Shukor Adan Ambil Alih Tugas Juan Torres Ke China

Bekas pemain kebangsaan, Shukor Adan bakal mengambil alih tanggungjawab ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun kebangsaan, Juan Torres Garrido membawa pasukan ke China. Skuad bawah 19 tahun negara dijadualkan menyertai satu kejohanan jemputan di Changsha, China bermula 4 September ini bersama tiga lagi jaguh dari Asia. “Skuad Harimau Malaya B-19 akan terbang ke Changsha, China […]
Malaysia Sedia Hadapi Cabaran Indonesia

Pengendali Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Juan Torres Garrido melihat anak buahnya bersedia menghadapi cabaran negara serumpun, Indonesia. Malaysia layak ke separuh akhir selaku juara Kumpulan C Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Kejayaan ini dicapai meskipun skuad negara diikat 1-1 oleh Thailand dalam aksi terakhir kumpulan pada 25 Julai lalu. Ini disebabkan Harimau Muda telah merekodkan […]
Skuad Muda Malaysia ‘Baham’ Brunei 11-0

Skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) membuka kempen Kejuaraan ASEAN B-19 2024 dengan langkah kanan apabila membelasah Brunei 11-0 dalam aksi pertama Kumpulan C. Malaysia selaku juara bertahan edisi 2022 dilihat pasukan pilihan untuk perlawanan ini. Sementara Brunei pula berharap dapat mengekang anak buah Juan Torres Garrido daripada meraih kemenangan besar. Hajat Tabuan Muda tidak […]
Juan Torres Masih Berteka-Teki Tentang Skuad Terbaik Malaysia B-19

Pengendali skuad bawah 19 tahun Malaysia, Juan Torres Garrido masih belum memikirkan kesebelasan terbaik menjelang aksi pertama kumpulan C menentang Brunei pada Jumaat. Pasukan muda Malaysia menyenaraikan 23 pemain untuk dibawa ke Surabaya, Indonesia bagi membawa cabaran negara dalam kempen Asean U-19 Boys Championship yang membuka tirai pada 17 Julai lalu. Daripada senarai tersebut, pemain […]
Pemain JDT & Selangor Dominasi Senarai Akhir Malaysia B-19 Di Indonesia

Menjelang kempen Kejuaraan ASEAN Bawah 19 Tahun (B-19) 2024, pengendali Malaysia B-19, Juan Torres Garrido telah memuktamadkan senarai pemain yang akan beraksi di kejohanan itu. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 23 pemain yang akan menggalas cabaran skuad negara di Surabaya, Indonesia. Majoriti pemain yang dipanggil datang dari pasukan Johor Darul Ta’zim […]
Malaysia B-19 Sedia Gegarkan Bumi Indonesia

Bintang muda Selangor FC III, Izzat Syahir Mohd Zulihsan percaya skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) sudah bersedia untuk menggegarkan bumi Indonesia. Skuad muda negara bakal bertolak ke Surabaya, Indonesia untuk menyertai Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Malaysia tiba dengan reputasi sebagai juara bertahan selepas menjuarai kejohanan itu pada tahun 2022. Anak buah Juan Torres Garrido […]
Juan Torres Kesan Kemajuan Positif Pemain Muda Malaysia

Pengendali skuad bawah 19 tahun Malaysia, Juan Torres Garrido berpuas hati melihat peningkatan prestasi anak-anak buahnya setelah menundukkan Kemboja dalam aksi persahabatan pada petang Sabtu. Dalam aksi itu, skuad muda negara dikejutkan dengan kebangkitan Kemboja meskipun sudah mendahului 2-0 di awal aksi sebelum dua gol di babak kedua memastikan kemenangan Malaysia 4-2. Untuk rekod, ini […]
Juan Torres Harap Lebih Banyak Kelab Bangunkan Akademi Bantu Bola Sepak Malaysia

