Tewas Semua Aksi Di Turkiye, Penyokong Kedah Positif

Bukan satu tugas mudah buat mana-mana jurulatih untuk membina pasukan yang 80 peratus merupakan muka-muka baharu. Itu juga yang terjadi kepada jurulatih pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain yang kini giat mempersiapkan pasukan bagi saingan Liga Malaysia 2023. Baru-baru ini, barisan pemain dan kejurulatihan skuad Liga Super Kedah telah terbang ke Turkiye […]
Siaran Langsung: Shakhter Karagandy vs Kedah Darul Aman

Perlawanan pra-musim 2023 pasukan Kedah Darul Aman FC bertemu pasukan Liga Perdana Kazakhstan, Shakhter Karagandy di Miracles Fields, Antalya, Turki. Shakhter Karagandy menamatkan musim Liga Perdana Kazakhstan musim lepas (2022) di tangga ke-7 liga dengan 9 kemenangan, 5 seri dan 12 kekalahan. Info Siaran Langsung FC: Shakhter Karagandy vs Kedah Darul Aman FC Tarikh: 10 […]
Penyokong Kedah Naik Hantu, Tiket Habis

Kekecohan telah berlaku sebelum sepak mula perlawanan kedua Piala Harapan yang menemukan pasukan Kedah Darul Aman FC dan Selangor FC di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan malam ini. Penyokong Kedah yang dilihat beratur panjang untuk mendapatkan tiket fizikal bagi menyaksikan aksi pasukan kesayangan mereka itu, akhirnya hilang sabar dan meluahkan kehampaan apabila tiket yang […]
OPI & Kedah Jadi Rakan Kerjasama Strategik

Minuman protein OPI kini secara rasminya telah dilantik menjadi penaja Kedah Darul Aman FC. Dalam satu majlis pengumuman rakan strategik Kedah Darul Aman 2023, Optastar Protein Sdn Bhd telah diumumkan sebagai rakan rasmi dengan menyediakan minuman protein untuk kegunaan pasukan Liga Super dan Liga Simpanan. Pengarah urusan OPI HQ, Aidi Abdullah menzahirkan rasa syukur dan teruja […]
Balotelli Rasmi Sertai Kedah

Bekas penyerang Jeonnam Dragons, Jonathan Balotelli secara rasminya diumumkan selaku pemain import baharu pasukan hari ini. Pemain berusia 33 tahun itu hangat diperkatakan apabila terdapat beberapa video teaser daripada kelab yang menjadi perhatian. Hal ini susulan persamaan namanya dengan seorang lagi bekas pemain Liverpool dan Manchester City, Mario Balotelli. Nafuzi Zain dilihat serius mahu menajamkan […]
Setelah ‘Hilang’ di Kedah, Ah Chong Tekad Bangkit Bersama Kelantan United

Pemain tengah, Khairu Azrin Khazali mengakui misi utamanya apabila membuat keputusan menyertai Kelantan United adalah memulihkan semula kariernya. Pemain dikenali dengan panggilan Ah Chong itu seperti ‘hilang dari radar’ setelah menyertai Kedah musim lalu namun tekad untuk bangkit setelah kembali bekerjasama dengan Thomas Trucha, jurulatih yang bertanggungjawab menyerlahkan prestasinya ke tahap terbaik bersama Penang pada […]
Manuel Hidalgo Kongsi Mengapa Pilih Kedah

Pemain import baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Hidalgo telah tiba di Alor Setar, Kedah sebentar tadi dengan disambut pemilik saham majoriti kelab, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, CEO Kedah FC, Khamal Idris Ali dan segelintir penyokong-penyokong setia pasukan Kedah. Selepas selesai sesi bergambar dengan para penyokong di Lapangan Terbang Sultan Abdul […]
Sanusi: Main Padang La Bos, Takkan Tenung Rumput Je

Bekas Presiden Pasukan Kedah Darul Aman FC, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencuri perhatian para penyokong bola sepak tanah air baru-baru ini. Beliau yang kini menjadi Menteri Besar Kedah memuat naik satu hantaran di laman tiktoknya yang memaparkan aksinya di atas padang. Sanusi yang sememangnya terkenal dengan pelbagai penglibatan termasuklah sentiasa menyerikan perlawanan bola […]
Rasmi: Manny Ott Sertai Kedah

