Gerakan Berseni Corbin Ong Kembali Ditagih Menjelang Pertemuan Menentang Ulsan

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan I melibatkan pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menetang pasukan Ulsan Hyundai sudah pastinya akan berlangsung dengan cukup sengit. Kini, kedua-dua pasukan terikat dengan 10 mata dan perlawanan terakhir ini bakal menjadi penentu untuk mara ke peringkat seterusnya. Oleh itu, Benjamin Mora dilihat bakal mengembalikan semula kesebelasan utama seperti yang diturunkan dalam […]

Suasana Ala EPL Untuk Perlawanan JDT Menentang Ulsan

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan I yang melibatkan pertembungan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menanti cabaran Ulsan Hyndai sudah pastinya berlangsung dengan begitu sengit. Ketika ini, kedua-dua pasukan berada pada kedudukan terbaik untuk layak sungguhpun jaguh dari Jepun, Kawasaki Frontale turut memiliki peluang yang seimbang untuk layak ke pusingan berikutnya. Walau bagaimanapun, perlawanan hari ini […]

Tenang Melampau, Aksi Hong Wan Kemudi Jentera Tengah JDT Dapat Pujian

Ketenangan yang dipamerkan oleh pemain tengah berbakat Johor Darul Ta’zim (JDT),Nathaniel Shio Hong Wan meraih perhatian para peminat tatkala menjadi nadi pasukan untuk mencatat kemenangan bermakna 2-0 ke atas Guangzhou FC. Pemain berusia 21 tahun itu berada dalam kesebelasan utama pasukan dan digandingkan dengan dua pemain tengah berpengalaman pasukan iaitu Nazmi Faiz dan juga Leandro […]

Pemain Guangzhou Ibarat Patung, Tercegat Dalam Padang Sepanjang Perlawanan

Perlawanan kelima saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak positif setelah menewaskan kelab dari China, Guangzhou FC dengan keputusan 2-0 Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim jelas memberi kelebihan buat skuad kendalian Benjamin Mora apabila pasukan JDT mencatat statistik yang cukup baik. Statistik menunjukkan bahawa JDT […]

ACL: Guangzhou ‘Milik’ JDT

Perlawanan kelima kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) menemukan Guangzhou FC yang beraksi selaku ‘tuan rumah’ bertemu wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan buat JDT yang menumbangkan Guangzhou dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan baik oleh JDT dengan menguasai perlawanan dan […]

JDT Yakin Akan Tundukkan Guangzhou Lagi Malam Ini

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora yakin anak buahnya akan tundukkan Guangzhou FC pada aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini. Beliau akui JDT kehilangan mata ketika perlawanan menentang pasukan Jepun yang lepas. Namun, untuk layak ke pusingan yang seterusnya pasukannya perlu mengutip enam dalam dua perlawanan terakhir […]

Guangzhou FC Sudah Tidak Sabar Nak Robek Gawang JDT

Walaupun menghuni tangga tercorot kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL), namun itu bukanlah penamat bagi Guangzhou FC. Selepas melalui beberapa perlawanan, mereka kini dilihat lebih yakin untuk beraksi di atas padang walaupun dibarisi pemain-pemain muda. Jurulatih Guangzhou FC, Pan Yonghe melaungkan keyakinan bahawa anak buahnya akan melakar kejutan malam ini dengan merobek gawang Johor Darul […]

Luahan Hati Media Jepun Mengenai Peningkatan Mendadak JDT

Prestasi cemerlang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah pastinya mendapat perhatian di serta Asia apabila tampil dengan satu kempen yang sangat memberangsangkan musim ini. Berada dalam kumpulan yang agak sukar tidak mematahkan semangat juang anak didik Benjamin Mora untuk terus berusaha meraih keputusan yang positif. Hasilnya, pasukan Harimau Selatan berjaya meraih dua kemenangan dan satu […]

Benjamin Mora Tak Kecewa Ditundukkan Kawasaki Fronlate

Perlawanan keempat peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kawasaki Frontale berkesudahan dengan JDT tewas 5-0 semalam. Walaupun kehilangan 3 mata penuh dalam pertembungan semalam, pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora menyatakan bahawa beliau tidak berasa kecewa ditundukkan pasukan gergasi Asia itu. Dalam pada itu, Mora menjelaskan […]

Media Jepun Puas Hati Kawasaki Frontale Akhirnya Benam JDT

Perlawanan keempat peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang melibatkan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kawasaki Frontale berkesudahan dengan JDT tewas 5-0. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan pasukan tuan rumah melakukan rombakan besar-besaran dengan merehatkan pemain utama. Benjamin Mora membuat keputusan untuk merehatkan pemain bintang seperti Bergson Da […]

ACL: JDT Tewas Kepada Kawasaki Frontale

Johor Darul Ta’zim meniti kekalahan pertama dalam saingan Liga Juara-juara AFC kumpulan I selepas tewas 0-5 kepada Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim. Tanpa kelibat pemain utama seperti Bergson dan Natxo Insa, JDT jelas tempang dan bergelut menghalang kemaraan juara J-League 4 edisi tersebut. Kawasaki Frontale mengejutkan tuan rumah dengan jaringan sepakan percuma Wakizaka pada […]

Jurulatih Kawasaki Frontale Tak Sangka Ada Pasukan Malaysia Kuat Macam JDT

Jurulatih pasukan Kawasaki Frontale, Koru Oniki sungguh tidak menyangka bahawa ada pasukan yang berpangkalan di Malaysia mempunyai kekuatan seperti ini. Hal ini rentetan daripada keputusan seri 0-0 yang diperoleh ketika menentang Harimau Selatan dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) kelmarin. Persembahan luar biasa JDT di pentas tertinggi Asia itu bukan sahaja meruntuhkan […]

JDT Sedia Buat Apa Saja Untuk Malukan Kawasaki Frontale Malam Ini

Menjelang perlawanan kedua kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale malam ini, JDT dilihat sudah bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk menundukkan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim malam ini. Skuad kendalian Benjamin Mora berjaya mengikat Kawasaki Frontale 0-0 pada aksi pertama Khamis lalu, sekali gus mengharapkan […]

Kawasaki Frontale Akan Pastikan JDT Terduduk Ahad Ini

Menjelang perlawanan kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale malam esok, pengendali kelab gergasi Jepun itu sudah menyuarakan keyakinan tinggi untuk memungut 3 mata penuh. Pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki menganggap perlawanan esok dianggap perlawanan wajib menang sebelum mensasarkan untuk menewaskan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai sekaligus […]

Bintang EPL, Tim Cahill Teruja Layan Perlawanan Melibatkan JDT

Bekas pemain bintang pasukan Everton, Timothy Filiga Cahill (Tim Cahill) menzahirkan perasaan terujanya menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim di Instagramnya. Menerusi satu hantaran kisah Instagramnya, Tim Cahill memuat naik video sedang menyaksikan perlawanan Liga Juara-juara AFC di antara pasukan JDT menentang Kawasaki di Stadium Sultan Ibrahim. Beliau turut menzahirkan hantaran itu kepada pemilik […]

Pengendali Kawasaki Frontale Akui Goyang Berdepan Atmosfera Luar Biasa Penyokong JDT

Jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki mengakui atmosfera luar biasa dengan sorak penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) sedikit sebanyak mengganggu corak permainan para pemainnya sehingga terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 kelmarin. Oniki turut meluahkan rasa kecewa apabila deretan peluang yang dimiliki tidak dapat diterjemahkan dengan jaringan dan mengakui barisan serangan mereka dikawal ketat para […]