Pengendali skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Juan Torres Garrido berharap lebih banyak kelab memiliki akademi bola sepak mereka sendiri. Pengumuman skuad negara B-19 baru-baru ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor membentuk majoriti pemain. JDT memiliki 12 wakil diketuai penjaga gol, Haziq Aiman Mohd Esa. Sementara kontinjen Selangor pula diketuai bintang […]
Juan Torres Hargai Tunku Ismail & JDT Beri 3 Pemain Penting Buat Malaysia B-19

Pengendali skuad Malaysia B-19 tahun, Juan Torres Garrido mengucapkan terima kasih buat Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas kesudian meminjamkan 3 pemain untuk bersama skuadnya. Beliau yang ditemui ketika hari pertama sesi latihan skuad bawah 19 tahun kebangsaan berkata, barisan pemain yang dipanggil kali ini adalah yang terbaik dan […]
Juan Torres: Tiada Tekanan, Skuad Kali Ini Berbeza

Malaysia optimis untuk memberikan aksi terbaik dan turun tanpa tekanan untuk mengekalkan kejuaraan di Piala AFF B-19 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Keyakinan ini disuarakan oleh Ketua Jurulatih, Juan Torres Garrido yang ketika ini giat mempersiapkan skuad muda negara sebelum ke Indonesia. Katanya, skuad yang dibawa kali ini tidak memiliki tekanan kerana para pemain […]
Senarai Lawan Malaysia Di Piala AFF B-19

Malaysia bakal berdepan cabaran hebat dalam kempen Piala AFF B-19 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Skuad kendalian Juan Torres memiliki misi besar untuk meraih kejayaan selepas pasukan Malaysia B-16 hanya berpuas hati mengakhiri cabaran pada peringkat kumpulan. Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah memanggil 28 pemain bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-19 […]
Pemain JDT & Selangor Dominasi Panggilan Malaysia Ke AFF B-19

Pemain dua pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor mendominasi senarai pemain bagi menghadapi cabaran Piala AFF B-19. Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 28 pemain telah dipanggil oleh ketua jurulatih B-19 kebangsaan, Juan Torres Garrido bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-19 bermula Ahad, 7 Julai […]
Kelayakan Piala Asia B-20: Malaysia Hadapi Tentangan Hebat Oman & Korea

Pasukan Malaysia Bawah 20 Tahun (B-20) bakal berdepan cabaran sukar dalam aksi kelayakan Piala Asia B-20 2025. Ini kerana pasukan negara yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido bakal berdepan cabaran Korea Utara, Oman, Sri Lanka dan tuan rumah Tajikistan dalam Kumpulan E. Ini selepas keputusan cabutan undi kumpulan kelayakan Piala Asia B-20 2025 diumumkan […]
‘Ayah Dari Afrika’ – Saffy Zikry Bakal Kemudi Jentera Serangan Malaysia

Penyerang kacukan berdarah Cameroon-Malaysia, Saffy Zikry Ndongo kini memperkuat jentera serangan skuad muda negara. Pemain berusia 19 tahun itu dipanggil kali pertama oleh Ketua Jurulatih, Juan Torres Garrido bagi membantu Harimau Muda mengharungi kempen Kejuaraan Asean B-19. Beliau beraksi bersama Penang FC ll setelah mengharungi karier yang amat baik bersama Skuad Projek FAM-MSN. Saffy tersenarai […]
Malaysia Cipta Kemenangan Besar Ke Atas KL City Extension

Skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) meraih kemenangan besar 4-1 ke atas pasukan KL City FC Extension dalam aksi persahabatan tertutup hari ini. Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persiapan anak buah Juan Torres Garrido untuk menghadapi Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 yang diadakan di Surabaya, Indonesia dari 17 hingga 29 Julai ini. Walaupun perlawanan ini merupakan […]
Juara Bertahan, Malaysia B-19 Bertemu Thailand, Indonesia Dapat Jalan Mudah

Undian Piala AFF B-19 2024 menyaksikan Malaysia diuji bertemu Thailand manakala Indonesia mendapat laluan mudah pada kejohanan kali ini. Skuad kendalian Juan Torres menempuh cabaran yang agak hebat apabila diundi bersama Thailand, Singapura dan juga Brunei pada edisi kali ini. Berdasarkan pengumuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ujian sulung Juan Torres bersama skuad muda […]