Lebih 30,000 Tiket Habis Dijual Untuk Perlawanan Sabah Menentang JDT

Kehangatan aksi Liga Super 2022 seterusnya antara pasukan Sabah dan Johor Darul Ta’zim kian terasa tatkala jualan tiket secara atas talian telah pun habis dijual. Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini sedang mengungguli kedudukan carta Liga Super 2022 bakal berdepan cabaran sukar berdepan pasukan The Rhinos pada 15 Julai kelak. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di […]

JDT Kini Miliki Nilai Pasaran Terbesar Asia Tenggara

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di tangga teratas penilaian kelab dengan nilai pasaran terbesar di rantau Asia Tenggara mengatasi kelab-kelab Thailand dan lain-lain negara serantau. Nilai pasaran terbaru JDT dianggarkan bernilai €8.65 juta (RM38.9 juta) mengatasi pencabar terdekat dari Thailand, Buriram United (€8.55 juta / RM38.4 juta) dan BG Pathum United (€7.73 juta / […]

Junior Eldstal Kembali Ke Pangkuan JDT

Pemain kelahiran England-Malaysia, Junior Eldstal baru sahaja sah diumumkan sebagai pemain baharu pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim. Sebelum ini, pemain berusia 31 tahun ini telah berpangkalan di Liga Thailand bersama pasukan Chonburi FC selama satu musim. Untuk rekod, pemain pertahanan ini menjadi watak penting pasukan Chonburi pada musim lalu dimana beliau diturunkan sebanyak 32 […]

Lévy Madinda Sertai JDT

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sah telah mendapatkan khidmat pemain kelahiran Gabon, Levy Madinda bagi memantapkan pasukan untuk meneruskan baki saingan musim ini. Hal ini diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Johor Southern Tigers mengenai berita ini. Levy yang juga merupakan bekas pemain Sabah FC difahamkan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Maranon […]

Komen Jujur Shin Tae-yong Terhadap Perpindahan Jordi Amat Ke JDT

Ketua jurulatih timnas Indonesia, Shin Tae-yong memberikan pandangan peribadinya mengenai perpindahan pemain naturalisasi mereka, Jordi Amat ke Johor Darul Ta’zim (JDT). Bekas bintang Swansea City ini memilih untuk mneyertai pasukan Harimau Selatan saat proses untuk mendapatkan passport Indonesia masih lagi berlangsung. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini merasakan tindakan pemain berusia 30 tahun ini tidaklah mnejadi […]

Video: Aksi Latihan Jordi Amat & Daniel Ting Di Pusat Latihan JDT

Dua pemain baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat dan juga Daniel Ting sudah pun mula menjalani latihan bersama pasukan baru-baru ini. Jordi Amat telah pun menamatkan saga perpindahan apabila sah menyarung jersi pasukan Harimau Selatan sekaligus memperkuat pasukan menjelang kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang bakal bersambung Ogos ini. Bukan itu sahaja, kepulangan […]

JDT Konsisten Jaringkan Gol Jarak Jauh

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mempamerkan sengat apabila seringkali menjaringkan gol jarak jauh sejak kebelakangan ini. Anak didik Benjamin Mora dilihat mempamerkan perubahan ketara daripada aspek mereka untuk membolosi gawang lawan menerusi sepakan deras yang direncanakan dari luar kotak penalti. Perkara ini semakin membuahkan hasil bermula daripada pertemuan menentang Selangor sebelum ini apabila tiga […]

Dion Cools Sertai JDT Lebih Awal?

