Siaran Langsung: JDT vs Selangor, Kesebelasan Utama & Info Live Streaming Liga Super

Aksi ke-18 Liga Super menyaksikan pendahulu liga, JDT akan melayan kunjungan Selangor di laman sendiri. Pertembungan penting ini menyaksikan The Red Giants kini mneghambat kedudukan Harimau Selatan apabila dipisahkan dengan 11 mata. Selangor juga sudah pasti mahu menebus semula kedukaan selepas tunduk 4-0 kepada JDT ketika aksi separuh akhir Piala FA tempoh hari. Anak buah […]

Kelibat Dua Import Tidak Kelihatan Bersama JDT

Pertemuan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal melayan kunjungan Selangor FC bagi aksi minggu ini dihiasi dengan ketiadaan kelibat dua orang pemain import pasukan. Anak didik Tano Solari kini dalam momentum terbaik untuk meneruskan rentak cemerlang selepas menjulang Piala FA tempoh hari. Skuad Harimau Selatan juga berpeluang untuk melebarkan kedudukan di puncak […]

Akhyar Rashid Buat Posisi Syihan Hazmi ‘Tercabar’

Kelibat pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rahsid mencuri tumpuan apabila mempamerkan kebolehan baharunya bersama pasukan. Pemain berusia 24 tahun itu meraih bualan ramai terutamanya peminat Harimau Selatan tatkala sebuah video ketika sesi latihan tular. Menerusi perkongsian oleh Johor Southern Tigers, gelagat Akhyar beraksi selaku penjaga gol ketika sesi latihan mengundang reaksi pelbagai. […]

JDT Penuhi Impian Pesakit Cilik

Pesakit cilik, Muhammad Rayyan Mikail Mohd Yazid amat bertuah kerana Johor Darul Ta’zim (JDT) FC merealisasikan dua impiannya yang terbuku dalam hati. Dua impian tersebut ialah mengunjungi Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan bertemu dengan dua pemain pujaannya, Safiq Rahim dan Safawi Rasid. Justeru, pada hari ini, JDT FC mengatur satu lawatan khas ke SSI dan […]

Mengganas Di ACL, Peledak Berbisa Urawa Reds Terpaksa Tinggalkan Pasukan

Khidmat pemain serangan Urawa Red Diamonds, David Moberg Karlsson kini tidak lagi bersama The Reds selepas beliau sah berhijrah ke kelab baharu. Bintang kelahiran Sweden itu merupakan tunjang utama buat gergasi Jepun itu terutamanya ketika mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu. Kelibat pemain lincah berusia 29 tahun ini sering menjadi mimpi ngeri lawan […]

Insiden Tumbuk-Menumbuk Cemari Aksi JDT & Kedah

Pertembungan antara skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman berakhir dengan insiden yang tidak diingini oleh kedua-dua pihak. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyaksikan tuan rumah berjaya menoktahkan kemenangan menerusi jaringan tunggal Mohamad Rafiefikri Mohd Rosman pada minit ke-42. Sungguhpun skuad muda Kedah turun dengan penggempur berbisa, Ebenezer […]

Safuwan Baharudin: KL City ‘Ajar’ Cara Berdepan JDT

Pemain pertahanan Selangor, Safuwan Baharudin akui pasukan KL City berjaya berikan tentangan sengit kepada juara Piala FA 2023, Johor Daruk Ta’zim (JDT) ketika aksi final tempoh hari. Ketika ditanya mengenai persiapan pasukan Selangor yang bakal berdepan JDT kelak, Safuwan tidak meletakkan satu sasaran yang tinggi sebaliknya menagih semangat dan momentum kemenangan dalam pasukan The Red […]

JDT Kini Kelab Ke-31 Terbaik Asia, Naik 126 Anak Tangga

Pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus unggul di persada bola sepak Asia apabila mencatatkan perkembangan yang cukup baik sejak kebelakangan ini. Hal ini telah membawa kepada pertumbuhan ranking yang lebih baik apabila Harimau Selatan difahamkan naik 126 anak tangga. Menerusi satu perkongsian oleh laman rasmi Johor Southern Tigers, JDT mencatatkan kemajuan luar […]

