Eddy Israfilov Menyinar, Reaksi Jasir Asani Curi Tumpuan

Tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Eddy Israfilov beraksi cemerlang namun reaksi tonggak Gwangju, Jasir Asani mencuri tumpuan. Pemain berusia 32 tahun terus menjadi sandaran utama ketua jurulatih, Hector Bidoglio apabila kerap beraksi dalam kesebelasan utama Harimau Selatan. Beliau membantu JDT untuk melakar kemenangan ke atas Selangor pada aksi ke-14 Liga Super dengan keputusan 3-0 […]
Nidzam Jamil Mahu Rapatkan Jurang Dengan JDT

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil mahu melihat pasukan itu terus merapatkan jurang dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Hasrat itu diluahkan jurulatih berusia 44 tahun itu selepas melihat The Red Giants tewas 3-0 kepada pelawat di Stadium MBPJ pada 27 Oktober lalu. Selepas tewas 6-1 di pentas final Piala FA 2024 kepada lawan sama, […]
Jalil Elias Berbisa Di Argentina

Perancang tengah Syria, Jalil Elias mempamerkan impak berbisa di Argentina. Pemain berusia 27 tahun itu dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela perpindahan kedua musim 2024/25. Bekas pemain San Lorenzo ini melengkapkan perpindahan ke JDT namun hanya diturunkan sekali dalam saingan Liga Super. Beliau pulang ke saingan di Argentina menyertai Velez Sarsfield dan terus […]
Warga Eropah ‘Terbang’ 10,000 KM Saksikan Aksi Selangor vs JDT

Warga Eropah sanggup terbang ke Malaysia bagi menyaksikan pertembungan antara Selangor vs JDT. Aksi ke-14 Liga Super 2024/25 itu menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil tunduk dengan keputusan 3-0. Kehadiran 10,215 orang penyokong ke Stadium MBPJ pada 27 Oktober itu diserikan dengan kehadiran beberapa orang penyokong dari Eropah. Dua pemuda kelahiran Belanda itu ditemui oleh MakanBola […]
JDT Layan Kunjungan Pasukan Ke-6 Asia Di Stadium Sultan Ibrahim

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menempuhi cabaran kelab ke-6 terbaik di Asia bagi aksi seterusnya. Skuad kendalian Hector Bidoglio cemerlang menundukkan Selangor pada aksi ke-14 Liga Supee dengan keputusan 3-0. Perlawanan di Stadium MBPJ itu juga menyaksikan Harimau Selatan jauh meninggalkan Gergasi Merah dengan perbezaan 8 mata ketika ini. Ujian seterusnya […]
Aksi Selangor vs JDT Raih Kehadiran 5 Angka Ke Stadium Minggu 14

Aksi Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) merekodkan kehadiran tertinggi untuk perlawanan minggu ke-14. Bersesuaian dengan status kedua-dua pasukan sebagai pasukan gergasi utama tanah air, aksi ini menarik kehadiran ramai peminat bola sepak negara. Aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ pada 27 Oktober lalu merekodkan kehadiran 10,215 orang. Angka kehadiran ini merupakan […]
Ucapan Tunku Ismail Selepas JDT Tewaskan Selangor 3-0

Ucapan Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor selepas pasukannya menewaskan Selangor. Skuad kendalian Hector Bidoglio merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Gergasi Merah di Stadium MBPJ untuk menjarakkan diri 8 mata dengan Selangor. Pengendali kelahiran Argentina itu melihat bahawa anak buahnya berjaya menerapkan falsafah yang dimahukan untuk melebarkan […]
Hector Bidoglio Puji Komitmen Hebat Pemain JDT Tewaskan Selangor

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidiglio memuji aksi luar biasa selepas menundukkan Selangor dengan keputusan 3-0. Skuad Harimau Selatan turun dengan barisan terbaik dengan beberapa muka penting berada dalam kesebelasan utama seperti Syihan Hazmi, Natxo Insa, Bergson dan Arif Aiman. Pengendali kelahiran Argentina itu memuji persembahan hebat yang dipamerkan oleh anak buahnya sungguhpun […]
Liga Super: JDT Gah Di Puncak, Tinggal Selangor 8 Mata

