Penyokong Kedah Dan Penang Bergaduh Di Stesen Minyak

Perlawanan ‘Derbi Utara’ di antara Penang FC dan Kedah Darul Aman FC semalam telah berlangsung dengan suhu perlawanan yang agak panas dengan beberapa insiden dan kekasaran yang berlaku. Selain deretan kad kuning yang dilayangkan, seorang pemain Penang FC iaitu Adib Raop juga diperintahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua. Perlawanan panas itu berakhir dengan […]
Liga Super: Kedah Bergelut Sebelum Kalahkan Penang

Harapan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk menebus kehampaan tersingkir dari Piala Malaysia berjaya apabila menewaskan Penang FC 2-1 dalam aksi derby utara tanah air Liga Super hari ini. Selepas kedua-dua pasukan masing-masing disingkirkan oleh Perak FC dan KL City FC dari Piala Malaysia, aksi tertunda ini diharap membantu membangkitkan kembali semangat pasukan. Babak […]
Lagenda Bola Sepak Kedah Dilantik Menjadi Exco

Lagenda bola sepak Kedah, YB Muhammad Radhi Mat Din melakar sejarah apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada Isnin. Menerusi perkongsian Unit Penerangan Darul Aman (UPDA), Radhi akan memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, dan Belia & Sukan. Pelantikan Radhi itu turut diberikan ucapan tahniah daripada […]
Seo Seonung ‘Balas Dendam’ Terhadap Rodney Celvin

Pemain sayap pasukan Perak, Seo Seonung seakan membalas dendam terhadap Rodney Celvin apabila jaringan beliau memastikan Kedah tersingkir dalam saingan Piala Malaysia. Ini berikutan kes kekasaran Rodney Celvin dalam aksi pertama pusingan 16 tempoh hari yang menyaksikan Seo Seonung mengalami kecederaan patah hidung dan terpaksa diusung keluar. Rodney Celvin yang tidak beraksi dalam perlawanan semalam […]
Nizaruddin Yusof: Kelekaan Kalamullah Al-Hafiz Rugikan Kedah

Bekas penyerang Harimau Malaya, Nizaruddin Yusof menyifatkan kelekaan penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi menyumbang kepada gol kemenangan Perak FC dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia semalam. Beliau percaya perkara ini berlaku kerana Kedah menguasai bola terlampau lama terutama semasa menyerang. Keadaan ini menyebabkan Kalamullah tidak […]
Tersingkir Awal, Jersi Kedah Jadi Bualan

Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Malaysia apabila ditunjukkan jalan keluar selepas tewas tipis kepada Perak FC secara agregat. Walaupun berjaya menewaskan Perak dengan keputusan 2-1 semalam, ianya jelas sekali belum mencukupi buat mereka apabila Perak memenangi perlawanan aksi pertama di Stadium Negeri Perak dengan keputusan […]
Piala Malaysia: Langkah Kedah Terhenti, Perak Mara Ke Suku Akhir

Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk layak peringkat suku akhir Piala Malaysia akhirnya menemui jalan buntu. Walaupun menang 2-1 namun Kedah tewas 4-3 kepada Perak FC secara agregat dalam aksi dilangsungkan di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Kedah yang ketinggalan 1-3 secara agregat memulakan perlawanan dengan corak menyerang selain mengawal sepenuhnya perlawanan. Manakala […]
Willian Lira Kekal Berbisa Di Thailand

Bekas penyerang Kedah Darul Aman FC, Willian Lira terus membuktikan dirinya kekal berbisa dengan menyumbat dua gol untuk Chonburi pada perlawanan pertama Thai League 1 baru-baru ini. Diturunkan dalam perlawanan menentang Trat pada 13 Ogos lalu, Lira dan Chonburi ketinggalan dua gol pada babak pertama menerusi dua gol Nattawut Sombatyotha pada minit ke-11 dan 38. […]
Sekolah Sukan Tewaskan Ubi Muda Kedah

Aksi suku akhir pertama Piala Belia 2023 menyaksikan kejutan dilakar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail apabila mereka menewaskan Kedah Darul Aman D 1-0 di Padang Sintetik SSTMI Bandar Penawar. Walaupun berstatus pasukan bukan pilihan, itu langsung tidak menggugat keyakinan anak-anak buah Ahmad Yasser Arafat Mohd Najib. Malah, mereka terlebih dahulu membuka jaringan pada babak pertama […]
Sanusi Bakal Tinggalkan Kedah?

