Hajat Luqman Hakim Tertangguh Seketika

Hasrat pemain negara, Luqman Hakim Shamsuddin untuk aksi penampilan sulungnya bersama YSCC Yokohama tertangguh seketika. Luqman Hakim masih tidak diturunkan ke dalam skuad utama. Beliau telah terlepas dua aksi J3-League bersama pasukan. YSCC Yokohama kini berada di prestasi umbang-ambing kerana hanya mencatatkan 1 seri dan 1 kalah dalam dua perlawanan pembukaan liga. Dalam temubual bersama […]
Jepun Malukan Vietnam 10-0

Skuad bola sepak wanita Jepun Bawah 20 Tahun (B-20) mempamerkan dominasi mereka apabila membelasah Vietnam 10-0 hari ini. Kejayaan itu dicapai dalam aksi pertama Kumpulan B Piala Asia Wanita B-20 yang berlangsung di Stadium JAR, Tashkent, Uzbekistan. Dengan Jepun berstatus pasukan pilihan, Vietnam selaku pasukan bukan pilihan berusaha memastikan gawang mereka tidak bocor awal. Malangnya, […]
Madame Pang Buka Hati Masatada Ishii Kekal Lebih Lama Di Thailand

Ketua jurulatih Bola Sepak Thailand, Masatada Ishii akan terus kekal kemudi Thailand selepas pengumuman rasmi yang dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand, Madame Pang hari ini. Memetik laporan rasmi Changsuek, Madame Pang atau Nualphan Lamsam menyatakan telah mencapai persetujuan lanjutan kontrak selama 2 tahun setengah Masatada Ishii. Bekas jurulatih Buriram United itu dilaporkan juga […]
Jepun Layak Ke Sukan Olimpik, Benam Cabaran Korea Utara

Skuad bola sepak wanita Jepun mengesahkan kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Pasukan yang diberi jolokan Nadeshiko itu mengesahkan kemaraan sebagai wakil kedua Asia selepas mengatasi cabaran negara serantau, Korea Utara 1-0 dalam aksi kedua play-off kelayakan Sukan Olimpik Zon Asia hari ini. Selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi play-off pertama di […]
Pakar Jepun Sebut 3 Kelebihan Pemain Vietnam Di Asia Tenggara

Jurulatih Hanoi FC, Daiki Iwamasa melihat pemain Vietnam memiliki tiga kelebihan yang akan membantu mereka berjaya di liga asing termasuk liga Jepun. Pemerhatian itu dibuat bekas jurulatih Kashima Antlers itu selepas melihat Hanoi membenam Ho Chi Minh City 3-1 dalam aksi terbaru V. League 1 semalam. Iwamasa melihat pemain Vietnam memiliki kualiti permainan yang bagus, […]
Jepun & India Bakal Jadi Lawan Skuad Muda Malaysia

Skuad bawah 23 tahun Malaysia bakal menghadapi ujian sebenar sebagai persiapan menghadapi Piala Asia bawah 23 tahun April nanti. Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin yang berkata persiapan skuad bawah 23 tahun sedang diatur pada bulan Mac ini di Kuala Lumpur ketika skuad senior […]
Lionel Messi Nafi Dakwaan Anti Dengan Orang China

Bintang bola sepak terkenal, Lionel Messi telah menafikan dakwaan beliau anti dengan orang China setelah tidak turun bermain dalam aksi persahabatan di Hong Kong. Pasukan Inter Miami sebelum ini mengadakan beberapa aksi persahabatan di Asia seperti Arab Saudi, Hong Kong dan juga Jepun namun konflik tercetus apabila Lionel Messi tidak turun bermain sewaktu menentang Hong […]
Arkitek Jepun Hampiri Negeri Sembilan

Pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC dijangka akan memperkuatkan pasukan dengan membawa masuk perancang tengah dari negara matahari terbit, Jepun. Melalui satu pendedahan di laman Youtube Ultra Jang TV, salah seorang panel iaitu Isaac telah memberi gambaran bahawa pemain import baru Negeri Sembilan dikenali dengan nama Sasaki. Isaac walau bagaimanapun masih merahsiakan identiti penuh pemain […]
Jepun Tak ‘Layan’ Malaysia

