Syihan Hazmi Kongsikan Rutin ‘Ritual’ Dalam Padang

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi berkongsikan amalan yang menjadi rutinnya sebelum memulakan sesuatu perlawanan bola sepak. Pemain berusia 27 tahun itu menggalas tugas selaku benteng terakhir pasukan Harimau Selatan sejak berpindah dari Negeri Sembilan musim ini. Ketangkasan anak jati kelahiran Kelantan ini sering menjadi bualan peminat yang menyaksikan gawang gol […]

FAM Denda JDT

Bukan sekali penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) FC menyalakan suar bagi meraikan kejayaan pasukan mereka. Tetapi disebabkan perkara ini juga, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mendenda JDT FC sebanyak RM120,000. Denda tersebut dikenakan selepas penyokong Harimau Selatan menyalakan suar dalam dua perlawanan Liga Super membabitkan Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC. Sementara satu […]

Pemain Bintang Baharu Bakal Sertai JDT?

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menolak kemungkinan bakal membawa masuk pemain import baharu pada jendela perpindahan kali ini. Menerusi satu kenyataan oleh Astro Arena, pengendali Harimau Selatan, Tano Solari memberi bayangan bahawa pasukannya akan diperkuatkan dengan pemain baharu pada jendela perpindahan kedua ini. JDT ketika ini terus gah memimpin saingan liga […]

Syahrian Abimanyu Dedah Sisi Rendah Diri TMJ Yang Ramai Tak Tahu

Pemain tengah Persija Jakarta FC, Syahrian Abimanyu mengucapkan setinggi-tunggi penghargaan kepada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Bintang sensasi Indonesia itu pernah menghangatkan kancah bola sepak Malaysia selepas menyertai pasukan JDT pada tahun 2020. Pemain berusia 24 tahun itu merupakan perancang tengah berbakat yang dimiliki skuad Garuda […]

KL City ‘Simpan Kuku’ Berdepan JDT Di Final

Pada Isnin lepas, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC terus dominan di puncak Liga Super dengan membelasah KL City FC 6-1. Tetapi bagi bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, beliau percaya ini bukan gambaran sebenar aksi final Piala FA membabitkan kedua-dua pasukan pada 22 Julai ini. Ini kerana pasukan yang dibimbing Bojan Hodak itu mempunyai corak permainan […]

Tano Solari: Penting Untuk Terus Kekal Tanpa Bolos

Semalam, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC melakar kemenangan besar 6-1 ke atas KL City FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Tetapi gawang Harimau Selatan dibolosi menerusi gol tunggal pelawat oleh Matko Zirdum – satu perkara yang mahu dielak oleh jurulatih mereka, Tano Solari. Dengan gol tersebut, ini menjadikan City Boys pasukan ketiga dalam liga yang […]

Pengukuhan Liga Malaysia Hasilkan Skuad Harimau Malaya Berkualiti

Dalam beberapa tahun ini, kualiti Harimau Malaya semakin bertambah baik lebih-lebih lagi di bawah bimbingan jurulatih Kim Pan-gon. Bagaimanapun, bagi memastikan kualiti pasukan terjaga, pengukuhan Liga Malaysia (Liga M) perlu dibuat dari semasa ke semasa. Perkara ini dinyatakan oleh bekas jurulatih Sri Pahang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan. Ini kerana beliau melihat apabila kualiti yang […]

Bojan Hodak Percaya Pemainnya Sedang Berlatih Menentang JDT

Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak akui para pemainnya bermain dengan sangat teruk dalam kekalahan besar 1-6 kepada pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim semalam. Jurulatih dari Croatia itu melihat para pemain KL City seperti sedang menjalani latihan pada separuh masa pertama yang memperlihatkan penguasaan penuh JDT […]

Bekas Bintang JDT, Moussa Sidibe Beri Amaran Awal Di Liga 1 Indonesia

Bekas pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Moussa Sidibe membuktikan sentuhan penyudah ampuhnya apabila menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya di Liga 1 Indonesia. Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan berdepan Persebaya Surabaya di halaman sendiri. Bintang kelahiran Mali ini tidak memerlukan masa yang lama untuk membuktikan sentuhan penyudah ampuhnya bersama […]

Import Baharu Selangor Tak Sabar Uji Kekuatan Sebenar JDT

Pemain import baharu Selangor FC, Richmond Boakye-Yiadom teruja untuk bertemu dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Bintang berusia 30 tahun ini merupakan pemain import baharu yang dibawa masuk bagi memantapkan lagi jentera serangan The Red Giants bagi baki saingan musim ini. Bekas bintang Juventus ini menyatakan rasa gembira apabila dapat menyertai Selangor […]

“Corak Permainan Terbuka Menentang JDT Hanya Makan Diri” – Bojan Hodak

Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak akan memastikan pasukannya tidak bermain secara terbuka (open play) ketika bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT). The City Boys melangkah ke pentas akhir Piala FA selepas menewaskan Terengganu FC menerusi sepakan penalti. Ini juga menyaksikan pasukannya akan bertemu dengan skuad Harimau Selatan yang menumbangkan Selangor di Stadium […]

Bojan Hodak: Kemajuan Arif Aiman Untungkan Malaysia

Sejak kebelakangan ini, Arif Aiman Hanapi terus memperaga kualitinya sebagai pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) FC yang digeruni. Bagi pengendali KL City FC, Bojan Hodak, kualiti yang ditunjukkan Arif musim ini menguntungkan negara untuk jangka masa panjang. Selepas menyumbat empat gol dalam kemenangan besar 10-0 Malaysia ke atas Papua New Guinea, beliau menyumbat hatrik […]

Bojan Hodak Mahu Ulang Taktikal Julang Piala Malaysia Bertemu JDT

Dengan KL City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC layak ke final Piala FA, ramai ingin tahu kejutan taktikal yang bakal ditonjolkan pengendali City Boys, Bojan Hodak. Bagi pengendali Croatia itu, beliau hanya perlu mengulangi rancangan taktikal yang membantu mereka menjulang Piala Malaysia pada 2021. Hodak mengakui sekiranya mereka bermain secara terbuka seperti yang […]

Arif Aiman Tak Sangka Jadi Idola Kanak-Kanak

Pelbagai pencapaian yang dilakar Arif Aiman Hanapi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) FC menjadikannya pemain muda negara yang berjaya ketika ini. Tetapi pemain sayap berusia 21 tahun itu tidak menyangka dirinya menjadi idola kepada ramai penyokong termasuk kanak-kanak. Selain menggondol pelbagai trofi di peringkat kelab, Arif Aiman juga turut meraih pelbagai pencapaian di peringkat individu. […]

Hatrik 38 Minit Arif Aiman Lengkapkan Malam Gemilang JDT

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sekali lagi mempamerkan karakter sebenar apabila membawa pasukannya melangkah ke pentas akhir Piala FA. Bintang berusia 21 tahun itu sekali lagi diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan nyata memberikan masalah yang besar buat The Red Giants. Gandingan serasi bersama Diogo dan juga Forestieri menyukarkan misi Selangor […]

JDT vs Selangor: Hatrik Arif Aiman Bawa JDT Ke Final Piala FA

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah tiket ke pentas akhir Piala FA apabila menewaskan Selangor dengan keputusan 4-0. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi mencatatkan kemenangan penting untuk melayakkan diri ke pentas akhir mengiringi KL City FC. Selangor lebih rancak melakukan serangan awal terutamanya menerusi sepakan penjuru namun tidak membuahkan hasil. JDT hanya memerlukan […]