MPFL: JDT Kekalkan Rekod Kemenangan, Tundukkan Sabah

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024/25 dengan menewaskan Sabah. JDT berharap dapat melebarkan rekod kemenangan dalam Divisyen 1 MPFL selepas menewaskan Selangor FC 4-2 dalam aksi terakhir mereka pada 16 Mac lalu. Sementara Sabah ingin melakar kemenangan ketiga selepas menewaskan KL City […]

JDT Berisiko Hilang Khidmat Bergson & Arif Aiman Serentak

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) berisiko untuk kehilangan khidmat Bergson dan juga Arif Aiman dalam tempoh sama. Skuad Harimau Selatan mempamerkan aksi garang selepas berjaya menundukkan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-1. Kejayaan itu bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga mahal selepas penyerang berbisa pasukan, Bergson Da Silva difahamkan mengalami kecederaan. Kejadian yang […]

“Romel Morales Perlu Kerja Keras, Kalau Tak Tempatnya Di JDT II”

Peledak naturalisasi negara, Romel Morales diingatkan untuk bekerja keras atau tidak tempatnya hanyalah di JDT II. Perkara ini disampaikan oleh dua lagenda bola sepak negara, Zaquan Adha dan juga Shahrom Kalam tentang ketiadaan bekas pemain KL City itu dalam skuad menentang Negeri Sembilan. Pemain kelahiran Colombia itu menyertai JDT daripada KL City dan beraksi dalam […]

“3-1 Keputusan Yang Baik Buat Negeri Sembilan” – Azzmi Aziz

Pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz menyifatkan kekalahan 3-1 yang dialami pasukan itu di tangan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semalam sebagai satu keputusan yang baik. Negeri Sembilan ketinggalan pada babak pertama menerusi dua gol penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva. Pemain sayap Myanmar, Hein Htet Aung merapatkan jurang buat pelawat pada minit ke-28. […]

Liga Super: JDT Mula Dominasi Musim Baru, Tewaskan Negeri Sembilan

Aksi Liga Super 2024/25 antara dua pasukan Selatan menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan pasukan tuan rumah melakukan beberapa pertukaran dan beraksi tanpa Arif Aiman Hanapi di laman sendiri. Skuad Jang pula menampilkan watak seperti Takumi Sasaki, Mika, Heij Htet Aung dan […]

Skuad Muda Kedah Sekat Keampuhan JDT

Hajat skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV merekodkan kemenangan keempat berturut-turut tidak berhasil apabila dirantai Kedah Darul Aman FC (KDA FC) D dalam aksi terbaru Kumpulan B Piala Belia. Harimau Selatan yang dibimbing Pedro Collada Celda ingin meneruskan rekod tiga kemenangan berturut-turut selepas membelasah Kuching City FC 6-0 pada 11 Mei lalu. Sementara […]

Negeri Sembilan Robek Gawang JDT Seawal Aksi Pertama

Peminat Negeri Sembilan FC ceria apabila berjaya merobek gawang juara Liga Super musim lepas, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) hari ini. Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama buat kedua-dua pasukan selepas tidak beraksi pada minggu pertama liga. Harimau Selatan tidak beraksi pada minggu lepas susulan tindakan Selangor FC menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih. Keputusan […]

Bayang Arif Aiman Tak Kelihatan

Bayang pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi tidak kelihatan dalam skuad berdepan Negeri Sembilan. Pemain berusia 22 tahun iu beraksi cemerlang dalam kempen pra-musim di Sepanyol dan berjaya mencatat nama selaku penjaring di sana. Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia buat kali ketiga itu juga membantu skuad Harimau Selatan […]

Siaran Langsung Liga Super: JDT vs Negeri Sembilan (Live Streaming)

Aksi kedua Liga Super (LS2) bakal menemukan dua pasukan selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Negeri Sembilan. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan pasukan bimbingan Hector Bidoglio memiliki kelebihan besar berdepan skuad Jang. Harimau Selatan meraih empat kemenangan ke atas skuad Rusa dalam saingan Liga Super dan Piala […]

Pandangan Berbeza Jurulatih & Pemain Negeri Sembilan Berdepan JDT

Jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz dan kapten, Nasrullah Hanif Johan memiliki pandangan berbeza tentang peluang pasukan itu menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) hari ini. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada pasukan gergasi selatan tanah air. Musim 2023 saja menyaksikan Harimau Selatan meraih empat kemenangan ke atas skuad Rusa dalam saingan Liga […]

Status Leandro Velazquez Tergantung 5 Bulan

Status bekas perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez kini tergantung memasuki 5 bulan. Pemain berusia 35 tahun itu beraksi sejak tahun 2019 bersama skuad Harimau Selatan selain berjaya menggondol beberapa trofi kejuaraan. Khidmat beliau bagaimanapun tidak disambung oleh kelab selepas mengalami kecederaan serius yang memaksa dirinya diketepikan selama beberapa bulan. Kemasukan perancang […]

Terengganu Kesan Individu Misteri Kekal Ekori Akhyar Rashid

Terengganu FC mengambil langkah berjaga-jaga apabila mengesah pemain sayap pasukan, Akhyar Rashid masih diekori individu misteri. Pemain berusia 25 tahun menjadi mangsa pertama yang menggemparkan arena bola sepak tempatan selepas diserang individu misteri dengan menggunakan cota. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berharap agar tragedi keganasan yang berlaku terhadap dua […]

Liga Super: Senarai Perlawanan Minggu 2, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Senarai perlawanan Liga Super 2024/25 bagi pusingan kedua (LS2) sudah pun menjadi perhatian umum. Aksi pusingan pertama menyaksikan pelbagai cerita telah mewarnai kancah bola sepak tempatan apabila kembali membuka tirainya sejak kali terakhir kira-kira 5 bulan yang lalu. Perlawanan minggu lalu menyaksikan hanya tiga pasukan merakamkan kemenangan iaitu Kedah, Terengganu dan Sri Pahang manakala Sabah, […]

Piala FA: JDT & Kedah Dapat Laluan Mudah, Terengganu Diuji Hebat

Aksi Piala FA musim 2024/25 mencuri tumpuan apabila keputusan undian telah pun diumumkan. Majlis undian pusingan 16 terbaik yang dijalankan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyaksikan beberapa keputusan undian menarik perhatian peminat bola sepak tanah air. Undian yang diketuai oleh dua lagenda bola sepak negara itu menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan […]

Data Atlead: JDT Dijangka Terus Kuasai Liga Super, Terengganu & Sri Pahang Ekori Rapat

Ramalan kedudukan Liga Super musim 2024/25 sudah mula menjadi bualan mengenai kedudukan akhir JDT, Terengganu dan juga Sri Pahang. Ketiga-tiga pasukan ini menjadi antara kelab paling menyerlah bagi saingan domestik musim lalu. Tatkala saingan musim ini bermula pada 10 Mei yang lalu, perebutan mahkota juara bagi musim ini terus menjadi bualan peminat. Berdasarkan data yang […]

“Selangor Boleh Jadi Juara Piala Malaysia” – Safee Sali

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Salu meramalkan Selangor berpotensi untuk menjadi juara Piala Malaysia musim 2024. Beliau yang pernah mewakili The Red Giants pada era kegemilangannya yakin pasukan itu mampu untuk bergelar juara. Menerusi satu perkongsian di laman Youtube Sports Tarik, bekas pemain JDT ini meramalkan pada awalnya bahawa skuad Harimau Selatan bakal mengekalkan kejuaraan […]