4 Pasukan Kumpulan D Tersungkur Awal Di Qatar

Tiada satu pun pasukan daripada Kumpulan D yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia AFC 2023. Kekalahan Jepun di tangan Iran dengan keputusan 2-1 menamatkan perjalanan kesemua pasukan Kumpulan D yang dilabel kumpulan maut pada awal saingan. Sungguhpun memiliki tiga wakil ke pusingan kalah mati, Indonesia menjadi wakil pertama teringkir selepas dibelasah Australia […]

AFC Asian Cup: Iran Ke Separuh Akhir, ‘Hantar’ Jepun Pulang Awal

Aksi suku akhir AFC Asian Cup antara pasukan Jepun dan Iran berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Iran dengan penuh dramatik. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Education City itu menyaksikan Jepun merehatkan beberapa tonggak utama di bangku simpanan. Keadaan itu tidak memberikan masalah buat pasukan bimbingan Hajime Moriyasu apabila mendahui permainan hasil serangan pantas sebelum disudahkan […]

Pengarah Teknikal Baru Vietnam Sasar Kelompok 10 Terbaik Asia

VFF

Pengarah teknikal baru pasukan kebangsaan Vietnam, Takeshi Koshida telah menyasarkan kedudukan 10 terbaik Asia buat Vietnam. Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) melantik Koshida Takeshi pada bulan Jun tahun lalu setelah disyorkan oleh Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA). Takeshi Koshida bertanggungjawab dalam menyelia kursus dan seminar latihan jurulatih anjuran VFF dan menyelaras dengan jurulatih pasukan […]

Jepun Mahu Kekalkan Khidmat Junya Ito

Jepun mahu mengekalkan khidmat pemain serangan Junya Ito walaupun pemain tersebut berdepan dakwaan melakukan gangguan seksual. Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) sebelum ini mengambil keputusan untuk menggugurkan nama Junya Ito daripada saingan Piala Asia 2023 dengan serta merta setelah terlibat dengan kes gangguan seksual. Dua orang perempuan melaporkan perbuatan Junya Ito pada tahun lalu namun […]

Bekas Jurulatih Jepun Kini Bimbing Singapura

Bekas penolong jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Jepun, Tsutomu Ogura telah dinamakan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Singapura yang baharu. Perkara ini telah dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menerusi satu kenyataan rasmi hari ini. Pengendali berusia 57 tahun itu bakal menjadi jurulatih Jepun ketiga berturut-turut yang mengendalikan Lions. Beliau memiliki reputasi yang cukup […]

AFC Asian Cup: Jepun Gah Tundukkan Bahrain

Bahrain FA-Jepun

Jepun gah menundukkan cabaran Bahrain untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023. Skuad kendalian Hajime Moriyasu mempamerkan aksi dominan pada separuh masa pertama dengan melakukan 7 percubaan ke arah gawang gol berbanding Bahrain yang hanya melakukan 2 percubaan. Penantian Jepun untuk gol pertama berakhir pada minit ke-31 apabila Ritsu Doan menyambut bola muntah […]

Dion Cools Belum Sedia Pulang Ke Malaysia

FA Malaysia-cools

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools menyatakan dirinya belum bersedia untuk pulang beraksi di liga Malaysia. “Saya sentiasa memberitahu isteri saya bahawa saya suka berada di Asia namun saya juga terlintas di fikiran untuk meneroka budaya lain seperti Jepun atau Korea suatu hari nanti.” “Saya belum bersedia untuk pulang ke Malaysia buat masa sekarang. Kemungkinan […]

Dua Pemain Thailand Bakal Jadi Pesaing Luqman Hakim Di Jepun

Selepas Luqman Hakim disahkan menyertai Yokohama SCC yang beraksi di Liga J3, kini dua pemain Thailand menyusul dengan turut menyertai kelab Liga J3, Nara Club. Dua pemain yang dimaksudkan adalah penyerang muda BG Pathum United, Patrik Gustafsson dan juga penjaga gol BG Pathum United, Kiatphon Udom. Perpindahan kedua-dua pemain ini disahkan sendiri oleh BG Pathum […]

