Piala MFL: KL City Malukan Kedah 3-0

Skuad KL City FC Extension membuka kempen Piala MFL dengan kemenangan apabila menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B 3-0. Beraksi di Stadium Darul Aman, skuad muda Kedah B yang dibimbing Mohammad Khairul Ismail dilihat pasukan pilihan bila menentang pasukan Lembah Klang itu. Dan kelebihan itu cuba dimanfaatkan sebaik perlawanan bermula. Sang Kenari berusaha […]
5 Fakta Penting Tentang Kemenangan Selangor Berdepan Kedah

5 fakta penting menghiasi kemenangan penting naib juara Liga Super 2023, Selangor FC ke atas Kedah Darul Aman FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya itu menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil berjaya merakamkan kemenangan tipis 1-0 di laman sendiri. Pencapaian ini menyaksikan jurulatih muda itu berjaya mengulangi rekod bekas pengendali, Tan Cheng Hoe […]
Nidzam Jamil Kagum Dengan Semangat Luar Biasa Mukhairi Ajmal

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil memuji semangat luar biasa yang dipamerkan Mukhairi Ajmal pada musim ini. Mukhairi Ajmal tampil dalam kesebelasan utama Selangor dalam aksi menentang Kedah Darul Aman yang berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik Selangor hasil jaringan Aliff Haiqal. Nidzam Jamil telah memberikan pandangan beliau tentang kesungguhan Mukhairi Ajmal dalam pasukan Selangor dan gembira […]
Nafuzi Zain Kekal Tenang

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain kekal tenang meskipun pasukan itu tewas kepada Selangor FC baru-baru ini. Selepas berjaya meraih kemenangan pertama ke atas PDRM, Sang Kenari berharap dapat meneruskan momentum kemenangan dengan menewaskan Merah Kuning. Malangnya, usaha pasukan utara tanah air itu digagalkan oleh gol kemenangan Aliff Haiqal Lau pada minit […]
Piala FA: Bukit Tambun Sedia Jadikan Kedah ‘Mangsa’ Pertama

Pasukan Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC bersedia untuk melakar kejutan ke atas pasukan Kedah Darul Aman dalam saingan pusingan 16 Piala FA kelak. Ketua jurulatih Bukit Tambun, Hasbul Hazani Daud percaya dengan kemampuan anak buahnya untuk memberikan aksi sukar kepada lawan yang berstatus pasukan Liga Super tersebut. “Kita tahu siapa Kedah dan bagaimana […]
Kedah Terima Khabar Gembira, Dapat Tajaan Wang Tunai

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menerima berita gembira apabila Lee Motors bersetuju memperbaharui kerjasama dengan pasukan itu. Pengumuman ini dibuat pengurusan Sang Kenari menerusi semua platform media sosial rasmi pasukan hari ini. Selain menerima tajaan berbentuk wang tunai, Kedah juga mendapat sokongan dalam bentuk kemudahan kenderaan dan akses perkhidmatan yang ditawarkan Lee Motors. “KDA […]
Nafuzi Zain Berpuas Hati Dengan Persembahan Pemain Kedah

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain berpuas hati dengan persembahan para pemain Kedah disebalik kekalahan tipis kepada Selangor hasil jaringan Aliff Haiqal. Nafuzi Zain menganggap rezeki tidak berpihak kepada Kedah walaupun pasukan tersebut mempunyai beberapa peluang berharga dalam perlawanan menentang Selangor. “Tahniah untuk Selangor, saya berbangga dengan apa yang pemain saya tunjukkan malam ini. […]
Skuad Muda Kedah Sekat Keampuhan JDT

Hajat skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV merekodkan kemenangan keempat berturut-turut tidak berhasil apabila dirantai Kedah Darul Aman FC (KDA FC) D dalam aksi terbaru Kumpulan B Piala Belia. Harimau Selatan yang dibimbing Pedro Collada Celda ingin meneruskan rekod tiga kemenangan berturut-turut selepas membelasah Kuching City FC 6-0 pada 11 Mei lalu. Sementara […]
3 Pemain Handalan Jadi Tumpuan Aksi Selangor & Kedah

