Siaran Langsung Liga Super: Kedah Darul Aman vs Sri Pahang (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 11 menyaksikan pertemuan antara Kedah Darul Aman dan juga Sri Pahang. Skuad kendalian Nafuzi Zain tampil tanpa pemain utama pada aksi bertemu KL City di Cheras tempoh hari. Sri Pahang pula dalam momentum terbaik apabila membelasah PDRM dengan keputusan 5-1 di laman sendiri. Pertemuan ini penting tatkala kedua-dua pasukan mahu memperbaiki […]

35 Keping Tiket Baru Terjual Aksi Kedah vs Sri Pahang

Ramai penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terkejut bila mendapat tahu hanya 35 keping tiket perlawanan pasukan itu dan Sri Pahang FC terjual setakat ini. Angka terbaru jualan tiket berkenaan dikongsikan pengurusan Kedah menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi pasukan itu. Sehubungan dengan itu, pengurusan Sang Kenari merayu kepada penyokong agar segera […]

Kemunculan Semula Pemain Kedah Timbulkan Persoalan

Kemunculan semula pemain utama Kedah Darul Aman baru-baru ini menimbulkan persoalan besar. Skuad kendalian Nafuzi Zain menghadapi aksi minggu 10 Liga Super 2024/25 menentang KL City FC menyaksikan Sang Kenari hanya turun dengan pemain b-23 sahaja. Situasi itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong tentang situasi sebenar pasukan yang kini terpelosok di tangga ke-11 Liga […]

‘Mana Syafiq Ahmad?’

Peminat Kedah Darul Aman mula tertanya tentang kelibat penyerang berbisa, Syafiq Ahmad. Aksi antara KL City dan Kedah menyaksikan perubahan 360 darjah dalam skuad kendalian Nafuzi Zain memasuki aksi ke-10 Liga Super. Sang Kenari hanya menurunkan skuad B-23 di Stadium Cheras dengan hampir semua pemain utama pasukan tidak lagi berada dalam skuad. Ketiadaan watak penting […]

3 Tonggak Kedah ‘Angkat Kaki’

3 tonggak telah membuat keputusan untuk mengangkat kaki dan meninggalkan Kedah Darul Aman. Skuad kendalian Nafuzi Zain mengejutkan ramai pihak apabila turun beraksi di Cheras berdepan KL City tanpa seorang pun tonggak utama. Misteri ketiadaan pemain utama pasukan ini diburukkan selepas beberapa pemain sudah mula meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan kedua. Kapten Sang Kenari, Habib […]

Kalamullah Al-Hafiz Sertai Selangor

Selangor FC memperkuat bahagian penjaga gol mereka dengan merekrut penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi. Perpindahan ini diumumkan pengurusan Merah Kuning menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan itu. “Skuad Gergasi Merah berbesar hati mengumumkan penjaga gol baharu, Kalamullah Al-Hafiz yang berusia 29 tahun untuk mengharungi baki musim […]

Siaran Langsung Liga Super: KL City vs Kedah Darul Aman (Live Streaming)

Aksi Liga Super ke-10 menyaksikan pertembungan antara pasukan KL City menentang Kedah Darul Aman. Skuad kendalian Miroslav Kuljanac optimis memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan penyerang muda, Haqimi Azim menyatakan kesediaan penuh berdepan Sang Kenari. “Syukur Alhamdulillah, persediaan untuk perlawanan Sabtu ini amat baik. Kami ada beberapa pemain yang baru pulang daripada panggilan kebangsaan […]

Kalamullah Al-Hafiz Menuju Ke Selangor?

Penjaga gol utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dilaporkan bakal berkelana ke Selangor FC. Ini selepas khabar angin perpindahan berkenaan dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di platform X pada 13 September lalu. “Perpindahan besar! Penjaga gol kebangsaan Kalamullah difahamkan sudah menamatkan kontrak bersama Kedah Darul Aman untuk […]

Liga Super: Rekod Pertembungan 10 Aksi Terakhir KL City vs Kedah

Aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan KL City FC yang akan berlangsung pada 14 September ini dijangka sengit. Ini kerana berdasarkan rekod pertemuan lalu, kedua-dua pasukan masing-masing mengumpul lima kemenangan daripada 10 aksi sebelumnya mengikut data Transfermarkt. Sang Kenari yang dibimbing Nafuzi Zain berharap dapat meneruskan rentak kemenangan yang dicipta […]

Habib Haroon Sertai Kelab Bahrain, Sitra

Tidak lama selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Habib Haroon sah menyertai kelab Bahrain, Sitra FC. Sebelum ini, pengurusan Sang Kenari mengumumkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan penamatan kontrak secara bersama. Keputusan itu dibuat bagi membolehkan Habib memenuhi komitmen peribadi di negara asalnya itu. Ini sekaligus menamatkan tempoh beliau di Malaysia dari 2021 […]

Kedah Harungi Jadual Mencabar

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal berdepan jadual liga mencabar sepanjang bulan September. September menyaksikan Sang Kenari bakal berdepan cabaran KL City FC pada 14 September di Cheras. Ini disusuli aksi di tempat sendiri menentang Sri Pahang FC pada 20 September. Manakala Sabah FC pula menyambut kunjungan skuad Kedah di Stadium Likas pada 28 […]

Kedah & Habib Haroon Berpisah

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sah berpisah dengan tonggak tengah mereka dari Bahrain, Habib Haroon. Keputusan ini diumumkan pengurusan Kedah menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Pengumuman ini menamatkan desas-desus yang berlegar di media sosial tentang status sebenar Habib bersama pasukan utara tanah air itu. Pengurusan Sang Kenari memaklumkan keputusan menamatkan […]

Kedah Fokus Bina Jaringan Dengan Kelab Luar Negara

Aksi persahabatan antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Malut United dilihat peluang buat pasukan itu untuk membina hubungan dengan kelab luar negara. Perkara ini dinyatakan sendiri pemegang saham majoriti Sang Kenari, Tan Sri Dr Daud Abu Bakar menjelang aksi persahabatan kedua-dua pasukan itu pada 30 Ogos ini. Daud melihat hubungan strategik dengan kelab-kelab […]

Habib Haroon Tinggalkan Kedah?

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan bakal kehilangan khidmat pemain tengah import dari Bahrain, Habib Haroon. Habib merupakan sebahagian daripada tonggak import baru Kedah untuk musim 2024/25. Selain beliau, Sang Kenari turut merekrut Ebenezer Assifuah, Milos Gordic, Cleylton, Sukhrob Nurullaev dan Sony Norde. Sebelum ini, Habib turut beraksi dengan pasukan Pantai Timur, Terengganu FC […]

Kedah Darul Aman Uji Kelab Luar Negara

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman turut tidak melepaskan peluang untuk menguji kelab luar negara. Saingan Liga Malaysia berehat panjang untuk memberi laluan kepada perlawanan peringkat negara membolehkan kelab mengadakan siri persahabatan. Baru-baru ini, Kelantan Darul Naim telah terbang ke Thailand bagi berdepan cabaran Nara United yang berlangsung di Narathiwat. Sang Kenari turut tidak mahu […]

K. Nanthakumar Puas Hati Dengan Prestasi Pemain Negeri Sembilan

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K, Nanthakumar berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan pemain Negeri Sembilan apabila berjaya mengikat Kedah Darul Aman 2-2. Jacque Faye muncul watak penting dalam aksi sengit ini apabila meledak dua gol untuk membantu Negeri Sembilan berkongsi 1 mata bersama Kedah. K. Nanthakumar memuji semangat yang ditonjolkan para pemain Negeri Sembilan […]