Badrul Afzan Gesa Taji Terengganu Lebih Tajam

Ketumpulan jentera serangan Terengganu FC terus memeningkan pemangku jurulatih pasukan itu, Badrul Afzan Razali. Terengganu berharap dapat mengakhiri kemarau kemenangan mereka dalam lima perlawanan apabila bertemu dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 19 Oktober lalu. Jentera serangan Peteh terdiri daripada Nelson Bonilla, Ismaheel Akinade, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dilihat berdepan kesukaran menembusi […]
“Malam Ini Pemain Turun, Aksi Seterusnya Belum Tentu”

Kemenangan Kedah ke atas Terengganu dilihat cukup berharga untuk membantu pasukan terus berjuang musim ini namun status pemain masih samar. Perkara itu dinyatakan oleh pengendali pasukan, Nafuzi Zain selepas melihat perjuangan hebat anak buahnya membawa kepada hasil yang lumayan. Beliau mengakui bahawa persiapan pasukan tidak berjalan dengan begitu sempurna namun dengan keinginan dan usaha tidak […]
Liga Super: Penalti & Gol Batal Warnai 3 Mata Kedah, Atasi Terengganu

Aksi minggu 13 Liga Super menyaksikan Kedah Darul Aman menundukkan Terengganu dengan keputusan 1-0. Skuad kendalian Nafuzi Zain turun dengan momentum terbaik apabila barisan pemain seperti Ifwal Akmal, Sony Norde, Syafiq Ahmad dan juga Clayton diturunkan. Sang Peteh membariskan nama-nama besar seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Safwan Mazlan dan juga Azam Azmi dalam kesebelasan utama. […]
Live: Info Siaran Langsung Kedah vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Siaran TV

Aksi Liga Super minggu 14 menyaksikan pertembungan antara Kedah dan Terengganu. Skuad kendalian Nafuzi Zain turun dengan barisan terbaik menentang Terengganu di Darul Aman. “Alhamdulillah semua pemain Kedah ada menjalani latihan dan persiapan pasukan agak sedikit baik berbanding aksi sebelum ini. Beliau berharap agar para pemain dapat memberikan fokus sepenuhnya bagi memastikan misi tiga mata berjaya direalisasikan. […]
“Situasi Lawan Terengganu Kali Ini Berbeza” – Nafuzi Zain

Kedah menghadapi situasi berbeza menentang Terengganu bagi aksi ke-13 Liga Super. Skuad kendalian Nafuzi Zain turun dengan barisan terbaik menentang Terengganu di Darul Aman. Pengendali muda itu bagaimanapun berpuas hati apabila semua pemain utamanya menjalani latihan bersama pasukan menjelang aksi getir di laman sendiri. “Alhamdulillah semua pemain Kedah ada menjalani latihan dan persiapan pasukan agak […]
Kedah Hargai Keprihatinan Sanusi

Pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menghargai keprihatinan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Noor untuk membantu pasukan itu. Sejak saingan Liga Super musim 2024/25 bermula, Sang Kenari bergelut dengan masalah kewangan terutama isu tunggakan gaji. Isu tersebut turut mengakibatkan beberapa tonggak Kedah memilih meninggalkan pasukan dalam tetingkap kedua perpindahan Liga […]
Tiket Aksi Kedah vs Terengganu Baru Terjual 4 Keping

Meskipun aksi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC bakal berlangsung pada 19 Oktober ini, sambutan dilihat dingin. Ini berdasarkan bilangan tiket perlawanan yang dijual untuk aksi berkenaan. Difahamkan hanya empat keping tiket yang terjual setakat ini seperti yang disiarkan di platform media sosial rasmi Kedah. Apabila ramai penyokong bertanya mengapa tindakan tersebut […]
Sanusi: Tiada Pemain Kedah Jumpa Saya

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan tiada sebarang pertemuan membabitkan pihak beliau dan para pemain Sang Kenari. Beliau yang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkata kerajaan negeri bersedia meringankan beban tunggakan gaji yang ditanggung Kedah Darul Aman (KDA) FC ketika ini. “Kerajaan negeri kena salurkan (bantuan) menerusi KFA, KFA akan […]
Kedah Beri Tawaran Lumayan Pas Bermusim 2024