“Sabah Akan Beli Pemain Baru Kalau Ada Duit Macam Selangor & JDT” – Ong Kim Swee

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee menyatakan bahawa hasrat untuk membawa masuk pemain baharu mungkin terhalang akibat kekangan kewangan. Pengendali berusia 53 tahun itu terpaksa menelan hakikat apabila pasukan bimbingannya tewas lagi dengan keputusan 1-0 ke atas Selangor. Beliau merasakan bahawa Sabah masih kurang konsisten untuk meneruskan rentak cemerlang sungguhpun meraih kemenangan besar […]

Giancarlo Gallifuoco Tetap Bangga Dengan Perjuangan Hebat KL City

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco tetap bangga dengan usaha yang ditampilkan pasukan itu walaupun tewas 2-0 kepada juara Piala FA 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC. Ini kerana The City Boys menunjukkan persembahan mantap pada separuh masa pertama dan hampir-hampir mengejutkan tuan rumah menerusi Matko Zirdum dan T. Saravanan. Walaupun tewas 2-0 pada […]

Bojan Hodak: Cerita Berbeza Kalau Main Di Bukit Jalil

Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak menganggap aksi berdepan JDT akan menjadi berbeza sekiranya perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan akhir Piala FA menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing sengit sebelum kemenangan berjaya dinoktahkan oleh Harimau Selatan menerusi jaringan Hong Wan dan Leandro. Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Croatia itu berpuas hati dengan persembahan anak […]

Ramalan Awal Tano Solari Benar-Benar Terjadi

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari telah membayangkan bahawa pertembungan akhir Piala FA akan berlangsung sebegini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan Harimau Selatan meraih trofi kedua pada musim ini selepas meraih kemenangan 2-0 semalam. Pengendali kelahiran Argentina itu bagaimanapun sudah meramalkan bahawa aksi ini bakal menjadi sukar seawal minit […]

Dadaan Versatil Syihan Hazmi Dedikasikan Buat Penonton

Penjaga gawang JDT, Syihan Hazmi tampil dalam kelas tersendiri apabila beraksi dengan cukup cemerlang dalam perlawanan akhir Piala FA 2023. Penjaga gol utama JDT ini juga cukup tenang dan yakin dalam setiap tindakan yang beliau lakukan. Pada minit ke-60 permainan, aksi versatil yang dipamerkan Syihan telah mencuri tumpuan apabila beliau cukup tenang menahan bola menggunakan […]

“Saya Terhutang Budi Kepada Natxo Insa” – Hong Wan

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Hong Wan mengakui banyak terhutang budi dengan pemain tengah veteran Natxo Insa selepas menyertai pasukan itu. Pemain tengah berdarah Sepanyol-Malaysia itu banyak membantu pemain muda berusia 22 tahun itu menyesuaikan diri bila tiba di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada musim panas 2021. Atas sebab itulah, Hong Wan mampu […]

Tindakan Pantas Pihak Keselamatan JDT Kawal Keadaan Terima Pujian Penyokong

Tindakan pantas yang dilakukan oleh pihak keselamatan pasukan JDT ketika aksi final berdepan KL City FC telah berjaya meredakan ketegangan yang berlaku. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan aksi berlangsung dengan cukup baik oleh kedua-dua pasukan. Keadaan bagaimanapun dicemari dengan perbuatan kurang senang yang dipamerkan oleh sebahagian daripada penyokong yang bertandang ke Iskandar […]

Aksi ‘Spiderman’ Syihan Hazmi Hantui KL City

Penjaga gol JDT, Syihan Hazmi cemerlang membantu skuad Harimau Selatan menjulang trofi Piala FA 2023. Pertembungan antara JDT & KL City di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam semalam menyaksikan gergasi dari Selatan menewaskan The City Boys dengan keputusan 2-0. Jaringan bertenaga pemain tengah JDT, Hong Wan dan Leandro Velazquez memastikan malam gemilang di SSI menjadi […]