Juan Torres: Kad Merah Beri Kesukaran Kepada Malaysia

Jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido mengakui insiden kad merah Sikh Izhan Nazrel memberi kesukaran kepada skuad negara memburu keputusan positif semalam. Perlawanan terakhir Kumpulan D membabitkan Malaysia dan Kuwait di Stadium Al Janoub menyaksikan skuad negara terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Ini selepas Sikh Izhan bertindak keluar dari kotak penalti […]

Mahali Jasuli Cadang 3 Nama Kepada Juan Torres

Bekas pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli memberikan cadangan tiga nama kepada ketua jurulatih, Juan Torres untuk diturunkan menentang Kuwait. Pemain berusia 34 tahun itu melihat momentum baik yang berjaya dijelmakan pada aksi babak pertama menentang Vietnam B-23 gagal diteruskan memasuki aksi separuh masa kedua. Namun begitu, bekas pemain Negeri Sembilan ini melihat terdapat beberapa perkembangan positif […]

Latihan Malaysia B-23 Dibatalkan Serta-Merta

Ketua jurulatih skuad muda Malaysia, Juan Torres dikatakan telah membuat keputusan untuk membatalkan sesi latihan negara serta-merta. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi yang kini berada di Qatar sambil memberi informasi terkini berkenaan pasukan kebangsaan di sana. Malaysia B-23 mengalami dua kekalahan pahit apabila tunduk di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua […]

Juan Torres Buka Mulut Selepas Malaysia Tersingkir Awal

Pengendali skuad Malaysia Bawah 23 Tahun, Juan Torres Garrido akur dengan kehebatan pasukan Vietnam selepas menyaksikan pasukan kendaliannya tewas 0-2 pada aksi kedua Kumpulan D Piala Asia B-23 semalam. Kekalahan tersebut menjadikan Malaysia pasukan terkini yang sah tersingkir seawal peringkat kumpulan pada kejohanan ini meskipun masih berbaki satu perlawanan lagi. Dalam satu sidang media selepas […]

Rekod Buruk Malaysia Lawan Vietnam B-23 Perlu Segera Dipadam

Rekod buruk pasukan Malaysia B-23 lawan Vietnam B-23 perlu segera dipadam. Menjelang aksi saingan Piala Asia B-23, misi wajib menang buat skuad kendalian Juan Torres Garrido ke atas Vietnam bagi menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya.  Menurut statistik yang dikeluarkan oleh HarimauMystats, skuad kebangsaan bawah 23 tahun telah tewas 7 perlawanan berturut-turut sejak 2015 sehingga 2023.  […]

Ramalan Pantas Matyo Hampir Selamatkan Malaysia

Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau mesra dikenali sebagai Matyo memberi ramalan pantas ketik aksi Malaysia menentang Vietnam dalam kejohanan Piala Asia B-23. Beliau yang menjadi panel jemputan bersama Kenny Pallraj di Astro Arena sempat berkongsikan pandangannya ketika aksi separuh masa pertama tamat. Sungguhpun skuad muda negara tewas dengan keputusan 2-0 di tangan Uzbekistan, […]

Juan Torres Dalam Misi Serampang Dua Mata Di Qatar

Jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido melihat misi menentang Uzbekistan esok sebagai misi serampang dua mata. Perlawanan pertama Kumpulan D untuk Piala Asia B-23 2024 itu bukan sahaja peluang buat skuad muda negara meraih mata pertama dalam kumpulan. Malah, ini juga peluang buat Harimau Muda membuktikan mereka mampu memberi saingan kepada […]

Piala Asia B-23: Malaysia Lakukan Rombakan Saat Akhir Lawan Uzbekistan

Skuad muda Malaysia terpaksa melakukan rombakan saat akhir bertemu Uzbekistan dalam saingan Piala Asia B-23 yang berlangsung tidak lama lagi. Pasukan kendalian Juan Torres Garrido sudah pun mengharungi 4 aksi persiapan berdepan India, China dan juga Qatar. Rekod seimbang dalam perlawanan yang diharungi itu bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga mahal selepas beberapa tonggak utama terpaksa […]