Tiga pemain menjadi tumpuan bagi pertembungan Liga Super (LS2) yang berlangsung minggu ini. Pasukan kendalian Nidzam Jamil berhempas pulas untuk mempersiapkan pasukan bagi mengharungi aksi pertama musim 2024/25 selepas tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih tempoh hari. Tumpuan bagaimanapun terarah kepada tiga watak penting Selangor dan Kedah Darul Aman untuk memastikan pasukan membawa pulang tiga […]
Siaran Langsung Liga Super: Selangor vs Kedah Darul Aman (Live Streaming)

Perlawanan tumpuan minggu kedua Liga Super 2024/2025 akan menemukan naib juara musim lalu, Selangor FC menentang Kedah Darul Aman FC di Petaling Jaya. Selangor bakal turun dalam aksi pertama mereka musim ini setelah menarik diri ketika perlawanan Piala Sumbangsih mingggu lalu dan pastinya mahu mengutip tiga mata penuh di laman sendiri Ketua jurulatih Selangor, Nidzam […]
Aksi Selangor & Kedah Bakal Dibanjiri Lebih 15,000 Penyokong

Perlawanan Liga Super membabitkan Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium MBPJ bakal disaksikan lebih 15,000 penyokong malam ini. Ini kerana pengurusan Selangor FC memaklumkan tiket perlawanan malam ini sudah habis dijual. Perkara ini dinyatakan dalam satu hantaran di platform media sosial mereka semalam. “(Tiket) habis dijual! Terima kasih atas sokongan […]
Safee Sali Ramal Kedah Jadi Juara Piala FA

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali menjangkakan Piala FA bakal dijulang pasukan baru untuk musim 2024/25 iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Musim 2022 dan 2023 menyaksikan gelaran juara Piala FA digondol oleh pasukan gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Trofi tersebut menjadi sebahagian daripada pencapaian empat trofi yang diraih […]
“Jersi Tak Penting, Tiga Mata & Bayar Hutang Lagi Penting” – Razman Roslan

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan kejayaan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meraih kemenangan pertama liga amat penting buat pasukan itu. Ini kerana dengan kemenangan tersebut, pasukan utara tanah air itu tidak perlu lagi memikirkan isu potongan tiga mata yang dihadapi mereka untuk musim 2024/25. Sebelum ini, Sang Kenari dihukum denda RM50,000 dan […]
Selangor Perlu Tunggu Ruventhiran Lebih Lama

Selangor terpaksa melupakan khidmat Ruventhiran buat sementara waktu ekoran kecederaan yang melanda pemain bek kiri pasukan itu. Perkara tersebut dikongsikan oleh Nidzam Jamil, ketua jurulatih Selangor dalam program Nadi Bola di Astro Arena. “Alhamdulillah, perkara baiknya ialah kita dapat kurangkan senarai kecederaan kita. Saya fikir hampir semua pemain cergas kecuali Ruventhiran yang cedera semasa bersama […]
“Kedah Bukan Hanya Tentang Syafiq Ahmad” – Nidzam Jamil

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil tidak mahu hanya memberi fokus kepada penyerang Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad. Kedua-dua pasukan akan bertemu bagi aksi Liga Super ke-2 sungguhpun aksi Selangor dan JDT tidak berlangsung pada minggu lalu. Motivasi The Red Giants kini berada pada tahap tertinggi selepas tidak beraksi pada perlawanan pembukaan selain para pemain […]
Rizal Fahmi: Syafiq Ahmad Akan Menyinar Musim Ini

Bekas pemain pertahanan Kelantan dan Selangor, Rizal Fahmi Rosid yakin Syafiq Ahmad akan kembali menemui sentuhan berbisa bersama Kedah Darul Aman. Syafiq Ahmad menjaringkan gol pertamanya musim ini dalam aksi menentang PDRM dan beliau hanya memerlukan 30 saat untuk membolosi gawang gol lawan. Rizal Fahmi mengakui kehadiran semula Syafiq Ahmad dalam liga Malaysia bakal memberikan […]