JDT Berjaya Lahirkan Mesin Gol Baharu

Pasukan gergasi dari selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan pembangunan pemain muda mereka berjalan dengan lancar. Yang terbaru, mereka dilihat sudah pun melahirkan mesin gol yang dilihat menunggu masa untuk menyinar bersama skuad utama. Pemain yang dimaksudkan adalah pemain JDT II yang beraksi di saingan Piala MFL, Gabriel Nistelrooy. Anak muda berusia 23 […]
Bekas Tonggak Berbisa JDT Sertai Kelab Thailand

Bekas pemain pasukan Johor Darul ta’zim (JDT), Bienvenido Marañón difahamkan membawa haluan baharu untuk menertai sebuah kelab yang berpangkalan di Thailand. Pemain kelahiran Filipina-Sepanyol itu pernah memperkuat skuad Harimau Selatan pada musim 2021 selepas melengkapkan perpindahan dari kelab liga Filipina, Ceres-Negros FC. Beliau bagaimanapun lebih banyak memainkan peranan selaku pemain di JDT II tatkala persaingan […]
Safee Sali Yakin Tano Solari Hadapi ‘Masalah’ Besar Di JDT

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali yakin bukan mudah untuk pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari yang menghadapi ‘masalah’ besar bersama pasukan ketika ini. Prestasi memberangsangkan di bawah kendalian pengendali kelahiran Argentina ini menyaksikan skuad Harimau Selatan masih tidak mencatatkan sebarang kekalahan pada musim ini. Beliau bagaimanapun yakin prestasi baik yang ditampilkan oleh setiap […]
Johor & Singapura Jalin Kerjasama Bangunkan Bola Sepak

Kemeriahan aksi ‘Causeway Derby’ membabitkan pasukan Johor dan Singapura satu ketika dahulu bakal kembali. Ini susulan satu laporan Channel News Asia yang mendedahkan kerjasama bakal dimeterai antara Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). Pemeteraian kerjasama ini bakal disaksikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan […]
Hong Wan Tidak Sombong, Guna Adab Tinggi Layan Peminat

Bukan sekali kedengaran kisah pemain bola sepak bersikap sombong dengan peminat. Tetapi ini sama sekali berbeza buat pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Hong Wan. Hong Wan atau nama sebenarnya Nathaniel Shio Hong Wan memenuhi permintaan penyokong Harimau Selatan yang mahu bergambar bersamanya. Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Norph Hunt dalam […]
Penyokong JDT Teruskan Tradisi Suar Walaupun Didenda Sebelum Ini

Kemenangan 2-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super semalam nyata memberikan kepuasan kepada para penyokong yang hadir. Namun begitu, kemenangan JDT itu turut dihiasi dengan nyalaan suar selepas tamat perlawanan. Dalam satu video yang tular di laman Twitter Flash Sukan, penyokong JDT dilihat menyalakan suar dalam meraikan kemenangan […]
Akademi JDT Muncul Juara Garuda International Cup

Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dinobatkan mencipta kejayaan yang luar biasa apabila dinobatkan selaku juara dalam kejohanan Garuda International Cup. Aksi yang cukup mengagumkan itu bermula di peringkat suku akhir apabila skuad akademi Harimau Selatan berjaya membenam wakil Indonesia, CS Private sebelum melakar kemenangan 1-0 ke atas ASIOP Biru di peringkat separuh akhir. Perkara […]
Tano Solari Mahukan Safawi Rasid Yang ‘Baru’

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari memberi pesanan khas kepada pemain sayap sensasi pasukan, Safawi Rasid. Pengendali kelahiran Argentina itu mendapat semula khidmat pemain berusia 26 tahun itu yang kembali dari pinjaman daripada kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC. Menurut satu kenyataan, Solari memberitahu bahawa Safawi tahu apa yang beliau minta kepadanya. […]
Tano Solari: Ada Pasukan Datang Untuk Kalah

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari menyatakan bahawa ada sesetengah pasukan berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim hanya untuk menerima kekalahan. Pengendali kelahiran Argentina itu kelihatan kurang berpuas hati dengan prestasi pasukannya sungguhpun mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan. Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun masih berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak […]
JDT vs Negeri Sembilan: JDT Gah Tundukkan Negeri Sembilan

Bisa yang dimiliki pemain perancang Leandro Velasquez membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) FC merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan FC hari ini. Selepas dimalukan 7-0 oleh Harimau Selatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Mac lepas, anak-anak buah K. Devan tampil dengan azam tidak mahu keputusan tersebut berulang. Tidak hairanlah sebaik sepak mula, […]
Skuad Muda JDT Diikat Selangor

Hasrat skuad muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menoktahkan kemenangan tidak kesampaian apabila Selangor tampil dengan persembahan menakjubkan. Aksi bagi Piala Belia itu berlangsung di Stadium Mindef, Kuala Lumpur menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi memburu kemenangan. Skuad muda Harimau Selatan memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila menjaringkan gol menerusi percubaan Nor […]
Malaysia Berpotensi Miliki Satu Lagi Calon Gol Puskas

Hasrat Malaysia untuk melihat lebih banyak pencalonan gol untuk puskas mungkin menjadi kenyataan apabila satu lagi jaringan menggegar arena bola sepak Malaysia. Perlawanan di Liga MFL melibatkan pertembungan pasukan Selangor dan Negeri Sembilan meraih perhatian ramai tatkala kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2. Kebangkitan luar biasa yang dipamerkan oleh skuad Jang terutamanya bangkit daripada ketinggalan […]
Tano Solari Tak Rela JDT Dikejutkan Negeri Sembilan

Menjelang aksi Liga Super seterusnya membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dan Negeri Sembilan FC, ramai menjangkakan satu lagi kemenangan buat Harimau Selatan. Tetapi bagi jurulatih JDT FC, Tano Solari, beliau melihat skuad Rusa bukan lawan mudah. Ini kerana anak-anak buah K. Devan pasti tidak mahu ulangan kekalahan besar 7-0 pada 6 Mac lalu berulang […]
Arif Aiman Jelaskan Faktor Tidak Berkelana Ke Luar Negara

Bintang muda yang kini meningkat naik, Arif Aiman Hanapi memberi penjelasan mengapa beliau tidak berkelana ke luar negara. Pemain berusia 21 mengakui masih belum bersedia untuk beraksi di luar negara dan beliau berpendapat bahawa dirinya belum cukup hebat untuk beraksi di negara seperti Jepun dan Korea Selatan. Pemain sayap kebanggsaan itu mahu kekal fokus memperbaiki […]
Delegasi ITF Lawat Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dikenali ramai sebagai stadium keramat pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC. Dan disebabkan ia mesra orang kelainan upaya (OKU), ia turut menjadi pilihan lawatan delegasi Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) beberapa hari lepas. Pada 5 Julai lalu, pengurusan JDT FC mengalu-alukan lawatan delegasi ITF yang diatur Tourism Johor ke […]
Skuad Muda JDT Tewas Mengejut Kepada Negeri Sembilan

Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) FC III memulakan kempen Kumpulan E Piala Presiden dengan langkah kanan terbantut hari ini. Ini selepas anak-anak buah Gonzalo Sanz Zaballos dikejutkan Negeri Sembilan FC 2-1 di Stadium Mini Tampin. Biarpun beraksi sebagai pasukan pelawat, JDT FC III terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Muhammad Haiqal Khairuddin pada minit ketujuh. Tersentak, […]