Kedah Darul Aman membawa berita gembira buat para peminat apabila menawarkan potongan harga bagi pas bermusim 2024. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi kelab, Kedah mengumumkan potongan harga hampir 50% untuk kesemua empat pas bermusim yang dijual di awal musim tempoh hari. Pas bermusim dengan harga baharu ini boleh diakses untuk 7 perlawanan pasukan […]
Bukit Tambun Jadi Belasahan Kedah Darul Aman

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meraih kemenangan besar 7-0 ke atas kelab Liga A1 Semi-Pro, Bukit Tambun FC dalam satu aksi persahabatan tertutup. Aksi persahabatan tertutup ini merupakan sebahagian daripada usaha jurulatih Kedah, Nafuzi Zain untuk mengekalkan kecergasan barisan anak buahnya. Meskipun ini sekadar aksi persahabatan, Nafuzi menurunkan barisan terkuat termasuk tonggak import pasukan […]
Pemain Kedah Buat ‘Pusingan-U’

Pemain Kedah Darul Aman membuat pusingan-u apabila kembali bersama pasukan. Baru-baru ini, skuad kendalian Nafuzi Zain terpaksa mengharungi kempen Liga Super tanpa pemain utama bertemu KL City di Cheras. Pengendali muda itu bagaimanapun mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada para pemainnya yang berjuang hebat ketika menentang Sri Pahang. Beliau turut mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelesaian […]
3 Pemain Tinggalkan Kedah Serta-Merta

3 pemain memilih untuk meninggalkan Kedah Darul Aman serta-merta. Skuad kendalian Nafuzi Zain kini menghuni tangga ke-11 Liga Super selepas hanya tiga kemenangan dalam 10 perlawanan yang diharungi. Krisis Sang Kenari berterusan apabila turun dengan hanya skuad B-23 ketika menentang KL City di Cheras dan tewas dengan keputusan 5-0. Beberapa pemain utama sudah mula memilih […]
Pemain Kedah Kembali Boikot Latihan

Barisan pemain Liga Super Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan kembali memboikot sesi latihan selepas tiada tindakan proaktif daripada pihak pengurusan pasukan tersebut. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dalam satu hantaran di laman X. Berita ini nyata mengejutkan para penyokong Kedah yang berharap ada sesuatu yang positif di sebalik […]
“Lepas Aksi Negeri Sembilan, Pemain Buat Satu Tindakan”

Pemain Kedah Darul Aman dikesan melakukan satu tindakan selepas aksi menentang Negeri Sembilan. Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurulatih Sang Kenari, Nafuzi Zain yang memaklumkan bahawa pemain masih sanggup turun beraksi walaupun menghadapi pelbagai kemelut. “Terima kasih kepada pemain yang turun bermain ntuk Kedah walaupun kita lihat sebelum perlawanan agak sukar untuk kita tetapi pengorbanan […]
Terima Kasih Pemain Kedah

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain mengucapkan terima kasih atas perjuangan hebat pemainnya berdepan Sri Pahang. Baru-baru ini, pemain utama Sang Kenari tidak turun berdepan KL City FC di Cheras selepas isu luar padang yang difahamkan masih belum menemui jalan penyelesaian. Nafuzi bagaimanapun menghamburkan pujian tertinggi kepada anak buahnya yang berjuang habis-habisan sungguhpun […]
“Masalah Tak Selesai, Pemain Beraksi Kerana Sayang Kedah” – Nafuzi Zain

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain memberi respon terhadap situasi semasa pasukan. Pengendali muda itu menyaksikan skuad bimbingannya berjaya mencuri satu mata di laman sendiri berdepan Sri Pahang. Beliau menzahirkan penghargaan tertinggi kepada pemain Sang Kenari yang masih berjuang bermati-matian di atas padang. Nafuzi memaklumkan bahawa beliau hanya memiliki masa 4 hari untuk mempersiapkan […]