stadium Darul Aman. Sementara Penang pula mahu mengulangi kejayaan menewaskan Sang […]

Burger Tebal & Ayam Goreng Menanti Penyokong Kedah

Penyokong pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak perlu bimbang lagi mengenai makanan yang dijual di Stadium Darul Aman selepas menu kegemaran ramai seperti burger dan ayam goreng akan dijual pada setiap hari perlawanan selepas ini. Baru-baru ini, KDA FC mengumumkan dua rakan rasmi makanan dan minuman bagi musim 2024/2025. Dua rakan rasmi tersebut […]

Yusri Che Lah Anggap Perak ‘Hilang’ Sejenak Berdepan Kedah

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah lega dengan kemenangan yang diraih pada aksi persahabatan pra-musim berdepan Kedah Darul Aman FC walaupun mendapati pasukannya hilang arah pada separuh masa pertama. Dalam aksi semalam, Perak kelihatan bergelut untuk menguasai bola selain sukar melancarkan serangan merbahaya ke kubu Kedah sepanjang separuh masa pertama. “Setiap tindakan yang kita (Perak) […]

Pra-Musim: Aksi ‘Spiderman’ Haziq Nadzli Bantu Perak Tewaskan Kedah

Perak meneruskan aksi pra-musim dengan langkah positif apabila berjaya menewaskan Kedah dalam aksi persahabatan di Stadium Negeri Perak, Ipoh sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik dengan Kedah mempertaruhkan Syafiq Ahmad dan Milos Gordic di bahagian serangan manakala Perak pula meletakkan Luka Milunovic di bahagian hadapan bagi mencari jaringan buat tuan rumah. Aksi dimulakan dengan […]

Pra-Musim: Kedah Tewaskan Negeri Sembilan

Pasukan gergasi dari utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kembali memberi keyakinan kepada para penyokong pasukan itu apabila berjaya menumbangkan Negeri Sembilan FC dalam aksi persahabatan pra-musim sebentar tadi. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu, Kedah dilihat menurunkan 90 peratus pemain utama seperti Milos Gordic, Habib Haroon dan Syafiq […]

Kedah Berjaya Langsaikan Tunggakan Gaji

Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh menarik nafas lega kerana First Instance Body (FIB) mengesahkan isu tunggakan gaji pasukan itu sudah berakhir. Sebelum ini, pengurusan Sang Kenari terlepas tarikh akhir penyelesaian tunggakan gaji yang ditetapkan FIB pada 31 Mac lalu. Akibatnya, FIB kemudiannya menjatuhkan hukuman potongan tiga mata dan denda sebanyak RM50,000. Kedah […]

Kestabilan Dorong Ifedayo Pilih PDRM

Penyerang baru PDRM FC, Ifedayo Olusegun berharap musim 2024/25 dapat membawa ketenangan minda buat dirinya. Ketenangan minda yang dimaksudkan ialah beliau tidak lagi perlu memikirkan isu tunggakan gaji yang dihadapi dalam dua musim terakhirnya di Liga Malaysia (Liga M). Ifedayo berdepan isu tersebut semasa bersama Melaka United pada musim 2022 dan Kedah Darul Aman FC […]

Penyokong Kedah Sangkakan Liridon Krasniqi

Beberapa penyokong pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terkejut melihat kelibat pemain pasukan mereka yang mirip bekas pemain Kedah yang juga pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi. Pemain yang dimaksudkan ialah penyerang dari Serbia, Milos Gradic. Milos telah diturunkan pada aksi persahabatan bagi Piala Prestasi Agarbomb menentang Terengganu FC semalam. Melalui tinjauan di ruangan komen […]

Daud Bakar: 8 Bulan Saya Rungsing, Hari Ini Tersenyum Semula

Pemilik saham majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar mengakui merasa lega kerana dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji pasukan itu. Sang Kenari kini boleh fokus kepada persiapan pra-musim 2024/25 selepas isu tunggakan gaji berjaya diselesaikan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan First Instance Body (FIB) iaitu 20 April 2024. Ini […]

Pra-Musim: Kedah Kalahkan Skuad Muda Terengganu

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) membuka kempen Agarbomb Performance Cup 2024 dengan bergaya apabila menewaskan Terengganu FC II hari ini. Perlawanan hari ini membantu kedua-dua pasukan tampil lebih mantap apabila saingan musim 2024/25 membuka tirainya pada bulan hadapan. Perlawanan hari ini turut menemukan semula dua rakan lama iaitu jurulatih Terengganu II, Hairuddin Omar dan […]

PDRM Sambar Ifedayo Olusegun

Penjaring Terbanyak Liga Super musim 2021, Ifedayo Olusegun terus mewarnai arena bola sepak Malaysia dengan menyertai PDRM FC. Perpindahan penyerang Nigeria berusia 33 tahun itu diumumkan pengurusan The Cops di platform media sosial mereka hari ini. Perpindahan ini sekaligus mengesahkan khabar perpindahan yang dibawa wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk segmen redONE Keluar Masuk Liga M di Nadi […]