Penyokong Jordan Bimbang Seri Di Tangan Malaysia

Usaha Jordan untuk menutup tahun 2023 dengan kemenangan gagal apabila tewas 2-1 kepada Lubnan pada 29 Disember lalu. Walaupun perlawanan ini merupakan perlawanan pemanas badan sebelum saingan Piala Asia 2023, sudah ada penyokong yang ragu-ragu dengan kemampuan anak buah Hussein Ammouta itu. Lubnan meraih kemenangan menerusi gol Mohamad Haidar dan Nour Mansour. Sementara Jordan pula […]
Jordan Dimalukan Lubnan

Skuad kebangsaan Jordan melalui persiapan yang tempang menjelang Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan selepas tewas tipis 1-2 kepada Lubnan. Jordan terlebih dahulu di hadapan melalui jaringan Hamza Al-Dardour pada minit ke-2. Jaringan pertama Lubnan terhasil melalui pemain tengah bepengalaman Mohamad Haidar pada minit ke-23. Ketika perlawanan hampir ditamatkan dengan kedudukan seri, Nour Mansour menjadi […]
Jordan Bawa Rekod Kekalahan Buruk Ke Piala Asia

Jordan bakal berdepan kesukaran apabila Piala Asia 2023 membuka tirai kempennya pada 12 Januari 2024. Ini kerana pasukan yang diberi jolokan The Chivalrous Ones itu hanya merekodkan dua kemenangan dalam10 perlawanan antarabangsa sejak November 2022. Jordan merekodkan kemenangan masing-masing ke atas Filipina dan Jamaica pada Mac dan Jun 2023. Satu keputusan seri diraih bila mereka […]
Import PDRM Dari Jordan Berpangkat Sarjan

Pemain import PDRM FC dari Jordan, Fadi Awad telah menunjukkan persembahan terbaik beliau dalam musim keduanya di Liga Super Malaysia. Namun pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa Fadi sebenarnya merupakan seorang anggota polis di Jordan dan berpangkat Sarjan. Perkara tersebut didedahkan oleh PDRM FC melalui satu ciapan ringkas di laman X rasmi kelab berkenaan. “Di […]
Malaysia Terima Amaran Awal Jordan

Malaysia bakal menghadapi tentangan yang lebih hebat daripada Jordan di Piala Asia selepas pasukan itu bakal mengasah taring dengan bertemu dua pasukan Piala Dunia. Pasukan kendalian Kim Pan-gon menghadapi cabaran hebat di pentas berprestij Asia tersebut apabila diundi berdepan Korea Selatan, Bahrain dan Jordan dalam misi memburu tempat ke pusingan kalah mati kejohanan tersebut. Persediaan […]
Yazan Al-Arab Ketuai Barisan Bintang Jordan Ke Piala Asia

Bekas bek tengah Selangor, Yazan Al-Arab bakal beraksi untuk Jordan dalam saingan Piala Asia 2023. Ini selepas namanya tersenarai dalam senarai awal 33 pemain yang menyertai skuad kebangsaan Jordan yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) hari ini. Selain Yazan, pemain tengah Merah Kuning, Noor Al-Rawabdeh dan bekas penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), […]
Kelayakan Piala Dunia: Arab Saudi Mudah Atasi Tentangan Jordan

Arab Saudi terus memperkukuh kedudukan di persada Kumpulan G dengan menewaskan negara serantau, Jordan 2-0 awal pagi tadi. The Green Falcons yang dibimbing Roberto Mancini turun dengan misi mendapatkan tiga mata selepas segar daripada kejayaan membelasah Pakistan 4-0. Manakala The Chivalrous Ones pula mahu mendapatkan tiga mata sulung selepas sekadar seri 1-1 dengan jaguh Asia […]
Kelayakan Piala Dunia: Tajikistan ‘Rantai’ Jordan

Pasukan kebangsaan Tajikistan mempamerkan persembahan memberangsangkan untuk mengikat Jordan dengan keputusan 1-1 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Central Republican menyaksikan anak buah Petar Segrt turun dengan barisan terbaik dengan nama pemain seperti Yatimov, Amirbek Juraboev dan Ehsan Panjshanbe berada dalam kesebelasan utama pasukan. Jordan yang menghuni tangga ke-82 dunia […]
Norway Belasah Jordan

Duo import Selangor FC, Yazan Al-Arab dan Noor Al-Rawabdeh tidak berupaya menghalang Norway daripada membelasah Jordan 6-0 dalam satu aksi persahabatan di Stadium Ullevall, Oslo awal pag ini. Babak pertama menyaksikan The Chivalrous Ones dibolosi empat kali. Gol tuan rumah disumbang oleh Antonio Nusa (minit ke-11), Kristoffer Ajer (minit ke-23), Jorgen Strand Larsen (minit ke-31) […]
Pemain-Pemain Malaysia Beri ‘Amaran’ Kepada Duo Jordan

Penyokong Malaysia sudah maklum Harimau Malaya berada dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain. Dan bagi pemain-pemain kebangsaan yang beraksi dengan Selangor, mereka memberi ‘amaran awal’ kepada dua rakan sepasukan mereka dari Jordan, Noor Al-Rawabdeh dan Yazan Al-Arab. Dalam satu video Instagram yang dimuatnaik penjaga gol Samuel Somerville, dua nota ditampal pada lokar […]
4 Pemain Jordan ‘Risik’ Kekuatan Malaysia Di Liga Super

Undian Piala Asia AFC 2023 sudah pun memaparkan keputusannya apabila Malaysia diundi bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain. Anak didik Kim Pan-gon memiliki peluang terbaik apabila memperoleh lawan yang hampir setara sungguhpun terpaksa menelan hakikat berdepan gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan. Namun begitu, tumpuan terarah kepada Jordan tatkala beberapa orang bintang skuad kebangsaannya sudah […]
Aksi Bintang Jordan Hanya Bertahan 5 Saat Sebelum Dibuang Padang

Perlawanan Piala AFC U-20 membabitkan Jordan dan Tajikistan semalam mencipta sejarah tersendiri dengan rekod antara kad merah paling pantas dilayangkan. Ini selepas pemain Jordan, Baker Kamal Kalbouneh dibuang padang baru lima saat separuh masa pertama berlangsung. Sebaik sepak mula, rakan sepasukan Omar Al Osad cuba melambungkan bola ke sebelah atas bagi melancarkan serangan pantas. Bola […]
Kelayakan Piala Asia 2023: Indonesia Tewas Kepada Jordan

Jordan semakin hampir untuk memastikan penampilan keempat berturut-turut dalam Piala Asia selepas menewaskan Indonesia 1-0 pada Hari Perlawanan Kedua Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan A awal pagi tadi. Kemenangan ini membawa Jordan ke tangga teratas kumpulan dengan enam mata, setelah menewaskan Nepal 2-0 dalam perlawanan sebelumnya, manakala Indonesia berada di tangga ke-2 kumpulan […]