Wakil Indonesia, TSI Selection Tewaskan Skuad Muda JDT

Skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) Bawah 14 Tahun (B-14) terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Indonesia, TSI Selection dalam saingan Asiana Cup. Asiana Cup merupakan sebuah kejohanan bola sepak akar umbi yang dianjurkan Asiana Soccer School yang berpangkalan di Indonesia. Kejohanan ini menyaksikan penyertaan pasukan akademi kelab-kelab antarabangsa termasuk dari Indonesia. Asiana Cup edisi […]

CEO NFDP Buka Cerita Perpindahan Arif Aiman Ke JDT Terjadi

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFDP, Safirul Abu Bakar membuka cerita mengenai perpindahan Arif Aiman ke Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain berusia 22 tahun itu menjadi watak penting JDT sejak hampir tiga musim lalu sebagai antara pemain sayap paling berbisa pasukan. Menerusi satu sesi audio siar bersama Koppa TV dan Hanif Miswan, Safirul berkongsi detik […]

Selangor Peruntukkan 700 Tiket Buat Penyokong JDT

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal mendapat sokongan padu 700 orang penyokong menjelang aksi Liga Super menentang Selangor FC pada 27 Oktober ini. Ini selepas pengurusan Merah Kuning memaklumkan kesemua 700 tiket untuk penyokong pasukan pelawat sudah habis dijual. Perkara ini dinyatakan dalam satu pengumuman di platform media sosial rasmi Selangor. Pengurusan Merah Kuning […]

Aksi Selangor vs JDT Ulangi Memori Final Piala FA

Aksi ke-14 Liga Super menyaksikan pertembungan hangat antara Selangor menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Nidzam Jamil dalam momentum terbaik apabila mencatatkan kemenangan berdepan wakil Korea, Jeonbuk Hyundai pada aksi AFC Champions League Two (ACL2). Gergasi Merah melakar kemenangan 2-1 sekaligus membawa momentum terbaik berdepan skuad Harimau Selatan yang tunduk 3-1 menentang Gwangju tempoh […]

ACLE: Gwangju Teraju Carta, JDT Kini Di Tangga Kelima

Selepas tiga perlawanan Liga Timur Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Gwangju FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kini menghuni kedudukan berbeza. Gwangju terus kekal menerajui Liga Timur ACLE dengan sembilan mata. Ini selepas pasukan itu menewaskan JDT 3-1 di Stadium Yongin Mireu. Dua gol Jasir Asani dan gol sendiri Park Jun-heong memastikan kemenangan […]

“Kemasukan Bergson Agak Lambat” – Razman Roslan

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan berpandangan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) lewat memasukkan Bergson da Silva dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Aksi terbaru ACLE menyaksikan JDT tunduk 3-1 kepada kelab Korea Selatan, Gwangju FC di Stadium Yongin Mireu pada 22 Oktober lalu. Dua gol Jasir Asani dan gol sendiri Park […]

Peringatan Awal Jasir Asani Buat JDT ‘Gigit Jari’

Peringatan awal yang diberikan oleh pemain sayap Gwangju FC, Jasir Asani membuatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) gigit jari. Skuad kendalian Hector Bidoglio merekodkan kekalahan pertama musim ini apabila tunduk kepada wakil Korea Selatan itu dengan keputusan 3-1. Jaringan daripada tandukan Feroz Baharudin tidak cukup untuk membantu Harimau Selatan meraih 3 mata sekaligus merekodkan kekalahan […]

Hector Bidoglio Kecewa JDT Gagal Raih Mata Lawan Gwangju

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio mengakui kecewa kerana pasukan itu tidak dapat menambah kutipan mata dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Selepas berjaya meraih empat mata daripada dua perlawanan Liga Timur ACLE, Harimau Selatan berharap dapat meneruskan momentum dengan mencuri mata daripada Gwangju FC. Malangnya, percubaan JDT meraih mata di […]

Debut Jese Rodriguez Bersama JDT Di ACLE

Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez akhirnya merekodkan penampilan pertama bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di pentas Asia. Selepas menyertai JDT sebagai ejen bebas pada 5 Oktober lalu, penyerang berusia 31 tahun itu sibuk membina kembali tahap kecergasannya. Ini disebabkan Rodriguez sudah lama tidak beraksi di atas padang selepas meninggalkan pasukan lamanya dari […]

Malam Suka & Duka Feroz Baharudin

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin mengharungi malam suka dan duka bagi aksi di Asia. Tonggak berusia 24 tahun itu turun dalam kesebelasan utama Harimau Selatan dan membentuk gandingan bersama Eddy Israfilov dan Park Jun-heong untuk mengemudi pertahanan pasukan. JDT bagaimanapun tidak bernasib baik apabila bolos dua gol dalam 6 minit pertama termasuklah […]

ACLE: JDT Tewas Kali Pertama, Ditundukkan Gwangju

Aksi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) malam ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas kali pertama ke atas wakil Korea Selatan, Gwangju FC. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi memburu 3 mata berharga bagi perlawanan ketiga ACLE.   Gwangju tidak menunggu lama untuk membuka jaringan, seawal tiga minit permainan, menerusi pemain sayap Jasir Asani […]

ACLE: JDT Ketinggalan 2-1 Kepada Gwangju Babak Pertama

Aksi separuh masa pertama Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) antara Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Gwangju FC berakhir dengan keputusan. Pengendali JDT, Hector Bidoglio membuat satu perubahan dengan menurunkan bek tengah kebangsaan, Feroz Baharudin menggantikan Shane Lowry. Selain daripada itu, barisan pemain lain dikekalkan jurulatih Venezuela itu untuk aksi menentang Gwangju termasuk pemain […]

Jurulatih Gwangju Hairan Dengan JDT

Pengendali Gwangju FC, Lee Jung-hyo hairan dengan pendekatan yang digunakan oleh wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Hector Bidoglio bermula cemerlang apabila meraih 4 mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri selepas dua perlawanan awal. Pertemuan kedua-dua pasukan itu diserikan dengan perang psikologi selepas pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengakui terkejut selepas […]

ACLE: 30% Peminat Pilih JDT Tumbangkan Gwangju Di Tempat Lawan

ACLE: Hampir 30 peratus peminat memilih untuk melihat jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menumpaskan Gwangju. Aksi AFC Champions League Elite (ACLE) itu menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio hadir dengan momentum cemerlang apabila menundukkan Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0 tempoh hari. Skuad Harimau Selatan juga tidak tewas dalam mana-mana aksi pada musim ini sekaligus merancakkan […]

Jurang Ranking JDT & Gwangju Di Asia Makin Besar

Jurang ranking antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Gwangju kelihatan semakin besar menjelang pertemuan kedua-dua pasukan hari ini. Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cemerlang musim ini apabila tidak tewas dalam mana-mana aksi yang diharungi. Juara Piala FA Malaysia itu cemerlang menundukkan Shanghai Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim dengan keputusan 3-0. Berdasarkan kemas kini laman Opta […]

Hector Bidoglio Tidak Gentar Cabaran Gwangju

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio tidak gentar dengan cabaran lawan mereka dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Gwangju FC. Selepas dua perlawanan Liga Timur ACLE, JDT kini mengumpul empat mata. Ini selepas Harimau Selatan mengikat Shanghai Port 2-2 dan menewaskan Shanghai Shenhua 3-0. Kini, JDT berdepan Gwangju yang dilabel antara […]