Liga Super: Derbi Utara Milik Kedah Selepas Benam Penang FC Di Darul Aman

Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya kembali mencipta kemenangan dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Penang FC 1-0 dalam aksi yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Aksi bermula dengan agak perlahan kerana hujan lebat yang turun sedikit sebanyak mengganggu ketepatan hantaran dan corak permainan kedua-dua pasukan. Walaupun kedua-dua pasukan saling melancarkan […]

Aidil Sharin: Kehilangan Syafiq Ahmad Menjadi Masalah Buat Kedah

Ketua jurulatih pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin mengakui bahawa kehilangan Syafiq Ahmad jelas sekali dirasai terutamanya di bahagian serangan. Aidil Sharin menjelaskan perkara tersebut dalam satu sesi sidang media selepas perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Darul Aman semalam. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. “Pada permulaan musim, kami merancang […]

Liga Super: Kemenangan Kedah Terbantut Selepas Diikat Sabah

Perlawanan Liga Super ini melibatkan pasukan tuan rumah, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang melayan kunjungan Sabah FC sebentar tadi berkesudahan dengan keputusan terikat 1-1. Aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman ini bermula dengan cukup baik apabila kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan. Kedah tidak menunggu lama untuk berada di hadapan apabila seawal minit […]

Kekangan Kewangan Bantutkan Impian Kedah Dapatkan Sony Norde

Umum mengetahui bahawa pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melalui perjalanan yang agak sukar pada musim ini. Ramai yang tidak menyangka apatah lagi mereka memulakan kempen musim ini dengan tiga kemenangan berturut-turut. Musim ini juga menyaksikan beberapa pemain penting musim lepas tidak dikekalkan seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Kpah Sherman. Satu sesi dialog […]

Sanusi Akui Gaji Pemain Kedah Tinggi

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan bahawa gaji yang diterima oleh para pemain Kedah ketika ini tinggi namun ia tidak mempengaruhi persembahan mereka di atas padang. Pasukan Hijau Kuning ketika ini berada di bawah tahap prestasi sebenar apabila mereka tersingkir dari kejohanan Piala AFC selepas tumpas kepada PSM […]

Piala AFC: Langkah Kedah Tersekat Ditewaskan PSM Makassar

Wakil Malaysia, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal mara ke final zonal Piala AFC selepas ditewaskan kelab Indonesia, PSM Makassar 2-1. Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak ini menghadapi tugas sukar apabila terpaksa beraksi dengan ketiadaan beberapa tonggak utama pasukan kerana masalah kecederaan. PSM Makassar memulakan perlawanan dengan agak garang apabila hampir mendahului seawal minit […]

Azraai Khor Cadang Pengurusan Kedah Jujur Dengan Penyokong

Walaupun pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya layak ke pusingan kalah mati Piala AFC Zon Asean, namun prestasi mereka dalam saingan domestik menjadi tanda tanya. Pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak itu kini menduduki tangga ke-6 Liga Super dan dua perlawanan terkini mereka berakhir dengan episod kekalahan. Bekas jurulatih pasukan Kedah, Azraai Khor Abdullah […]

Liga Super: Sri Pahang Buat Kedah ‘Tertomoih’

Aksi Liga Super ini menemukan Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Perlawanan berkesudahan kemenangan buat pasukan Sri Pahang dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Gol-gol Sri Pahang dijaringkan oleh Steven Rodriguez (2 gol). Kedah bermula garang apabila seawal minit ke-3 perlawanan mereka hampir di […]

Liga Super: Duka Penalti Ngah Wanja Beri Senyuman 3 Mata Buat KL City

Pertemuan dua pasukan yang bersaing di pentas AFC iaitu KL City dan juga Kedah Darul Aman berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 2-1. Kedua-dua pasukan bermula dengan cukup baik apabila saling bertukar serangan. Walau bagaimanapun, KL hampir memevah kebuntuan menerusi rembatan Romel Morales pada minit ke-5 sebelum rembatan susulan Fakhrul Aiman singgah […]

Al-Mardi: Gol Itu Dihasilkan Oleh Tuhan

Pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al-Mardi mencuri tumpuan selepas dua gol beliau membantu skuad Sang Kenari menewaskan Sarawak United 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman semalam. Pemain kebangsaan Jordan itu ternyata berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan Sarawak United dan gol ketiga Kedah yang dihasilkan Al-Mardi sangat menarik untuk ditonton semula. […]

Liga Super: Kedah Bangkit Tewaskan Sarawak United

Aksi Liga Super ini menemukan tuan rumah, Kedah Darul Aman FC yang melayan kunjungan Sarawak United. Perlawanan berkesudahan kemenangan berpihak kepada Kedah yang menewaskan Sarawak United dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Mahmoud Al-Mardi (2 gol) dan Ronald Ngah Wanja. Manakala gol tunggal Sarawak […]

Mata Kedah Sebenarnya Dirompak? Perhatikan Betul-betul

Kalah menang merupakan adat permainan namun begitu kekalahan semestinya bukanlah sesuatu yang diinginkan lebih-lebih lagi kekalahan itu berpunca dari sebuah kesilapan. Itulah yang berlaku kepada pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Umum mengetahui bahawa pasukan KDA FC telah ditewaskan oleh pasukan Terengganu FC (TFC) dengan keputusan 1-2 dalam aksi Liga Super pada 15 Julai […]

Kedah Kalah Lagi, Aidil Tak Salahkan Pemain

Kekalahan kedua berturut-turut kepada Terengganu FC (TFC) ternyata sukar untuk ditelan para peminat skuad bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Lebih perit lagi, kedua-dua kekalahan itu berlaku sekembalinya pasukan Kedah dari pentas Piala AFC di Indonesia baru-baru ini yang menyaksikan pasukan Kedah layak ke aksi kalah mati. Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak […]

Liga Super: Terengganu Tapau Kedah Ikat Tepi

Terengganu FC tidak menghadapi masalahapabila beraksi dengan cukup cemerlang bagi membantu pasukan melakar kemenangan ke atas Kedah Darul Aman dengan keputusan 2-1. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam usaha untuk memburu 3 mata berharga bagi melonjakkan kedudukan dalam Liga Super. Pasukan kendalian Nafuzi Zain jelas lebih selesa beraksi di gelanggang sendiri apabila bermula dengan […]

Terengganu Mahu Guna Aura Penyokong Sekat Impian Besar Kedah

Pasukan Terengganu FC menuntut sokongan padu daripada para penyokong untuk membantu pasukan melakar kemenangan ke atas Kedah Darul Aman FC 15 Julai ini. Anak didik Nafuzi Zain ini akan turun dalam satu lagi misi sukar apabila dijadualkan berdepan dengan pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak dalam saingan Liga Super. Baru-baru ini, pasukan dari Pantai Timur ini […]

Kelincahan Faisal Halim Jadi Mimpi Ngeri Buat Kedah

Pemain sayap pasukan terengganu FC, Faisal Halim sekali lagi menjadi watak penting buat pasukan apabila beliau berjaya membantu Terengganu untuk mencatatkan kemenangan ke atas Kedah Darul Aman dengan keputusan 1-0. Bintang muda berusia 24 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan dan bergandingan bersama-sama Kpah Sherman dan juga Faiz Nasir jelas menyukarkan barisan pertahanan pasukan […]