AFC Asian Cup: “Dulu Mudah Lawan Malaysia Tetapi Sekarang Berbeza” – Ehsan Haddad

Kapten pasukan Jordan, Ehsan Haddad yakin moral pasukannya sedang tinggi namun beliau turut mengakui prestasi pasukan Malaysia kini sudah berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia yang dulu. “Moral pasukan kami sedang tinggi, kami belajar banyak perkara dari perlawanan menentang Jepun tempoh hari dan kami akan memperbaiki beberapa kesilapan kami.” “Perlawanan itu membuatkan kami lebih kuat. Kami […]
AFC Asian Cup: “Malaysia Berada Pada Tahap Sama Dengan Jordan” – Kim Pan-gon

Pengendali skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon melihat skuad negara kini berada pada tahap sama dengan lawan mereka dari Kumpulan E, Jordan. Pengamatan jurulatih Korea Selatan itu dibuat berdasarkan keputusan enam perlawanan antarabangsa yang dilalui Harimau Malaya sejak September 2023. Daripada enam perlawanan antarabangsa, lima daripadanya membabitkan pasukan yang memiliki ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) […]
AFC Asian Cup: Perbezaan Jordan & Malaysia Menurut Dion Cools

Pertahanan tengah Malaysia, Dion Cools memberitahu bahawa terdapat perbezaan antara skuad negara menjelang pertemuan dengan pasukan ke-87 dunia, Jordan. Aksi pembukaan Piala Asia 2023 menyaksikan anak didik Kim Pan-gon berdepan misi besar untuk menamatkan rekod buruk berdepan pasukan Timur Tengah itu. Pemain berusia 27 tahun itu optimis untuk menggunakan sepenuhnya pengalaman beliau bagi membantu Malaysia […]
AFC Asian Cup: “Kami Juga Ada Kualiti Untuk Cabar Jordan” – Dion Cools

Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools yakin Malaysia memiliki kualiti yang tersendiri untuk mencabar pasukan Jordan menjelang aksi pertama kumpulan E Piala Asia 2023. “Kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan pertama. Sebelum ini saya sudah separuh musim di Thailand jadi bagi saya tiada isu tentang masalah fizikal.” ujar Cools tentang persediaan Harimau Malaya menentang Jordan. Cools […]
Syihan Hazmi: Kita Perlu Raih Mata Berdepan Jordan

Syihan Hazmi berpendapat skuad Harimau Malaya perlu meraih mata berdepan Jordan dalam perlawanan pertama kumpulan E Piala Asia 2023. “Alhamdulillah, dari hari pertama kami tiba mental pemain sangat baik dan fokus untuk aksi pertama. Saya harap penyokong Malaysia doakan kami agar dapat meraih mata untuk perlawanan pertama.” “Saya teruja dan bersyukur dapat menyertai Piala Asia. […]
Bintang Jordan Optimis Saat Buruk Pasukan Tidak Kekal Lama

Penyerang Jordan, Musa Al-Taamari percaya prestasi buruk yang membelenggu pasukan itu tidak akan berpanjangan menjelang Piala Asia 2023 yang bermula esok. Tahun 2023 menyaksikan The Chivalrous One hanya merekodkan dua kemenangan iaitu ke atas Filipina dan Jamaica serta satu keputusan seri. Sementara lima perlawanan lagi berakhir dengan kekalahan termasuk kekalahan besar 6-0 di tangan Norway. […]
Hasrat Bintang ‘RM31 Juta’ Jordan Jadi Lawan Corbin-Ong Tidak Kesampaian

Kelibat bintang berpengalaman Jordan yang mencecah nilai 6 Juta Euro (RM31 Juta) bakal menjadi cabaran hebat buat pertahanan kiri negara, La’Vere Corbin-Ong. Pemain berusia 33 tahun itu menjadi pilihan utama pada posisi pertahanan kiri Harimau Malaya namun berdepan lawan yang cukup hebat di Piala Asia kelak. Skuad kendalian Kim Pan-gon memulakan langkah yang cukup baik […]
Bayangan Awal Skuad Malaysia Lawan Jordan Sudah Muncul

Bayangan awal barisan pemain yang bakal dipertaruhkan oleh Malaysia bagi aksi pembukaan Piala Asia 2023 sudah pun muncul. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal memulakan aksi di Qatar berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan pada 16 Januari 2024. Harimau Malaya berada dalam momentum terbaik selepas merekodkan keputusan seri berdepan jaguh Timur Tengah, Syria dengan keputusan 2-2 hasil […]
Jordan Longlai Dibaham Jepun