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor disebut-sebut bakal melepaskan jawatan yang disandangnya dalam persatuan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu menang tanpa bertanding berjaya dalam pemilihan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Eksekutif KFA bagi penggal 2022 hingga 2026. Posisi tersebut dikatakan masih tidak ‘selamat’ apabila Menteri […]
Masa Depan Lee Tuck Masih Samar, Bakal Tinggalkan Malaysia?

Masa depan bekas pemain Kedah Darul Aman FC, Lee Tuck masih samar tatkala beliau dilihat memberi bayangan untuk meninggalkan Malaysia. Bintang kelahiran England itu menyertai skuad bimbingan Nafuzi Zain bagi saingan Liga Super 2023 namun hanya bertahan separuh jalan. Beliau telah mencapai persetujuan dengan pihak pengurusan Sang Kenari untuk menamatkan kontraknya lebih awal sekaligus menjadikan […]
Rodney Celvin Mohon Maaf, Tiada Niat Cederakan Bintang Perak

Pemain pertahanan Kedah, Rodney Celvin telah memohon maaf kepada pemain Perak, Seo Seonung akibat kekasaran yang dilakukannya sehingga pemain tersebut mengalami kecederaan patah hidung. Pertembungan antara Perak dan Kedah dalam saingan Piala Malaysia semalam dicemari dengan insiden ngeri apabila Rodney Celvin telah menyepak muka pemain Perak sewaktu berlakunya perebutan bola pada minit ke 61 permainan. […]
Tindakan Mengerikan Rodney Celvin Sepak Muka Pemain Perak Dihukum

Pertahanan tengah Kedah Darul Aman, Rodney Celvin diarah keluar padang selepas dilayangan kad merah oleh pengadil pada pertembungan antara pasukan Perak dan Kedah bagi aksi Piala Malaysia 2023. Rodney yang diturunkan pengendali Kedah, Nafuzi Zain diberi kepercayaan untuk menggalas tugas menjaga kubu pertahanan pasukan. Bagaimanapun aksi Rodney hanya bertahan hingga pertengahan babak kedua permainan. Pada […]
Kedah Anggap J. Partiban ‘Pengganti’ Sebenar Lee Tuck

Kedah telah membawa masuk J. Partiban secara pinjaman pada hari terakhir jendela perpindahan Liga Super musim ini. Pemain sayap Kedah, Fayadh Zulkifli menyambut baik kedatangan J. Partiban dalam memperkuatkan lagi skuad Kedah Darul Aman. Fayadh melihat J. Partiban bakal memberi impak yang besar buat pasukan Kedah dan mampu membantu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Lee […]
Kedah Umum Kepulangan Mengejut Halim Saari

Kedah Darul Aman menerim satu lagi suntikan pada jentera tengah apabila Halim Saari secara rasminya membuat kepulangan bersama pasukan. Pemain berusia 29 tahun itu telah disisihkan selama hampir dua musim berikutkan kecederaan ACL yang dialaminya ketika bersama Selangor. Kelibat anak jati Kedah ini bagaimanapun mula kelihatan selepas beliau dikesan menjalani latihan kecergasan bersama Sang Kenari […]
Lee Tuck Tinggalkan Kedah

Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck membuat keputusan mengejutkan apabila mengucapkan selamat tinggal kepada pasukannya, Kedah Darul Aman. Bintang kelahiran England ini membuat satu keputusan yang berat untuk meninggalkan Sang Kenari sungguhpun beliau memainkan peranan yang penting pada musim ini. Menerusi satu makluman oleh Kedah Darul Aman, pemain berusia 35 tahun ini telah memutuskan haluan baharunya […]