Slot Utama Tajaan Kedah DA Bernilai RM10 Juta

Slot utama tajaan bagi pasukan Kedah Darul Aman difahamkan bernilai sekitar RM10 Juta. Baru-baru ini, KDA FC mengesahkan bahawa status penaja utama pasukan masih tergantung susulan mengalami masalah besar saat akhir. “Untuk makluman, selepas KDA FC menyelesaikan permasalahan utama bulan lepas, pihak pengurusan kini menumpukan sepenuh perhatian dalam menarik pelabur dan penaja seterusnya mengenal pasti […]
P. Maniam Akui Padang Berlecak Tak Bagus Untuk Bola Sepak

Ketua jurulatih PDRM, P. Maniam mengakui situasi padang berlecak tidak bagus untuk aksi bola sepak. Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan lebat itu menyaksikan PDRM tewas tipis kepada Kedah Darul Aman hasil jaringan awal Syafiq Ahmad di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Situasi hujan lebat menyebabkan padang mula bertakung dan pemain-pemain PDRM serta Kedah kelihatan bergelut […]
Nafuzi Zain Seronok Dapat Bertemu Nidzam Jamil

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui teruja apabila bertemu Selangor FC dalam aksi liga seterusnya pada minggu hadapan. Ini kerana perlawanan itu bakal menemukannya dengan rakan lama yang juga jurulatih baru Merah Kuning, Nidzam Jamil. Nidzam dilantik sebagai jurulatih Selangor pada pertengahan Mac lalu selepas Tan Cheng Hoe memilih untuk menyertai […]
Syafiq Ahmad Mengamuk, Jaring Gol Terpantas Musim 2024/25

Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad mencipta sensasi apabila menjaringkan gol terpantas Liga Super musim 2024/25. Syafiq menyertai Kedah secara pinjaman semusim daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dipilih mengetuai serangan pasukan itu untuk aksi pertama liga menentang PDRM FC. Bergandingan bersama penyerang Serbia, Milos Gordic, penyerang berusia 28 tahun itu […]
Penaja Utama Kedah Hadapi Masalah Besar Saat Akhir

Kedah Darul Aman berdepan kekangan untuk memulakan saingan Liga Super musim 2024/25 apabila penaja utama pasukan menghadapi kekangan saat akhir. Perkara ini disahkan oleh Kedah Darul Aman menerusi satu kenyataan rasmi hari ini yang memaklumkan mengenai status penaja utama Sang Kenari dan juga perlawanan pembukaan Liga Super. “Untuk makluman, selepas KDA FC menyelesaikan permasalahan utama […]
Nafuzi Zain: Kedah Perlukan Masa Bentuk Skuad Ampuh

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain berpandangan anak buahnya masih memerlukan masa untuk membentuk skuad yang ampuh. Kedah mencatatkan 2 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan dalam 4 aksi terakhir pra-musim sebelum bermulanya saingan Liga Super 2024/2025 pada 10 Mei ini. Kedah berjaya menewaskan Penang 3-1, Negeri Sembilan 2-0 manakala Kedah kalah tipis kepada […]
“Kita Pun Kecewa Apa Yang Berlaku Di Kedah” – Datuk Zainal Abidin

Lagenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mengakui kecewa dengan apa yang berlaku di Kedah sebelum ini. Bekas pengendali Melaka United ini menzahirkan rasa simpati terhadap nasib pasukan Sang Kenari dalam satu wawancara bersama Nindia Bola di Astro Arena. Katanya, Kedah Darul Aman ketika ini mula untuk mempersiapkan pasukan dengan lebih baik sungguhpun berdepan […]
Kedah Kutip Dua Kekalahan Dalam Satu Masa

Kedah Darul Aman mengharungi hari yang pahit apabila tewas dua kali dalam tempoh yang cukup singkat. Sang Kenari mengharungi kempen yang agak baik namun mengalami kejutan apabila tewas 3-0 di tangan seteru utara, Penang FC. Skuad kendalian Nafuzi Zain bagaimanapun melakar keputusan positif ketika berdepan Terengganu dan juga Terengganu ll. Keputusan ini berlarutan kepada skuad […]
Pra-Musim: Kedah Tumpas Mengejut Di Tangan Penang 3-0