Juan Torres: Qatar Beri Pengajaran Kepada Malaysia B-23

Pengendali skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido menyifatkan aksi persahabatan menentang Qatar memberi manfaat kepada anak buahnya. Ini kerana perlawanan tersebut bukan saja mendedahkan barisan pemain Harimau Muda kepada tempo permainan pantas yang bakal dihadapi dalam saingan Piala Asia B-23 2024. Malah, ini secara tidak langsung menunjukkan skuad negara perlu tampil lebih […]

Malaysia Kecundang Dua Aksi, Kali Ini Berdepan Qatar B-23

Skuad muda Malaysia mencatatkan kekalahan kedua berdepan skuad b-23 Qatar dalam satu aksi persahabatan tertutup semalam. Aksi yang berlangsung di Qatar itu menyaksikan anak didik Juan Torres bertemu pasukan tuan rumah sebagai aksi pemanas badan selepas tewas kepada China B-23 tempoh hari. Perlawanan pemanas badan ini bagaimanapun tidak memihak kepada skuad muda negara sekali lagi […]

Senarai Akhir 23 Pemain Berbakat Malaysia Ke Piala Asia B-23 Qatar

Persiapan skuad Malaysia ke Piala Asia B-23 berjalan lancar dengan 23 pemain terbaik dibawa bagi mengharungi cabaran getir di Qatar. Skuad kendalian Juan Torres Garrido melakukan persiapan yang lebih rapi selepas mengharungi dua aksi persahabatan menentang India di laman sendiri. Tiga lagi aksi persahabatan menanti skuad muda negara di Qatar menentang China dan tuan rumah […]

Juan Torres Sahkan Posisi Rahadiazli Ke Qatar Terpaksa Diganti

Pengendali Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido mengakui terpaksa menyisihkan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim akibat kecederaan. Perkara ini didedahkan beliau kepada media sebelum berlepas bersama delegasi Harimau Muda ke Qatar awal pagi ini. Ini menjadikan Rahadiazli sebagai pemain muda keempat negara yang terpaksa disisihkan untuk kempen Piala Asia B-23 2024. Sebelumnya, […]

Dugaan Berganda Menimpa Azam Azmi

Dugaan berganda menimpa pertahanan muda negara, Azam Azmi Murad selepas mengalami kecederaan ketika membantu Malaysai tempoh hari. Pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan ngeri ketika membantu Harimau Malaya berdepan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tempoh hari. Beliau terpaksa diusung keluar ketika perlawanan baru memasuki minit ke-25 dan digantikan dengan rakan sepasukan iaitu […]

Luqman Hakim Kesan Perubahan Besar Malaysia B-23 Bersama Juan Torres

Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin melihat kemajuan yang baik skuad b-23 negara di bawah kendalian Juan Torres Garrido menjelang aksi Piala Asia di Qatar, April ini. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi sebahagian daripada skuad yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Juan Torres Garrido untuk menghadapi aksi penting di Asia. Beliau yang kini beraksi di […]

Luqman Hakim Bawa Pengalaman Di Jepun Ke Malaysia

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membawa pengalaman yang diperoleh bersama kelab di Liga 3 Jepun, Yokohama SCC bersama Malaysia. Pemain berusia 22 tahun itu kembali berkelana di Asia daripada kelab Belgium, KV Kortrijk secara pinjaman di divisyen tiga Jepun untuk memperoleh lebih banyak minit bermain. Hasrat itu bagaimanapun menjadi kenyataan apabila beliau sudah beraksi […]

Kesinambungan Idea Kim Pan-gon Mengalir Ke Kem B-23 Malaysia

Corak permainan dan filosofi yang diterapkan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menjadi panduan dan teras buat skuad bawah 23 tahun negara. Pasukan muda negara kini dibimbing Juan Torres Garrido setelah mengambil peranan daripada jurulatih sebelum ini, E. Elavarasan yang kembali membantu Kim Pan-gon di skuad senior. Menurut pertahanan skuad bawah 23 tahun negara, […]