Skuad Muda JDT Diikat AMD

Skuad muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) III mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan A Piala Presiden 2024 walaupun diikat 1-1 dengan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 Tahun (B-17). Selepas meraih kemenangan 4-0 ke atas Sabah FC, JDT III ingin meneruskan momentum kemenangan ke atas AMD B-17. Meskipun baru beraksi dua perlawanan kumpulan, […]
Reaksi ‘Hijau Putih’ Fernando Forestieri Curi Perhatian

Reaksi emoticon hijau putih yang diberikan oleh pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri mencuri perhatian. Pemain berusia 34 tahun itu membuat pusingan semula apabila memilih untuk kekal bersama skuad Harimau Selatan. Kehadiran beberapa tonggak import baharu pada posisi serangan JDT bakal memberi saingan sengit terutamanya dalam kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim […]
Penjaga Gol Warisan Berdarah Johor Tangkas Beraksi Di England

Penjaga gol warisan berdarah Johor ditemui beraksi tangkas di England. Menerusi satu perkongsian oleh laman Frfuturetalents, pemain yang dimaksudkan itu ialah penjaga gol Exeter City FC iaitu Harry Lee. Pemain berusia 19 tahun itu dilaporkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia sungguhpun dilahirkan di Torbay, England. Beliau memiliki sosok tubuh yang begitu baik apabila difahamkan berketinggian […]
Tim Cahill: Persediaan Ini Benar-benar Luar Biasa

Legenda Australia, Tim Cahill mengakui persediaan yang dibuat kelab Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) untuk menjadi sebuah kelab ternama sememangnya luar biasa. Pengamatan itu dibuat beliau selepas mengadakan lawatan ke kelab berkenaan baru-baru ini. Cahill bukan saja berpeluang meninjau kemudahan Harimau Selatan seperti Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan Padang Seri Gelam. Legenda Everton itu […]
Selangor Tak Mahu Pertikai Kemenangan JDT

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC menerima kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan hati yang terbuka. Perkara ini dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yakin segala keputusan yang diambil oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) adalah mengikut peraturan yang ditetapkan. The Red Giants telah pun membuat keputusan untuk tidak […]
Terengganu Pintas Lion City Sailors, Tembusi Kelompok 10 Kelab Terbaik ASEAN

Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC kini memintas kedudukan jaguh Singapura, Lion City Sailors dan berjaya menembusi kelompok 10 pasukan terbaik di Asean. Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner merekodkan pencapaian yang cemerlang pada musim 2023 apabila menamatkan saingan di tangga ke-6 dalam liga. Terengganu juga mempamerkan persembahan yang amat memberangsangkan dalam kempen Piala AFC sungguhpun terkandas […]
Ramalan Safee Sali Tentang Juara Liga Super Musim 2024/25

Ramalan lagenda bola sepak negara, Safee Sali tentang juara akhirnya terjawab. Safee dalam satu kenyataan di laman Youtubenya memberi beberapa gambaran awal tentang perjalanan liga musim baharu. Bekas pemain JDT ini turut memuji tindakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi membawa masuk Teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) ke Liga Malaysia. Katanya, kehadiran VAR dapat […]
Danial Amier Sasar Kembali Wakili Harimau Malaya

Pemain tengah Kuching City FC, Danial Amier Norhisham berharap dapat kembali menyarung jersi Harimau Malaya. Pemain tengah berusia 27 tahun itu merupakan antara rekrut terbaru The Cats yang tiba secara pinjaman semusim daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Selepas sebelum ini dibelenggu masalah kecederaan, Danial dilihat mula menemui sentuhan dalam aksi pembukaan Liga Super […]
JDT Teroka Projek Baharu Dengan Qatar FA & Akademi Aspire

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam perbincangan untuk mewujudkan projek bola sepak baharu bersama Qatar FA dan juga Akademi Aspire. Perkara ini dinyatakan oleh laman Johor Southern Tigers mengenai pertemuan antara Pemilik Kelab JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bersama lagenda bola sepak Australia, Tim Cahill di JDT. JDT kini dalam perbincangan […]
Lagenda Australia, Tim Cahill Kunjungi JDT

Lagenda bola sepak Australia, Tim Cahill telah melakukan satu kunjungan ke Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini dikongsikan oleh Johor Southern Tigers mengenai kehadiran bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk melawat sekitar Stadium Sultan Ibrahim. Beliau juga turut berkunjung ke Padang Seri Gelam untuk melihat fasiliti bertaraf antarabangsa yang dimiliki oleh skuad Harimau […]
JDT Di Stadium Sultan Ibrahim Raikan Piala Ke-27

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di Stadium Sultan Ibrahim untuk meraikan piala ke-27 pasukan. Aksi yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan pertembungan skuad Harimau Selatan dan juga Selangor FC tidak kesampaian. Hal ini susulan The Red Giants membuat keputusan untuk tidak hadir pada perlawanan tersebut atas faktor keselamatan. Keadaan […]
“Sedih Menang Cara Ini, Tetapi Rezeki Tetap Rezeki” – Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor memzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara sebegini. Skuad kendalian Hector Bidoglio meraih trofi pertama pada musim 2024/25 selepas lawan di Piala Sumbangsih, Selangor FC memilih tidak hadir ke perlawanan tersebut. Hal ini susulan isu keselamatan yang menjadi […]
Saham Bintang Kelantan, Chadrack Muzungu ‘Pintas’ Bergson & Heberty

Saham bintang baharu Kelantan Darul Naim, Chadrack Muzungu telah mengatasi nilai pasaran dua tonggak utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson. dan Heberty Fernandes. Pasukan Pantai Timur itu menjadi wakil tunggal Kelantan susulan tersingkirnya TRW Kelantan FC ke saingan Liga A1 Semi Pro musim baharu. Beberapa muka baharu telah dibawa masuk oleh pasukan bimbingan […]
JDT Tawar Solusi Kepada Pembeli Tiket Piala Sumbangsih

Berikutan pembatalan aksi Piala Sumbangsih pada Jumaat, JDT menawarkan jalan penyelesaian bagi penyokong yang telah pun membuat pembelian tiket. Perlawanan Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat walau bagaimanapun terpaksa dibatalkan oleh pihak Malaysian Football League (MFL). Hal ini berikutan daripada penarikan diri pasukan Sleangor yang enggan hadir ke […]
Sultan Selangor Sokong Keputusan Selangor Tarik Diri

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan sokongan kepada Selangor FC menarik diri daripada menyertai aksi Piala Sumbangsih musim 2023/24. Sebelum ini, Selangor bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada Jumaat ini. Kebimbangan terhadap tahap keselamatan […]
JDT Mohon Selangor Pertimbang Keputusan Tarik Diri

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meminta agar Selangor mempertimbang semula keputusan yang dibuat berkenaan penarikan diri daripada aksi Piala Sumbangsih Jumaat ini. Menerusi satu hantaran pada tengah malam Rabu, JDT melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alistair Edwards mengulang pendirian sama mengenai insiden hitam yang menimpa beberapa pemain kebangsaan termasuklah pemain sayap utama Selangor, […]