AFC Asian Cup: Jepun Tak Berdepan Masalah Tewaskan Indonesia

Jepun tepati ramalan apabila cemerlang menewaskan pasukan dari Asia Tenggara, Indonesia di pentas Piala Asia 2023. Babak pertama perlawanan tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada Jepun. Jepun berjaya menjaringkan gol seawal minit keenam permainan menerusi sepakan penalti. Kekasaran kapten Indonesia, Jordi Amat mengundang padah apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Jepun. Ayase Ueda mudah […]

Takehiro Tomiyasu Tidak Akan Benarkan Indonesia Jaring Gol

tomiyasu-japan

Takehiro Tomiyasu tidak akan membenarkan Indonesia menjaringkan sebarang gol dalam aksi terakhir kumpulan D kelak. Pemain pertahanan Jepun tersebut mahu membantu Jepun meraih cleansheet pertama setelah dibolosi 4 kali dalam 2 perlawanan menentang Vietnam dan Iraq. “Ini bukan perlawanan yang mudah. Tidak ada perlawanan mudah dalam Piala Asia. Kita harus belajar daripada kesilapan sewaktu melawan […]

“Bola Sepak Indonesia Sedang Membangun” – Shin Tae-yong

timnas indonesia-shin tae-yong

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mahu memberikan yang terbaik menentang Jepun untuk membuktikan bola sepak Indonesia sedang membangun. “Sudah tentu Jepun pasukan pilihan utama. Perlawanan sukar buat Indonesia tetapi kami mahu tampilkan aksi cemerlang dan saya mahu tunjukkan bola sepak Indonesia sedang membangun.” “Ada banyak senario untuk Indonesia layak ke pusingan 16 namun saya tidak […]

AFC Asian Cup: Indonesia Mahu Buat Sejarah Baharu

Pemain Indonesia, Egy Maulana Vikri mahu membantu negaranya mencipta sejarah baharu buat bola sepak negaranya. Beliau berkata ketika sidang media pra perlawanan bahawa Jepun merupakan lawan yang berkualiti dan mereka sudah bersiap sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan ini. “Jepun adalah salah satu pasukan terbaik di Asia dan kami bersedia untuk menghadapi mereka.” Pemain berusia 24 tahun […]

Keraian Gol Pemain Jepun Berakhir Dengan Benjolan

Pemain Jepun yang berkelana ke Liga Belgium, Shion Homma berkemungkinan besar tersilap langkah ketika meraikan gol apabila ianya berakhir dengan benjolan di kepala beliau. Shion Homma menjadi tonggak utama Club NXT yang merupakan pasukan simpanan kepada kelab gergasi Belgium, Club Brugge. Dalam aksi Club NXT menentang SK Beveren semalam, Shion Homma berjaya meledak gol kedua […]

AFC Asian Cup: “Indonesia Boleh Jatuhkan Kami” – Takefusa Kubo

Pemain sayap Jepun, Takefusa Kubo mahu rakan sepasukannya tidak memandang rendah dengan kekuatan Indonesia.  Beliau percaya Skuad Garuda mampu menjatuhkan Samurai Blue dengan prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Indonesia dalam 2 perlawanan sebelum ini.  “Jika kita sudah memikirkan tentang perlawanan seterusnya menentang Korea, Indonesia boleh membuat kita jatuh,” kata Kubo, dipetik media Jepun, Soccer King. […]

AFC Asian Cup: Jepun Buktikan ‘Andre Onana’ Wujud Di Piala Asia

Penjaga gol skuad kebangsaan Jepun, Zion Suzuki telah melakukan beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya dalam saingan Piala Asia 2023 hinggakan dirinya disamakan dengan penjaga gol Manchester United, Andre Onana oleh pemerhati bola sepak. Dua aksi awal Jepun menyaksikan Zion Suzuki telah dibolosi empat jaringan iaitu dua jaringan ketika menang 4-2 ke atas Vietnam dan dua […]

AFC Asian Cup: “Semua Pasukan Asia Bermotivasi Untuk Tewaskan Jepun” – Hajime Moriyasu

Jurulatih skuad kebangsaan Jepun, Hajime Moriyasu percaya status pasukan itu sebagai pasukan terbaik Asia memberi motivasi kepada pasukan lain dalam Piala Asia 2023. Mengikut kedudukan terkini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) seperti yang dikongsikan Footy Rankings, Jepun ketika ini menduduki ranking ke-18 susulan kekalahan 2-1 di tangan Iraq semalam. Walaupun mereka hanya turun satu anak […]