Leandro Velazquez Tinggalkan JDT?

Teka-teki mengenai perpindahan pemain import JDT semakin hangat diperkatakan apabila perancang tengah berpengalaman, Leandro Velazquez dikatakan menjadi pemain yang bakal tinggalkan pasukan. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan tonggak utama buat pasukan Harimau Selatan sejak kali pertama bersama pasukan pada tahun 2015. Pada musim ini, bekas pemain Argentina bawah 20 tahun ini telah menjadi pilihan […]
JDT Bakal Bawa Masuk Perancang Dari Jepun?

Gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dikatakan bakal membawa masuk pemain tengah menyerang dari negara Jepun. Pemain yang dimaksudkan itu adalah Takahiro Kunimoto atau lebih dikenali sebagai Kuni. Walaupun belum diumumkan secara rasmi oleh JDT, namun berita perpindahan tersebut telah pun tular di media sosial seperti di Instagram dan Twitter. Kuni yang berusia […]
Skuad Muda JDT Raih Kemenangan Berganda Tewaskan Akademi Australia

Program akar umbi Johor Darul Ta’zim (JDT) FC terus menunjukkan kemajuan yang signifikan. Terbaru, skuad B-16 dan B-14 JDT FC berjaya meraih kemenangan ke atas Akademi 2 Halfs Football Development dari Australia. Untuk aksi pasukan B-14, ubi muda Harimau Selatan menunjukkan penyudah mereka setajam skuad senior dengan membelasah lawan mereka itu dengan keputusan 6-0. Pasukan […]
Mesin Gol Baharu JDT Ketepikan Penyerang Piala Dunia

Ketika banyak pihak yang terlalu memberikan fokus kepada saingan Liga Super, saingan Piala MFL musim ini juga tidak kurang hebatnya dengan lahirnya pemain-pemain muda berbakat besar yang mungkin akan menjadi pemain bintang Malaysia suatu hari nanti. Salah seorang pemain muda yang menyinar di dalam Piala MFL ialah penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Gabriel […]
Ketiadaan Fernando Forestieri Buat Ayron Del Valle Makin Semangat

Persaingan antara dua pemain ternama Liga Super, Fernando Forestieri dan juga Ayron Del Valle semakin memuncak menuju penghujung saingan Liga Super 2023. Penyerang JDT itu merupakan antara tunjang utama di bawah kendalian Tano Solari yang menyaksikan mereka gah memimpin saingan Liga Super selepas 18 perlawanan tanpa tewas. Pemain berusia 32 tahun itu memainkan peranan yang […]
Persiapan Pemain JDT Disifatkan Unik

Persiapan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dalam menghadapi hari perlawanan dianggap lain dari yang lain dan menjadi resepi kejayaan mereka musim ini. Pandangan ini diungkapkan oleh Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Norismadi Manap. Ini kerana anak-anak buah Tano Solari tidak melihat sebagai pasukan yang kuat tetapi menganggap diri mereka pasukan yang lemah. Justeru, […]
Seorang Jurulatih Liga Malaysia Lunyai Dibelasah?

Khabar duka menyelubungi arena bola sepak Liga Malaysia apabila dikhabarkan terdapat seorang jurulatih yang menjadi mangsa belasahan dalam satu aksi baru-baru ini. Menerusi satu laporan oleh Harian Metro, individu itu merupakan penolong jurulatih berusia 46 tahun yang berkhidmat buat sebuah pasukan gergasi Liga Super. Menurut laporan, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Piala FA dengan jurulatih […]
Malaysia Sah Berdepan China & Syria

Malaysia secara rasminya bakal berdepan Syria & China bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1, September ini. Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Harimau Malaya akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 berdepan Syria dan China. Aksi getir ini akan berlangsung pada 6 dan 9 September 2023 dengan kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China. Malaysia terlebih […]
Tular Aura Hebat TMJ Pimpin JDT Julang Piala FA

Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika menjulang trofi Piala FA 2023 baru-baru ini semestinya masih segar diingatan penyokong skuad Harimau Selatan. Disebalik kejayaan JDT menewaskan pasukan KL City dalam aksi final tempoh hari, ada figura penting yang turut bersama hadir melaungkan kata-kata semangat kepada para pemain. Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram rasmi […]
MPFL: JDT Mara Ke Final, Belasah Selangor TOT United

Pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) FC membelasah Selangor Tot United 8-3 dalam aksi kedua separuh akhir MPFL 2023 hari ini. Ini sekaligus membolehkan JDT FC mara ke final MPFL 2023 dengan keputusan agregat 15-8. Selangor TOT muncul di Stadium Tertutup Pasir Gudang dengan harapan merapatkan jurang agregat selepas tewas 7-5 dalam aksi pertama separuh […]
Seorang Lagi Import JDT ‘Tewas’

Kemenangan berharga JDT dalam aksi Liga Super ke-18 berdepan Selangor terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila seorang lagi pemain import pasukan mengalami kecederaan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu menyaksikan anak didik Tano Solari meneruskan rekod bersih dengan kemenangan 2-0. Kejayaan mencatat kemenangan ke-18 musim ini menyaksikan Harimau Selatan kehilangan […]
Kualiti Siaran Liga Malaysia Dipuji Setanding La Liga

Arena penyiaran bola sepak Liga Malaysia kembali menjadi bualan para peminat tanah air selepas kualiti siaran yang dipamerkan setanding di Eropah. Perlawanan yang melibatkan pertembungan antara pasukan JDT menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kembali menjadi bualan selepas berlakunya beberapa kejutan buat penonton yang mengikuti dari kaca televisyen. Pada awalnya, siaran difahamkan telah […]
Medik JDT & Selangor Berganding Bahu Rawat Kecederaan Richmond Boakye

Aksi Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dan Selangor FC semalam menyaksikan pasukan perubatan kedua-dua pasukan bekerjasama merawat kecederaan penyerang pelawat, Richmond Boakye. Suasana cemas di Stadium Sultan Ibrahim timbul apabila penyerang Ghana itu tidak sedarkan diri. Ini selepas beliau terhantuk kepala dengan rakan sepasukan Samuel Somerville pada minit kesembilan. Sebaik menyedari situasi kecederaan […]
Aksi JDT, Selangor Diwarnai Dengan Kemunculan Robot

Perlawanan tumpuan Liga Super yang menemukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor berakhir dengan kemenangan 2-0 berpihak kepada JDT. Namun ada sesuatu yang menarik berlaku ketika perlawanan tersebut dilangsungkan. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu, ramai di kalangan penyokong yang ternampak aksi sebuah robot sedang berjalan di atas padang. Penampakan […]
Selangor Pamer Aksi Luar Biasa Sebelum Kecundang Kepada JDT

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super 2023 apabila berjaya menundukkan Selangor dengan keputusan 2-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim jelas tidak menjadi laluan mudah buat JDT apabila tentangan sengit berjaya diberikan pasukan lawan. Babak separuh masa pertama berakhir dengan tiada jaringan dihasilkan. Kedua-dua pasukan saling bertukar asakan […]
Insiden Richmond Boakye Tak Sedarkan Diri Cetus Kebimbangan

Situasi cemas berlaku ketika pertembungan antara JDT dan Selangor untuk aksi Liga Super malam ini. Perlawanan tumpuan antara dua pasukan teratas liga ini berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim. Pemain import Selangor, Richmond Boakye tidak menyedarkan diri seketika pada minit ke-10 permainan. Insiden tersebut terjadi ketika pasukan JDT sedang mengatur serangan ke kubu Selangor. Penjaga gol […]