Liga Super Kini No.1 Asia Tenggara, Ke-9 Terbaik Asia

Liga Super Malaysia kini berada di tangga teratas rantau Asia Tenggara dan ke-9 Asia selepas kemas kini terbaru mata MA oleh laman sesawang mata nyata ranking MA, FootyRanking. Kemenangan bergaya Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City dalam perlawanan terakhir kumpulan Piala AFC memastikan mata MA Malaysia secara keseluruhan kekal mencatatkan unjuran menaik. Dalam perlawanan […]

“Liga Petani” Tapau ASEAN, Tahun Gemilang Bola Sepak Malaysia

Kejayaan skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 43 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit tempoh hari sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa ia merupakan tahun gemilang bola sepak Malaysia.  Ia cukup bermakna apabila dua pasukan daripada Liga Super Malaysia iaitu Kedah Darul Aman dan KL City FC mencipta sejarah selepas mengesahkan tempat untuk […]

Nilai Pasaran Liga Super Melonjak Naik RM4.6 Juta Selepas Kehadiran Jordi Amat

Kehadiran bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat ke saingan Liga Super ibarat satu fenomena baharu buat arena bola sepak Malaysia. Pemain yang pernah beraksi bersama kelab-kelab ternama seperti Swansea, Espanyol, Real Betis dan Rayo Vallecano ini bakal mengukuhkan lagi benteng pertahanan JDT musim ini. Sepanjang beraksi 5 tahun bersama Swansea, Jordi Amat berjaya […]

Pengarah Teknikal PSSI Sambut Baik Jordi Amat Sertai JDT

Pengarah Teknikal Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Indra Sjafri mengulas mengenai perpindahan Jordi Amat ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Berbeza pendapat dengan sebahagian netizen Indonesia, beliau sambut baik keputusan Jordi Amat dan percaya prestasi pemain tersebut tidak akan turun hanya kerana beraksi di Malaysia. “Apabila anda mahu memulakan proses naturalisasi, pertimbangannya ialah dia bermain […]

Jordi Amat Akui Fasiliti JDT Lebih Baik Berbanding Kelab Diwakili Sebelum Ini

Pemain terbaru JDT kacukan Sepanyol-Indonesia, Jordi Amat meluahkan perasaannya menerusi satu muat naik terbaru di akaun Instagramnya. Beliau menafikan tuduhan orang ramai berkenaan keputusannya menyertai JDT adalah disebabkan wang semata-mata sebaliknya beliau sememangnya ingin beraksi di rantau Asia. “Hal pertama yang ingin saya jelaskan adalah semua tuduhan yang salah terhadap saya, yang mengatakan saya ingin […]

Jordi Amat Rasmi Milik JDT

Pertahanan naturalisasi Indonesia, Jordi Amat hari secara rasminya bergelar pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT). Sebelum ini, desas-desus bertiup kencang mengenai kehadiran bekas pertahanan Swansea City ini ke bumi Johor namun tiada sebarang pengumuman dibuat. Walau bagaimanapun, pertahanan berusia 31 tahun ini telah pun dimaklumkan secara rasminya oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail idris […]

Liga Super: JDT Mudah Tundukkan PJ City

Perlawanan Liga Super ini menemukan pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melayan kunjungan pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City). Keputusan berpihak kepada JDT yang mudah menumbangkan PJ City dengan keputusan 4-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. Gol-gol JDT dijaringkan oleh Bergson da Silva (2 gol) dan Fernando […]

RM37 Juta Bakal Jadi Milik JDT

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mendedahkan bahawa kelab tersebut bakal menerima pelaburan bernilai 8 Juta Euro (RM37 Juta) daripada sebuah syarikat luar negara. Pelaburan luar biasa ini akan dijalankan untuk tempoh tiga tahun namun TMJ menegaskan bahawa perkara ini masih belum boleh didedahkan dengan lebih terperinci […]

Mauricio Dos Santos Tinggalkan JDT, Ini Senarai Kejayaan Beliau Bersama JDT

Selepas menabur bakti selama empat tahun bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mauricio Dos Santos Nascimento akhirnya meninggalkan kelab tersebut. Sebentar tadi, pasukan JDT telah mengeluarkan kenyataan dengan mengesahkan bahawa pemain pertahanan berusia 33 tahun itu tidak akan bersama pasukan JDT lagi. Walaupun tidak lagi bersama JDT, sumbangan Mauricio bersama pasukan JDT ternyata akan diingati […]

Prestasi Memukau JDT Dalam ACL Pacu Kedudukan MA Ranking Malaysia Nombor 4 Asia Timur

Aksi memukau JDT dalam aksi AFC Champions League musim 2022 ini telah banyak membantu Malaysia untuk memecut meninggalkan beberapa lagi pencabar lain yang sebelum ini dilihat sukar untuk dikejar. Selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan AFC Champions League, pasukan JDT telah berjaya mengumpulkan 16 mata termasuk 3 mata bonus layak ke pusingan kalah mati. Untuk pengetahuan […]

Jordi Amat Beri Bayangan Bakal Sertai Kelab Asia Tenggara

Pertahanan naturalisasi Indonesia, Jordi Amat memberi bayangan bahawa beliau sudah jatuh cinta dengan bola sepak di Asia khususnya Asia Tenggara dan memberi petanda untuk beraksi di sini. Pemain berusia 31 tahun itu bakal menjadi tonik tambahan buat pasukan kendalian Shin Tae Yong dalam usaha mereka untuk memperbaiki ranking FIFA tahun ini. Walau bagaimanapun, bekas pertahanan […]

Zulhelmi Yakin Daniel Ting Bakal Sertai JDT

Bekas pertahanan kiri Kuala Lumpur City FC, Daniel Ting dilaporkan sudah pun mencapai persetujuan untuk menyertai gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Menerusi satu hantaran yang dilakukan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pertahanan kacukan Malaysia-England itu sudah menyertai Harimau Selatan. Pemain berusia 30 tahun itu dilaporkan telah berjaya mencapai persetujuan pada […]

Stadium Sultan Ibrahim Catat Rekod Jumlah Kehadiran Tertinggi

Perlawanan Liga Super Malaysia melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor menyaksikan jumlah kehadiran penyokong terbanyak sejak stadium ikonik JDT tersebut dibuka kepada umum pada 22 Februari 2020. Selain jumlah kehadiran semasa majlis pembukaan, jumlah kehadiran perlawanan JDT – Selangor merupakan yang tertinggi sekaligus memberikan petanda positif buat Harimau Selatan dalam kempen Liga Super […]

Liga Super: Selangor Bukan Tandingan JDT

Aksi Liga Super hari ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Selangor FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan JDT menang bergaya di laman sendiri.  Seawal minit ketiga permainan, gawang Selangor FC telah dibolosi hasil daripada percubaan menarik Bergson Da Silva. Rembatan kencang Bergson cantik meluru masuk menggegar jaring. Pada […]

Selangor Sedia Cipta Kejutan Di SSI 

Perlawanan malam ini menyaksikan pertemuan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi aksi Liga super 2022.  Ketua Jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner akui pemainnya kini dalam prestasi terbaik selepas membenam Sarawak United dengan jaringan besar (7-0) tempoh hari di Stadium MBPJ.  “Pemain ketika ini bermain cukup cemerlang malah mampu […]