Skuad kebangsaan Jordan terus melalui persiapan yang memeritkan sebelum ke Piala Asia 2023 Qatar selepas dibelasah Jepun dalam satu aksi persahabatan sebentar tadi. Jepun yang menurunkan kesebelasan utama memulakan perlawanan dengan penguasaan bola yang baik manakala Jordan dilihat lebih fokus bertahan. Hasil serangan bertali arus, Jepun akhirnya berjaya di hadapan melalui percubaan pemain pertahanan Ko […]
Paulo Josue: Jordan Pasukan Hebat Namun Kita Mampu Cipta Kejutan

Paulo Josue akui Jordan adalah pasukan yang hebat namun Malaysia mampu mencipta kejutan menjelang aksi pertama kumpulan E Piala Asia 2023 kelak. “Kami sedang menyesuaikan diri dengan cuaca dan padang. Sebab itulah jurulatih mahu kami tiba awal di sini.” “Kita adalah pasukan underdog di Piala Asia, Kita mampu kejutkan mereka jika mereka bermain dengan teruk.” […]
Syahmi Safari: Jurang Malaysia Dan Pasukan Arab Tidak Terlalu Besar

Syahmi Safari kekal positif dengan cabaran Malaysia apabila berpandangan jurang Malaysia dan pasukan Arab tidak terlalu besar. “Ini Piala Asia pertama buat saya dan rakan-rakan. Sebelum ini kami pernah bermain di Piala Asia Bawah 23 pada tahun 2018 namun inilah Piala Asia yang sebenar.” “Jurulatih memberitahu kami akan menjalani latihan berintensiti tinggi untuk menyesuaikan diri […]
Jordan Bangkit Kejutkan Qatar

Jordan bangkit menewaskan Qatar 2-1 dalam aksi pemanas badan sebelum bermulanya kejohanan Piala Asia. Qatar terlebih dahulu menjaringkan gol pertama perlawanan sewaktu minit ke-16 hasil jaringan pemain sayap Akram Afif. Aksi separuh masa pertama tamat dengan Qatar mendahului Jordan 1-0. Memasuki babak kedua perlawanan, Jordan kembali mengatur serangan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan selepas 5 […]
Penyerang Ligue 1 Antara Watak Hebat Jordan Di Piala Asia

Jordan bakal mempertaruhkan khidmat pemain serangan Ligue 1 dalam menggempur pasukan-pasukan yang bertanding di Piala Asia 2023 Qatar. Mousa Al-Tamari merupakan pemain sayap kanan kelab Montpellier yang kini berada ditangga ke-12 liga Perancis. Pemain berusia 26 tahun ini bakal bersama-sama dengan pemain antarabangsa yang bermain di liga Malaysia, Noor Al-Rawabdeh serta Fadi Awad dalam senarai […]
Jurulatih Jordan Resah Pemain Tak Fokus, Pertahanan Makin Rapuh

Jurulatih Jordan berada dalam situasi cemas beberapa hari sebelum sepak mula Piala Asia apabila pasukan ke-87 dunia itu menghadapi beberapa masalah besar dalam pasukan. Skuad kendalian Hussein Ammouta itu mengharungi tempoh yang cukup sukar selepas tewas beberapa perlawanan terakhir termasuklah dibelasah oleh Norway dengan keputusan 6-0. Jordan hanya meraih satu keputusan seri sementara tewas 6 […]
Malaysia Dalam Posisi Terbaik Catat Rekod Baru Berdepan Jordan

Skuad Malaysia kendalian Kim Pan-gon kini berpeluang untuk mencatatkan rekod baharu ketika perlawanan pertama Piala Asia 2023 menentang Jordan pada 16 Januari ini. Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi perlawanan-perlawanan terdahulu menentang Jordan. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada 2021 dengan menyaksikan Jordan menang besar 4-1. Kekalahan tersbebut merupakan kekalahan terbesar Malaysia di tangan […]
Jordan Berpeluang ‘Bantu’ Malaysia Lonjak Ke Tangga 124 Dunia

Kehangatan perjuangan Malaysia ke pentas Piala Asia 2023 semakin terasa terutamanya bagi aksi pertama menentang Jordan tatkala Harimau Malaya berpeluang menyambar kedudukan ke-124 dunia. Skuad kendalian Kim Pan-gon membawa cabaran hebat ke pentas berprestij tersebut setelah kali terakhir layak secara merit kira-kira 43 tahun yang lalu. Harimau Malaya juga melalui musim yang cukup cemerlang tahun […]