Pemain warisan Filipina & Jerman, Manuel Gelito Ott (Manny Ott) secara rasmi diumumkan sebagai pemain terbaru Kedah Darul Aman. Beliau sebelum ini disebut-sebut bakal menyertai bekas ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain perkuat Kedah untuk musim baru 2023. Bersama Terengganu, Manny Ott beraksi semusim dengan 21 perlawanan dan 5 bantuan gol di Terengganu sebagai pemain import […]
Tugas Berat Menanti Ifwat Akmal Di Kedah

Nama Ifwat Akmal bukanlah nama yang asing di kalangan peminat bola sepak negeri Kedah apabila beliau merupakan penjaga gol utama buat skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Namun musim 2023 akan menjadi satu tugas yang sukar buat Ifwat untuk mengekalkan kedudukannya sebagai penjaga gol nombor satu pasukan Kedah. Ini […]
Kedah Sedang Jejaki Import Maghribi Yang Pernah Beraksi Di Qatar

Kejutan demi kejutan telah dilakukan oleh Maghribi dalam kempen Piala Dunia 2022 di Qatar. Selepas menunjukkan jalan keluar kepada Sepanyol di peringkat 16 terakhir, kini Portugal pula disingkirkan oleh mereka di suku akhir. Dengan kemaraan ke separuh akhir Piala Dunia, tidak mustahil kelab-kelab terkemuka akan melihat potensi pemain-pemain Maghribi ini. Baru-baru ini, pemilik saham majoriti […]
Gary Steven Sahkan Sedang Berunding Dengan Nafuzi

Dalam usaha membina semula kekuatan skuad Kedah Darul Aman yang kehilangan begitu ramai pemain utama, jurulatih baru pasukan itu, Nafuzi Zain sedang rancak memburu pemain-pemain berkualiti. KDAFC telah melepaskan secara keseluruhannya 17 pemain termasuk import dan mengekalkan 12 pemain daripada skuad musim ini, manakala empat pemain pula telah dipromosi daripada skuad Piala Presiden. Penjaga gol […]
Kalamullah Sah Milik Kedah

Bekas penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz secara rasminya diumumkan selaku pemain baharu pasukan Kedah Darul Aman FC. Beliau yang sudah beberapa musim berkenalan di Lembah Klang terpaksa mencari haluan baru selepas kelabnya tidak lagi bersaing di pentas Liga Super 2023. Khidmat penjaga gol kebangsaan ini sudah tentu menjadi buruan namun beliau pernah menyatakan […]
Nafuzi Zain Tak Bawa Pemain Terengganu Ke Kedah

Ketua jurulatih baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain memberi bayangan bahawa akan membangunkan pemain-pemain anak jati Kedah memandangkan Kedah mempunyai pemain-pemain muda yang berkualiti. “Saya mementingkan anak jati Kedah sendiri, itu yang paling penting. Jadi kekosongan-kekosongan yang tidak ada di sini, kita terpaksa menampung dengan mengambil pemain-pemain lain. “Bagi saya, saya lebih […]
Nafuzi Zain Jelaskan Mengapa Beliau Memilih Kedah

Selepas pelbagai khabar angin melibatkan masa depan jurulatih muda, Nafuzi Zain, hari ini segalanya sudah terungkai dengan Nafuzi sah menjadi ketua jurulatih pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) musim hadapan. Difahamkan Nafuzi telah menandatangani kontrak untuk dua tahun dan beliau diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mendapatkan pemain yang beliau inginkan sesuai dengan falsafah bola sepak […]
Nafuzi Zain Diperkenalkan Sebagai Jurulatih Baharu Kedah

Selepas pelbagai desas-desus mengenai masa depan jurulatih muda, Nafuzi Zain selepas meninggalkan Terengganu FC, sebentar tadi Nafuzi diperkenalkan sebagai jurulatih baharu pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi kempen 2023. Video yang memperlihatkan sosok Nafuzi yang mengenakan pakaian KDA FC itu dikongsikan oleh laman sosial pasukan. Pengendali yang berasal dari Kelantan itu bukanlah […]