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus mengukuhkan cengkaman di persada liga dengan menewaskan Selangor FC 3-0. Kemenangan ke-11 Harimau Selatan dalam liga menyaksikan pasukan itu memiliki kelebihan lapan mata di hadapan Merah Kuning yang menduduki tempat kedua liga. Bergson da Silva menyumbat dua gol sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim ini. […]
Liga Super: JDT Tinggal Selangor 2-0 Babak Pertama

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) meraih kelebihan 2-0 dalam separuh masa pertama aksi Liga Super menentang Selangor di Stadium MBPJ. JDT mahu bangkit selepas mengalami kekalahan pertama musim 2024/25 di tangan Gwangju FC. Manakala Selangor mahu meneruskan momentum cemerlang selepas menewaskan Jeonbuk Hyundai Motors. Aliff Izwan Yuslan dan Ali Olwan menjadi sandaran gol pengendali […]
Kelibat 4 Tonggak JDT Dibawa Berdepan Selangor

Kelibat 4 tonggak berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT) dibawa berdepan Selangor di Stadium MBPJ. Skuad kendalian Nidzam Jamil memiliki reputasi baik apabila menundukkan Jeonbuk Hyundai di laman sendiri dengan keputusan 2-1. Gergasi Merah juga memegang rekod baik apabila turun beraksi di Stadium MBPJ sekaligus memjadikan pertemuan menentang Harimau Selatan menjadi tumpuan. Pasukan bimbingan Hector Bidoglio […]
Liga Super: Rekod 5 Aksi Terakhir Selangor & JDT Curi Tumpuan

Rekod lima perlawanan terakhir membabitkan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencuri perhatian peminat bola sepak negara. Aksi terakhir JDT menyaksikan pasukan itu tunduk 3-1 kepada wakil Korea Selatan, Gwangju FC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Kekalahan itu merupakan kekalahan pertama JDT untuk musim 2024/25. Meskipun begitu, pasukan itu merekodkan […]
Live: Siaran Langsung Selangor vs JDT, Kesebelasan Utama & Siaran TV Liga Super

Aksi minggu ke-14 Liga Super menyaksikan pertemuan antara Selangor dan juga juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT). Pasukan bimbingan Nidzam Jamil dalam momentum terbaik selepas menewaskan gergasi Korea, Jeonbuk Hyundai dengan keputusan 2-1 di laman sendiri. Kem Merah Kuning kembali ceria selepas kelibat beberapa tonggak seperti Alvin Fortes dan juga Safuwan Baharudin berada dalam sesi […]
5 Fakta Luar Biasa Aksi Selangor vs JDT Di Stadium MBPJ

Aksi ke-14 Liga Super dihangatkan dengan pertembungan antara dua gergasi Liga Super, Selangor vs JDT di Stadium MBPJ. Skuad kendalian Nidzam Jamil bakal melayan kunjungan Harimau Selatan selepas melakar kemenangan bergaya 2-1 ke atas Jeonbuk Hyundai. Juara Piala FA 2024, JDT mengalami kekalahan pertama musim 2024/25 apabila tunduk di tangan wakil Korea, Gwangju FC dengan […]
Tunku Ismail & Raja Muda Johor Beraksi Bersama Bintang JDT

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meraikan hari keputeraan Raja Muda Johor, DYAM Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail dengan beraksi bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Ini berdasarkan siri gambar yang dimuat naik isteri baginda, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Bustamam di platform Instagram baru-baru ini. Siri gambar tersebut menunjukkan Tunku Ismail dan […]
Apa Sudah Jadi Dengan Ulsan HD?

Penyokong jaguh Korea, Ulsan HD semakin risau dengan persembahan pasukan sejak kebelakangan ini. Skuad kendalian Kim Pan-gon beraksi cemerlang pada awal kehadirannya namun bergelut untuk memperagakan aksi sebenar dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE). Juara bertahan K-League itu tewas dua perlawanan pembukaan menentang Kawasaki Frontale dengan jaringan 1-0 sebelum dibelasah oleh Yokohama FM, 4-0. […]