Aksi pra-musim 2024 mengundang sedikir kejutan apabila Kedah mengalami kekalahan di tangan Penang. Skuad kendalian Nafuzi Zain mengekalkan barisan terbaik sungguhpun turun tanpa kelibat penyerang utama pasukan, Syafiq Ahmad. The Phanters pula membariskan gabungan muka baharu dan lama yang diketuai oleh kapten pasukan, Rafael Vitor. Perlawanan berlangsung baik pada 25 minit pertama permainan dengan kedua-dua […]
Pra-Musim: Terengganu & Kedah Terikat Di Gong Badak

Aksi pra-musim 2024 antara pasukan Terengganu dan Kedah berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Aksi babak pertama memperlihatkan pertembungan kualiti yang seimbang antara kedua-dua pasukan. Anak didik Nafuzi Zain bermula baik menerusi serangan bertali-arus dengan gandingan Syafiq Ahmad dan Gordic […]
Kim Pan-gon Bawa Haluan Ke Terengganu

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tiba di bumi Terengganu hari ini bagi menyaksikan kejohanan Agarbomb Performance Cup 2024. Kim Pan-gon bersama barisan kejurulatihannya hadir bagi menyaksikan aksi pembukaan antara dua pasukan Liga Super Malaysia iaitu Terengganu dan Kedah Darul Aman. Terengganu dan Kedah akan berentap di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi aksi persahabatan pra-musim […]
Kedah Bakal Uji Sebuah Pasukan Luar Negara

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC bakal menguji sebuah pasukan luar negara bagi musim 2024/25. Perkara ini dinyatakan oleh pemilik saham majoriti Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Daud Bakar menerusi satu sidang media yang diadakan hari ini. Katanya, persediaan rapi bakal dilakukan buat pasukan kendalian Nafuzi Zain apabila bakal bersaing dalam aksi […]
Kedah Makin Rancak, 11 Pemain Baru Perkuat Musim 2024/25

Kedah Darul Aman semakin rancak mempersiapkan skaud terbaik bagi menghadapi musim 2024/25 kelak apabila membawa masuk 11 pemain baru. Skuad kendalian Nafuzi Zain jelas mahu memberikan tentangan hebat dalam saingan Liga Super musim hadapan setelah menamatkan saingan liga ditangga ke-4 pada musim lalu dibelakang JDT, Selangor dan Sabah. Kedah membawa masuk 11 muka baharu dalam […]
Pasukan Liga Super Musim 2024/25 Bakal Berkurang Lagi?

Pasukan dalam saingan Liga Super musim 2024/25 berpotensi untuk berkurang lagi tatkala saingan bakal bermula kurang sebulan dari sekarang. Perkara ini disahkan oleh Malaysian Football League (MFL) menerusi Kalendar Liga Malaysia yang telah dikeluarkan baru-baru ini. Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam memberitahu bahawa 13 pasukan bakal bersaing di Liga Super […]
Kedah Bakal Bebas Sekatan FIFA

Kedah Darul Aman dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa kelab itu bakal bebas daripada sekatan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Baru-baru ini, tular mengenai sebuah berita yang menyatakan bahawa Sang Kenari merupakan salah sebuah kelab di Liga Malaysia yang dikenakan perpindahan pemain oleh FIFA. Hal ini susulan pelbagai masalah dalaman termasuklah tunggakan gaji yang melanda pasukan […]
Zaquan Adha: Tak Guna Kalau Belakang Azmeer Cerita Tentang Keburukan Orang

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha mengajak Azmeer Yusof untuk bersemuka dan tidak bercakap hanya di balik kamera tentang orang lain. Beliau yang baru sahaja menggantung but selepas kali terakhir beraksi buat Negeri Sembilan FC berharap agar Azmeer mempertimbangkan tawarannya untuk bersemuka. Hal ini susulan isu yang tular melibatkan kenyataan bahawa terdapat salah laku seperti buli […]