Liga Super: JDT Belasah Kedah Tanpa Belas Kasihan

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam aksi Liga Super 2023 apabila skuad Harimau Selatan mencatat lapan kemenangan berturut-turut dalam saingan liga selepas menundukkan pasukan Kedah Darul Aman hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan JDT mencatat kemenangan bergaya menewaskan Kedah Darul Aman, 6-0. Babak separuh masa pertama bermula dengan […]

Detik Mencabar Syihan Hazmi & Kalamullah

Dua orang penjaga gol berbakat, Ahmad Syihan Hazmi dan juga Kalamullah Al-Hafiz berdepan detik mencabar bagi saingan musim 2023 malam ini. Kedua-dua pemain ini bakal berentap antara satu sama lain dengan misi untuk membantu pasukan yang diwakili mencatat kemenangan penting. Syihan yang kini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi peranan untuk menjadi penjaga gol […]

Nafuzi Zain Anggap JDT Pasukan Sempurna

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain memberi pujian kepada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim esok. Pengendali muda berusia 44 tahun itu kini menikmati detik terbaik bersama pasukannya yang kini berada dalam momentum yang cukup memberangsangkan. Mengulas lanjut, beliau mengakui bahawa akan ada sedikit perubahan formasi susulan kehilangan […]

Zainal Abidin Ramal Nafuzi Zain Ada Formula Berdepan JDT

Bekas ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan menjangkakan Kedah Darul Aman mempunyai percaturan tersendiri bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT). Aksi penting ini bakal berlangsung di gelanggang keramat skuad Harimau Selatan dalam misi memberi tentangan sengit kepada juara bertahan Liga Super tersebut. Mengulas lanjut, pengendali berusia 60 tahun itu percaya barisan kejurulatihan Sang Kenari sudah […]

“Ini Perlawanan Terbaik Kita” – Nafuzi Zain

Pengendali Kedah, Nafuzi Zain berpuas hati dapat pulang dengan satu mata dari Stadium Darulmakmur susulan keputusan seri 1-1 menentang Sri Pahang pada Sabtu. Beliau berkata, sepanjang membimbing Kedah, ini adalah permainan terbaik ditunjukkan barisan pemainnya yang nampak cukup produktif di setiap bahagian. “Kita tahu bukan mudah main di Kuantan, dengan Pahang sekarang dalam kedudukan yang […]

Liga Super: Jaringan Minit Akhir Balotelli Kecewakan Sri Pahang

Hasrat Sri Pahang melakar kemenangan ketiga dalam Liga Super musim ini, tidak kesampaian setelah diikat Kedah 1-1 pada Sabtu. Sri Pahang begitu hampir dengan kemenangan apabila mendahului menerusi jaringan sepakan penalti Stefano Brundo pada minit ke-62, namun berputih mata apabila Kedah berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi Jonathan Boareto. Sri Pahang bagaimanapun mengekalkan rekod […]

Info Siaran Langsung Kelantan United vs Kedah | Liga Super 2023

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, Kelantan United dan Kedah Darul Aman bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV ini menyaksikan anak didik Tomas Trucha mahu bangkit dan memperoleh momentum terbaik selepas hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan bertemu Perak tempoh hari. […]

Laman Web Rasmi Kedah Papar Info Kelab Bola Sepak Amerika Syarikat?

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC sekali lagi mencuri tumpuan apabila laman web rasmi kelab itu dikatakan memaparkan info mengenai kelab liga Amerika Syarikat. Berdasarkan tinjauan terhadap laman web tersebut, ia sememangnya hanya berkongsikan info mengenai pasukan yang bertanding dalam saingan Major League Soccer (MLS). Paparan utama memperlihatkan kiraan masa (countdown) bagi pertemuan antara […]

Kedah Mahu Kerajaan Tanggung Sepenuhnya Kos Tukar Rumput Zeon Zoysia

Kedah Darul Aman FC bersedia untuk menukar rumput mereka kepada rumput jenis Zeon Zoysia sekiranya kos penukaran tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa PeĀ­lancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan negeri, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, pihak akan bersetuju dengan cadangan ini sekiranya peruntukan menaik taraf berkenaan disediakan sepenuhnya oleh kerajaan. […]

Penjaga Gol Penang Sudah Ada Senarai Sepakan Penalti Pemain Kedah?

Pertembungan pusingan pertaa Piala FA antara pasukan Kedah Darul Aman menentang Penang FC berlangsung dengan cukup baik namun kelebihan menjadi milik Penang. Sungguhpun aksi terikat 2-2 sehingga masa tambahan, The Phanters jelas memiliki kelebihan dan akhirnya berjaya menoktahkan kemenangan menerusi sepakan penalti. Kedah memperoleh gol pembukaan menerusi jaringan kapten pasukan, Manuel Ott minit ke-9 sebelum […]

Nafuzi Zain Mohon Maaf

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain membuat permohonan maaf secara terbuka susulan insiden panas yang berlaku ketika berdepan PDRM FC tempoh hari. Beliau mengakui bahawa faktor emosi dan tekanan tinggi ketika perlawanan berlangsung telah mendorong dirinya sehingga bertindak di luar kebiasaan terhadap pengadil keempat. Pengendali berusia 45 tahun ini dikesan cuba untuk berhubung […]

“Falsafah Nafuzi Zain Macam Pep Guardiola” – Bruno Suzuki

Pemain import PDRM FC, Bruno Suzuki teruja untuk bertemu semula dengan bekas jurulatiunya, Nafuzi Zain dalam satu aksi di Terengganu. Bintang berusia 32 tahun itu pernha beraksi sebelum ini dengan beberapa pasukan sebelum ke Thailand dan kini beraksi bersama PDRM. Jelasnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah buat pasukannya dalam usaha untuk mencuri sekurang-kurangnya satu […]

Info Siaran Langsung Kedah Darul Aman vs Terengganu | Liga Super 2023

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman dan juga Terengganu bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam ini menyaksikan anak didik Nafuzi Zain mahu mengekalkan momentum terbaik selepas melakar kemenangan dalam aksi pertama berdepan Perak di gelanggang lawan. Namun begitu, Terengganu […]

Kedah Adakan Klinik Bacaan Al-Quran Di Stadium Darul Aman

Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman mengadakan Klinik Bacaan Al-Quran di Stadium Darul Aman bermula 1 Mac ini. Klinik ini dibuka kepada penyokong Sang Kenari dengan kerjasama dengan Olive House jenama produk perubatan. Sesi bimbingan bacaan akan dikendalikan oleh guru-guru terlatih dan sesi tersebut adalah terbuka kepada semua golongan dari permulaan sehingga mahir. Antara kelebihan […]

Liridon Krasniqi Teruja Kembali Ke Kedah

Perancang tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi teruja untuk kembali semula ke Stadium Darul Aman bertemu bekas kelabnya, Kedah Darul Aman. Beliau yang memulakan kariernya di sana pada tahun 2015 sudah bersedia sekiranya ketua jurulatih mahu meletakkannya dalam kesebelasan utama pasukan Sabtu ini. “Sekiranya saya diturunkan jurulatih, saya mahu memperagakan corak permainan terbaik bagi membantu pasukan […]

Bin Zayed International Kini Bergelar Penaja Utama Kedah

Pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC hari ini telah memperkenalkan penaja utama iaitu Bin Zayed International di majlis pelancaran jersi & lagu KDA FC serta pengumuman penaja utama dan dermasiswa KDA FC. Majlis yang telah dirasmikan oleh pemilik KDA FC iaitu Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan juga Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji […]