3 Kelab Diangkat Paling Bernilai Di Liga Super

Perkembangan kelab Liga Super Malaysia (Liga M) menyaksikan tiga pasukan kini menjadi kelab paling bernilai tahun 2023. Kualiti liga yang semakin meningkat naik telah membantu Malaysia untuk menjadi antara kuasa besar bola sepak di rantau ini. Menerusi perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh laman Transfermarkt, berikut merupakan kelab paling bernilai di Liga Super: 1.Johor Darul Ta’zim […]

Bojan Ciger Import Paling Cergas 2023?

Pemain pertahanan tengah import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Bojan Ciger mungkin boleh dinamakan sebagai pemain import Liga Super 2023 yang paling cergas setakat ini. Ini kerana, sehingga kini, beliau masih belum terlepas daripada diturunkan dalam perlawanan melibatkan skuad Sang Kenari itu sama ada di Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Cabaran […]

“Kedah Akan Lawan Sampai Dapat Ke Asia” – Nafuzi Zain

Peluang masih terbuka buat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk beraksi di pentas Asia musim hadapan. Ini kerana, kemenangan berharga 1-0 ke atas Kuala Lumpur City FC semalam menandakan kesungguhan pasukan dari utara tanah air itu untuk memburu kedudukan naib juara Liga Super. Jurulatih Kedah, Nafuzi Zain ketika ditemubual selepas perlawanan semalam berkata pasukan […]

Liga Super: Kedah Curi Tiga Mata Tewaskan KL City

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengukuhkan kedudukan mereka di tempat ketiga liga selepas berjaya mencuri tiga mata dengan menewaskan tuan rumah Kuala Lumpur City FC (KL City) dengan keputusan 1-0. Perlawanan yang dimainkan di Stadium KLFA itu menyaksikan pasukan Kedah bermula dengan agresif selepas melancarkan beberapa serangan merbahaya ke kubu KL City. Ifedayo Olusegun […]

Kedah Pincang Bertemu KL City

Skuad Sang Kenari terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain menjelang aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman menentang KL City. 4 pemain tidak dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut ekoran kecederaan dan penggantungan menurut ketua jurulatih Kedah, Nafuzi Zain. Manuel Hidalgo kini mengalami kecederaan kaki dan 2 pemain pertahanan iaitu Ariff Farhan dan Kamil Akmal akan menjalani […]

Baddrol Bakhtiar Tubuh Kelab Bola Sepak Sendiri

Lagenda bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar telah melebarkan empayarnya apabila menubuhkan kelab bola sepak sendiri. Beliau yang telah mengumumkan pesaraan pada tahun ini selepas kali terakhir mewakili Sabah FC di Liga Super telah dinamakan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun. Baddol yang juga merupakan bekas kapten Kedah Darul Aman bagaimapun telah melebarkan sayapnay apabila […]

Tular Aura Hebat Penjaga Gol ‘Comel’ Kedah Mirip Syihan Hazmi

Perlawanan pasukan MSSM B-12 menjadi tumpuan tatkala Kedah Darul Aman muncul selaku pemenang edisi kali ini. Aksi bagaimanapun tertumpu kepada perjalanan skuad cilik Sang Kenari yang berjaya menewaskan JDT B12 pada peringkat separuh akhir untuk mara ke pentas final. Perlawanan tersebut tertumpu apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 yang membawa kepada penentuan penalti. Kelebihan […]

3 Pasukan Liga Super Sedia Rampas Slot Ke Asia

Tatkala saingan Liga Super 2023 menghampiri ke penghujungnya, saingan sengit bagi merebut posisi ke Asia masih belum dimuktamadkan. Kedudukan tempat ke-2 Liga Super ketika ini dipimpin oleh Selangor FC yang dilihat berupaya untuk menamat saingan pada posisi tersebut. Walau bagaimanapun, tumpuan terarah kepada beberapa pasukan yang dijangka mampu memberi kejutan untuk merampas slot tersebut. Pada […]

Baddrol Bakhtiar Kembali Ke Darul Aman

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar kembali menjejakkan kaki ke Stadium Darul Aman, Kedah. Baddrol hadir ke stadium bagi memberi sokongan buat pasukan Kedah Darul Aman dalam aksi Liga Super 2023 yang berlangsung malam semalam. Skuad Sang Kenari berjaya mengikat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 3-3. Bekas kapten pasukan […]

“Kami Bangkit Kerana Penyokong Kedah” – Amirbek Juraboev

Amirbek Juraboev menjadi watak penting untuk Kedah dalam perlawanan menentang JDT apabila jaringan minit akhir beliau berjaya menidakkan kemenangan JDT di Stadium Darul Aman. Amirbek yang masuk selaku pemain gantian berasa bangga dan gembira kerana dapat menyumbangkan sesuatu buat Kedah dan membantu Kedah meraih 1 mata berharga. Pemain tengah bertahan itu juga mengakui kehadiran penyokong […]

TMJ: Mudah-Mudahan Ke Asia

DYAM TMJ menzahirkan penghargaan terhadap tentangan sengit yang dipamerkan oleh Kedah Darul Aman ketika mengikat JDT 3-3. Aksi rancak yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu menyaksikan pasukan bimbingan Nafuzi Zain menjaringkan gol saat akhir untuk mencuri satu mata. Sungguhpun mendahului dua gol, Harimau Selatan bangkit meledak 3 gol namun jaringan saat akhir Amirbek Juraboev […]

“Pengajaran Yang Bagus Buat JDT” – Tano Solari

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari menganggap keputusan seri yang dicatat anak buahnya ketika berdepan Kedah Darul Aman sebagai satu pengajaran. Kedah berjaya mengikat JDT di Stadium Darul Aman dalam aksi LS21 yang berkesudahan dengan keputusan seri, 3-3. Tano Solari mengakui perlawanan tersebut merupakan perlawanan yang sukar buat kem Harimau Selatan kerana pasukan lawan […]

Kata-Kata Nafuzi Zain Jadi Kenyataan

Impian Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain untuk melihat pasukannya memungut mata berdepan juara bertahan Liga Super, JDT menjadi kenyataan. Sungguhpun Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 6-0 di laman sendiri sebelum ini, ia tetap tidak mematahkan semangat pengendali muda itu untuk terus menekan JDT. Beliau kekal optimis untuk membawa Sang Kenari memungut sekurang-kurangnya satu […]

Liga Super: Kedah Lakar Kejutan Ikat JDT Di Darul Aman

Kedah Darul Aman (KDA FC) melakar kejutan dalam saingan Liga Super apabila mengikat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-3 pada aksi di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan cuba mengawal permainan dengan hantaran-hantaran pendek bagi mendapatkan momentum perlawanan. Peluang terbaik Kedah hadir pada minit ke-9 melalui Moses Atede yang […]

Siaran Langsung Liga Super: Kedah vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi ke-21 Liga Super menyaksikan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam detik terbaik untuk menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut. Pertemuan di Stadium Darul Aman ini bakal menyaksikan percaturan ampuh Tano Solari yang berada dalam misi untuk meraih kemenangan bersih musim ini. Sambil itu, pasukan bimbingan Nafuzi Zain tidak mahu […]

“Satu Mata Pun Dah OK” – Nafuzi Zain

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain berpandangan satu mata dilihat hasil terbaik bila mereka turun menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di Stadium Darul Aman esok. Ini kerana berdasarkan kekuatan pasukan itu, Harimau Selatan kini beraksi pada tahap tersendiri. Dengan 108 gol dijaringkan dalam Liga Malaysia (Liga M) […]