Rahsia Matthew Davies Kekalkan Stamina Pada Tahap Tertinggi

Kelibat pemain pertahanan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies seringkali menimbulkan rasa teruja dan juga kagum apabila beliau dilihat mampu untuk mengekalkan tahap kecergasan dengan sangat baik. Pemain kelahiran Australia-Malaysia itu kini menjadi sandaran utama pasukan Harimau Selatan di pentas kejohanan tertinggi Asia (AFC) memperagakan persembahan yang sangat konsisten di atas padang. Beraksi 90 […]

Aksi Keras Shahrul Saad Rantai Kelibat Penyerang Kawasaki Frontale Jadi Tumpuan

Penampilan pertahanan pasukan kebangsaan, Shahrul Saad dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (AFC) musim ini mencuri tumpuan apabila menjadi watak penting untuk membantu JDT mengikat Kawasaki Frontale semalam. Pertahanan berusia 28 tahun itu sedang berada dalam prestasi terbaiknya selepas kembali pulih daripada kecederaan yang membelenggunya sejak melengkapkan perpindahan ke pasukan Harimau Selatan pada musim lalu. Keputusan […]

5 Fakta Menarik JDT Selepas Berjaya Ikat Kawasaki Frontale

Keputusan seri bertemu Kawasaki Frontale yang berjaya diperoleh JDT adalah satu keputusan yang membanggakan kerana beberapa faktor. Jika sebelum ini JDT berjaya menewaskan pendahulu saingan tertinggi Korea Selatan, K-League, keputusan seri bertemu Kawasaki Frontale merupakan keputusan positif tambahan yang bakal menjadi tonik terbaik Harimau Selatan untuk kempen Liga Juara-juara AFC 2022. Berikut merupakan 5 fakta […]

Seri Dengan JDT, Rupa-rupanya Kawasaki Frontale Catat Rekod Terburuk Sejak 2017

Walaupun berjaya mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) namun sebenarnya statistik menunjukkan bahawa Kawasaki melalui perlawanan terburuk mereka sejak 2017. Beraksi di hadapan ribuan penyokong JDT, Kawasaki dilihat sedikit kekok dengan memperlihatkan penyerang berbisa mereka, Leandro Damiao dirantai pergerakannya dengan sangat rapi. Mengapa perlawanan menentang JDT ini dilihat sebagai perlawanan terburuk Kawasaki Frontale? Jawapannya adalah sejak […]

Natxo Insa: Kami Sama ‘Level’ Dengan Kawasaki

Natxo Insa melaungkan keyakinan dan perasaan gembiranya selepas berjaya membantu pasukannya, Johor Darul Ta’zim memperoleh satu mata beharga menentang Kawasaki Frontale dalam perlawanan ke-3 kumpulan I, Liga Juara-juara AFC di Stadium Sultan Ibrahim. Kawasaki Frontale yang turut diwakili pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin merupakan pasukan terbaik Asia jika diambil kira kedudukan ranking semasa kelab AFC […]

Jurulatih Bali United Mahu Jadikan Prestasi JDT Dan Lion City Sailors Sebagai Contoh

Perjalanan gemilang dua kelab Asia Tenggara iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Lion City Sailors menumbangkan kelab Korea Selatan ternyata menjadi perhatian seluruh pelusuk Asia. Manakan tidak, kedua-dua kelab Korea yang ditewaskan iaitu Ulsan Hyundai dan Daegu FC merupakan kelab gergasi di negara tersebut. Kemenangan yang mengejutkan ini juga telah membuka mata pengendali Bali United, […]

Atmosfera Final JDT Bakal Membanjiri Stadium Sultan Ibrahim Demi Malaysia

Penangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) memang semakin menjadi-jadi. Dan yang terkini dikhabarkan pembelian tiket secara online sudah pun habis. Keadaan ini dapat menggambarkan bahawa perlawanan malam ini pasti bakal menyaksikan atmosfera luar biasa akan tercipta umpama suasana perlawanan akhir pertandingan bola sepak berprestij. Melihat kepada jualan tiket secara online […]

Jurulatih Kawasaki Frontale Tak Boleh Duduk Diam Dengan Semangat Juang JDT

Pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki dilihat tidak boleh duduk diam dengan semangat yang ditunjukkan oleh pasukan JDT yang kini masih tidak tewas dalam dua perlawanan awal Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL). Beliau akui anak buahnya akan berdepan dengan kesukaran pada perlawanan esok kerana JDT memiliki pemain yang berkualiti dan bukan mudah untuk mengekang kemaraan […]