Pemain bintang skuad Harimau Malaya, Dion Cools dilaporkan tidak tersenarai dalam skuad FC Midtjylland yang akan ke Belanda untuk kem latihan pra-musim. Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak kelab Denmark itu dimana seramai 30 pemain dibawa oleh pengendali pasukan, Bo Henriksen. Namun begitu beliau membuat keputusan untuk tidak membawa pemain yang kembali ke kelab setelah […]

“Tak Boleh Sekejap Menang, Sekejap Kalah”, Ong Kim Swee Sedia Cabar Kedudukan JDT

Kemenangan 1-0 Sabah FC yang menumbangkan tuan rumah, Negeri Sembilan FC dilihat sebagai satu kemenangan yang penting dalam usaha Sabah menekan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Dalam perlawanan yang dilangsunkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi, gol tunggal Sabah dijaringkan oleh pemain import dari Korea Selatan, Park Tae-su pada minit ke-62. […]

Shin Tae-yong Arahkan Jordi Amat Dinaturalisasikan

Jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong mahu PSSI meneruskan proses menaturalisasikan pemain baharu mereka, Jordi Amat secepat mungkin sungguhpun bintang itu memilih untuk bermain buat Johor Darul Ta’zim (JDT). Hal ini sedikit menimbulkan kemarahan para penyokong Timnas Indonesia kerana Jordi Amat telah memetrai perjanjian dengan pasukan Harimau Selatan ketika proses naturalisasinya masih belum selesai sepenuhnya. […]

Liridon Krasniqi Sah Kembali Ke Pangkuan JDT

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi sah pulang ke pangkuan kelab selepas menamatkan tempoh pinjamannya baru-baru ini. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh kelabnya iaitu Odisha FC, pemain tengah berusia 30 tahun itu bakal kembali memperkuat pasukan Harimau Selatan menjelang musim baharu. Beliau dilaporkan memberi impak yang cukup besar kepada pasukan […]

“Dulu Selangor Kalahkan Johor 6-1, Tapi Sekarang…”

Kejatuhan prestasi pasukan Selangor FC dalam kancah Liga Malaysia sentiasa menjadi perhatian para peminat bola sepak tanah air. Manakan tidak pasukan Selangor merupakan pasukan yang sarat dengan sejarah kejayaan. Bekas pemain import pasukan Selangor, Ristomoyo Kassim jelas sekali terkilan dengan apa yang berlaku kepada skuad yang digelar Gergasi Merah ini. Ketidaktentuan prestasi jelas membelenggu pasukan […]

Liga Super: Melaka United Ikat JDT

Perlawanan Liga Super hari ini menemukan pasukan Melaka United sebagai tuan rumah melayan kunjungan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT). Gol pertama perlawanan terhasil daripada pasukan pelawat menerusi pemain tengah JDT, Leandro Velazquez. Rembatan deras Leandro terus meluru cantik meletakkan Johor Darul Ta’zim mendahului 1-0 dihadapan. Pada minit ke-39 permainan, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan […]

Ifedayo Sebenarnya Cedera, Bukan Tidak Dibenarkan Beraksi

Selepas tular mengenai kedudukan penyerang Melaka United, Ifedayo Olusegun yang dikatakan tidak diturunkan kerana status pinjaman, pasukan Melaka United telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Dan yang terkini, Pemangku Ketua Jurulatih Melaka United, Asri Ninggal telah memberikan penjelasan mengenai ketidaktepatan berita yang tular mengenai Ifedayo dan menjelaskan bahawa Ifedayo bukanlah seorang pemain pinjaman. Asri menjelaskan bahawa […]

Media Perancis Teruja Dengan Perkembangan JDT

Prestasi memberangsangkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Asia telah membuka banyak pihak selain mendapat perhatian dunia. Ini juga telah menyebabkan salah sebuah portal gergasi antarabangsa, France24.com merungkai resipi kejayaan pasukan Harimau Selatan ini. Media Perancis ini telah memuat naik satu artikel yang bertajuk ‘With royal backing and a Snoop Dogg rap, Malaysia minnows […]

Rupa-rupanya Pemain Terbaru JDT Anak Raja

Pemain import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat telah dikurniakan pangkat selaku pengeran oleh Indonesia selepas beliau dikatakan berasal dari keturunan Raja. Hal ini telah pun disahkan secara rasminya oleh  Dewan Kerajaan Kesultanan Adat Nusantara Indonesia. Malah, gelaran Pangeran ini juga diberikan kepada bekas bintang Real Betis ini atas faktor beliau sebenarnya berketurunan diraja Indonesia. […]