Piala FA: Terengganu Ke Suku Akhir Tewaskan Kedah

Aksi tertunda saingan Piala FA Malaysia hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Mizan Zainal Abidin itu menyaksikan pasukan Terengganu meraih kemenangan berharga apabila skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala FA. Aksi separuh masa pertama bermula dengan jaringan […]
Syazwan Zainon Bangga Kedah Mampu Bersaing Di Peringkat Asia

Walaupun memulakan saingan Piala AFC dengan kekalahan 0-2 kepada Bali United, namun ianya tidak sama sekali mematahkan semangat juang pemain pasukan Kedah Darul Aman FC untuk mempamerkan aksi luar biasa dalam dua aksi berikutnya. Ketua pasukan Kedah, Syazwan Zainon mengakui bahawa dalam perlawanan menentang Visakha semalam, para pemain Kedah telah memperagakan aksi umpama sebagai pejuang. […]
Liga Super Kini No.1 Asia Tenggara, Ke-9 Terbaik Asia

Liga Super Malaysia kini berada di tangga teratas rantau Asia Tenggara dan ke-9 Asia selepas kemas kini terbaru mata MA oleh laman sesawang mata nyata ranking MA, FootyRanking. Kemenangan bergaya Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City dalam perlawanan terakhir kumpulan Piala AFC memastikan mata MA Malaysia secara keseluruhan kekal mencatatkan unjuran menaik. Dalam perlawanan […]
“Liga Petani” Tapau ASEAN, Tahun Gemilang Bola Sepak Malaysia

Kejayaan skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 43 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit tempoh hari sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa ia merupakan tahun gemilang bola sepak Malaysia. Ia cukup bermakna apabila dua pasukan daripada Liga Super Malaysia iaitu Kedah Darul Aman dan KL City FC mencipta sejarah selepas mengesahkan tempat untuk […]
Piala AFC: Kedah Ajar Visakha Cara Bermain Bola Sepak

Kedah Darul Aman berjaya menewaskan kelab dari Kemboja, Visakha FC dengan jaringan besar 1-5 sekaligus mara ke pusingan kalah mati Piala AFC 2022. Jaringan hatrik penyerang import dari Jordan, Mahmoud Al-Mardi dan 2 jaringan daripada Fayadh Zulkifli dan Ngah Wanja memastikan 3 mata penuh milik Kedah. Kemenangan besar Kedah ini juga memberikan kelebihan besar buat […]
Piala AFC: Kedah Mengamuk Belasah Kaya

Perlawanan kumpulan G Piala AFC ini menemukan wakil Malaysia, Kedah Darul Aman FC yang bertemu dengan kelab Filipina, Kaya FC. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan Kedah yang mudah menewaskan Kaya dengan keputusan 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Kapten I Wayan Dipta sebentar tadi. Gol-gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Fayadh Zulkifli (2 gol), Mahmoud […]
Aidil Sharin Yakin Mampu Bangkit Dengan Kaya

Selepas tewas 0-2 kepada pasukan tuan rumah, Bali United dalam aksi kumpulan G Piala AFC semalam, pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yakin anak buahnya akan pamer kebangkitan dalam perlawanan seterusnya. Pasukan KDA FC perlu menang dalam baki aksi menentang Kaya FC dan Visakha FC untuk mencerahkan peluang mara ke peringkat kalah mati Piala […]
Piala AFC: Bali United Tumbangkan Kedah

Perlawanan kumpulan G Piala AFC ini menemukan pasukan tuan rumah Bali United yang bertemu dengan pasukan dari Malaysia, Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Kemenangan menjadi milik Bali United dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Kapten I Wayan Dipta sebentar tadi. Gol-gol Bali United telah dijaringkan oleh Rahmat Syamsuddin dan gol sendiri […]
Pengendali Bali United Mahu Penyokong Bagi Tekanan Kepada Pemain Kedah

Perang psikologi sudah bermula menjelang aksi panas kumpulan G Piala AFC yang menemukan kelab Indonesia, Bali United menentang wakil Malaysia, Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Jurulatih Bali United, Stefano Cugurra berasa teruja untuk melalui saingan Piala AFC ini di stadium sendiri dengan kehadiran ribuan penyokong. Beliau juga berharap para penyokong dapat memberikan tekanan kepada […]
Ronald Ngah Wanja Mahu Pamer Bisa Di Piala AFC

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ronald Ngah Wanja mempunyai misi tersendiri dalam saingan Piala AFC yang bermula Jumaat ini. Ketajaman penyerang dari Cameroon itu tidak boleh disangkal lagi apabila beliau sudah meledak 7 gol untuk saingan Liga Super musim ini. Dalam masa yang sama, Wanja juga berharap rakan-rakan sepasukan di KDA FC […]
Mahmoud Al-Mardi Dedah Mengapa Beliau Pilih Pasukan Kedah

Pemain import baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al-Mardi sudah pasti punyai sebab tersendiri apabila membuat keputusan untuk beraksi di Malaysia bersama pasukan Kedah. Pemain antarabangsa Jordan itu bukanlah nama yang asing dalam bola sepak di rantau Asia apabila beliau menjulang Piala AFC tahun lalu bersama bekas kelabnya, Al-Muharraq. Mahmoud Al-Mardi menegaskan bahawa […]
Kedah Darul Aman FC Puji Semangat Kesukanan JDT

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memberikan pujian kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mempunyai semangat kesukanan kerana telah bersetuju untuk meminda perlawanan Liga Super (LS10) yang dijadualkan pada 19 Jun ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Pihak KDA FC akan menggunakan kesempatan penangguhan ini untuk membuat persediaan serapi mungkin untuk menghadapi Piala […]
Bolos 17 Kali, Pemain Kedah Akui Bergelut Biasakan Diri Tanpa Baddrol & Rizal

Pertahanan kiri Kedah Darul Aman, Ariff Farhan Md Isa akui pasukannya kini bergelut memperbaiki prestasi bahagian pertahanan yang kini bolos 17 kali selepas 9 perlawanan. Beliau turut tanpa berselindung merasai sedih dengan pemergian dua tonggak utama pasukan, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Razali yang membuat keputusan berpindah ke Sabah musim ini. Ariff turut positif disebalik pemergian […]
Sanusi: Gaji Terlalu Tinggi Jadi Punca Masalah Kewangan Pasukan

Presiden Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor sebelum ini menjelaskan mengapa dua pemain lagenda Kedah Darul Aman FC meninggalkan pasukan berkenaan. Menurutnya, kedua-dua pemain tersebut memiliki tangga gaji yang tinggi dan melepaskan mereka merupakan antara cara kelab mengimbangi kewangan semasa. “Dua pemain yang dikatakan lagenda yang telah berhijrah ke […]
Sanusi Tak Nak Komen Lanjut Kerana Akan Dilabel Derhaka

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengelak untuk memberikan komen mengenai cabaran dari pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris supaya mendedahkan nama individu yang digelar sebagai ‘tokong’ dalam bola sepak negara. Sanusi berkata beliau tidak mahu memberikan komen dengan lebih lanjut mengenai isu ini kerana kelak beliau […]
Sanusi: Jangan Sampai Saya Cerita Semua

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi menegaskan mengenai penolakan pemberian kuasa penuh kepada seseorang individu di dalam sukan bola sepak. Beliau menjelaskan kenyataan ‘tokong’ yang dibuat sebelum ini dibuat selepas wujud campur tangan ‘individu’ tertentu dalam mengatur dan memberikan arahan kepada pasukan-pasukan lain. Sanusi juga mendedahkan bahawa individu […]