Safawi Rasid Yakin Kemenangan Jadi Motivasi Terbaik Berdepan Kawasaki Frontale

Pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menyatakan bahawa beliau yakin dengan kemenangan ke atas Ulsan yang lepas, menjadi satu motivasi terbaik berdepan pasukan Kawasaki Frontale malam esok. Bagaiamanapun, pemain yang berusia 25 tahun itu menjelaskan kemenangan ini tidak harus menjadi ukuran sebaliknya beliau berkata dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Bukan […]

Matt Davies: JDT Bukan Pasukan Pelengkap Jadual ACL

Dalam kemenangan bergaya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) tidak harus menjadi ukuran sebaliknya akan berdepan tugas rumit apabila berdepan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok. Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies akui dalam Liga ini JDT bukanlah pasukan pelengkap […]

Jurulatih Ulsan Hyundai Anggap Gerakan Duo JDT ‘Biasa-Biasa’

Jurulatih pasukan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai, Hong Myung Bo menggangap duo serangan JDT iaitu Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva bukanlah ancaman sebenar mereka. Jurulatih berusia 53 tahun itu mengakui bahawa barisan pemainnya telah menjalankan tugas yang terbaik untuk menyekat asakan daripada barisan penyerang Johor Darul Ta’zim. “Sebenarnya, pemain kita sudah melakukan tugas yang […]

Fernando Forestieri Yakin JDT Tak Akan Terlena Dengan Kejayaan ‘Sementara’

Penyerang pasukan Johor Darul ta’zim (JDT), Fernando Forestieri mahu terus menjadi watak penting buat pasukan apabila mereka dijadualkan bertemu dengan Kawasaki Frontale malam esok. Pemain berusia 32 tahun itu mahu membantu Harimau Selatan untuk melakar kemenangan ketiga berturut-turut dalam kejohanan ini sekaligus berpeluang untuk menjadi juara kumpulan. Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu pasukannya dibuai mimpi […]

Chanatip Songkrasin Mula Hantar Ayat-Ayat ‘Manis’ Menjelang Pertemuan Dengan JDT

Pemain tengah pasukan Kawasaki Frontale, Chanatip Songkrasin dilihat sudah mula untuk melakukan perang psikologi menjelang pertemuan dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) esok hari. Perancang berbakat berusia 28 tahun itu sedang menikmati perjalanan karier yang cukup gemilang apabila berjaya membantu pasukan liga Jepun itu untuk berada pada kedudukan pertama dalam liga. Malah, persembahan konsisten beliau […]

Penyokong Kawasaki Frontale Beri ‘Amaran Sinis’ Buat JDT, Boys Of Straits Tak Duduk Diam

Perlawanan ketiga kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) esok bakal menemukan kelab Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale. JDT kini mendahului kumpulan I dengan 6 mata hasil dua kemenangan manakala Kawasaki Frontale pula berada di tangga kedua dengan 4 mata hasil satu keputusan seri menentang Ulsan Hyundai dan kemenangan bergaya […]

Kelibat Wanita Misteri Taktikal JDT Terjawab

Setelah mengetengahkan sains sukan secara meluas sejak beberapa tahun lalu, JDT juga telah menjalin kerjasama dengan penganalisis bola sepak iaitu Haydee Agras. Beliau turut dikesan telah berbincang dengan Mora berkaitan taktikal semasa pelawanan menentang Ulsan kelmarin. Haydee Agras merupakan bekas pemain bola sepak futsal wanita yang kini menjadi menyediakan JDT laporan yang terperinci mengenai lawan […]

Kelab Asean Tapau K-pop

Kelab-kelab Asean telah mengunci mulut-mulut pengktirik yang beranggapan mereka akan sentiasa menjadi ‘lauk’ dalam saingan Asian Champions League (ACL). Hal ini sudah terbukti bahawa pasukan daripada Asia Tenggara bakal menjadi mimpi ngeri kelab Asia selepas mencipta kejutan dengan menewaskan pasukan-pasukan yang mewakili Korea Selatan bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan ACL. Pasukan gergasi Liga Super, Johor […]