Harapan skuad futsal Malaysia untuk bertemu dengan Jepun dalam satu aksi persahabatan antarabangsa dilihat tidak kesampaian. Skuad negara baru sahaja mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia yang amat memberangsangkan sungguhpun hanya mencatatkan satu kemenangan berdepan Kemboja. Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail, terdapat beberapa […]
BATC: Lee Zii Jia Pacu Malaysia Ke Final, Singkirkan Jepun

Skuad badminton lelaki Malaysia terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024. Ini selepas skuad negara mengatasi tentangan Jepun di pentas separuh akhir yang berlangsung pada hari ini. Selepas direhatkan dalam aksi suku akhir yang berlangsung semalam, Lee Zii Jia kembali diberi kepercayaan sebagai perseorangan pertama menggantikan Ng Tze […]
Kelab EPL Berlaga-Laga Buru Kaoru Mitoma

Kaoru Mitoma kini menjadi sasaran beberapa kelab utama Eropah selepas mempamerkan prestasi cemerlang sejak kebelakangan ini. Sebelum ini terdapat laporan bahawa Barcelona bersedia menawarkan pertukaran pemain melibatkan Ansu Fati untuk mendapatkan khidmat Mitoma bagi memperkuatkan bahagian sayap kiri pasukan. Kini beberapa kelab di England seperti Manchester City, Manchester United dan Chelsea turut berminat dengan pemain […]
Luqman Hakim Sasar 10 Gol Di Jepun

Penyerang berbisa negara, Luqman Hakim Shamsudin mensasarkan 10 jaringan bagi musim pertamanya di Jepun. Menerusi satu video pengenalan oleh kelabnya, Yokohama SCC, pemain berusia 23 tahun itu kini bajal beraksi di divisyen tiga jepun secara pinjaman. Beliau telah berkelana hampir beberapa musim di Eropah bersama KV Kortrijk di Belgium sebelum pergi ke Iceland untuk memperoleh […]
Menyerlah Di Piala Asia, Bintang Jepun Diburu Barcelona

Barcelona kini dilaporkan berminat dalam mendapatkan khidmat pemain bintang Jepun, Kaoru Mitoma. Walaupun hanya tampil bermain selama 45 minit di Piala Asia, Kaoru Mitoma pantas memberikan impak dibahagian sayap kiri Jepun terutamanya dalam aksi menentang Bahrain. Mitoma yang baru sahaja pulih daripada kecederaan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan menerusi kemahiran menggelecek beliau dan beberapa kali mampu […]
AFC eAsian Cup: Indonesia Muncul Juara Asia, Tewaskan Jepun

Pasukan e-sukan Indonesia mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara edisi sulung AFC eAsian Cup. Ini selepas mereka mengatasi wakil Asia Timur, Jepun dalam aksi final yang diadakan di Virtuocity eSports Arena, Doha semalam. Perlawanan final ini dinantikan ramai peminat e-sukan kedua-dua negara kerana kedua-dua pasukan sebelum ini bertembung di peringkat kumpulan. Pertembungan Indonesia-Jepun menyaksikan Indonesia […]
Kapten Jepun Sasar Julang Piala Dunia

Kapten Jepun, Wataru Endo kini menagih sokongan besar penyokong Jepun dalam usaha pasukan itu menjulang Piala Dunia setelah tersingkir dari Piala Asia 2023. Jepun telah disingkirkan oleh Iran menerusi sepakan penalti pada penghujung perlawanan sekali gus menambah kemarau kejuaraan Piala Asia yang kali terakhir dimenangi oleh Jepun pada tahun 2011. Wataru Endo yang merupakan kapten […]
“Ini Salah Saya” – Hajime Moriyasu

Ketua jurulatih Jepun, hajime Moriyasu yakin beliau individu yang harus dipersalahkan susulan penyingkiran Jepun daripada pentas Piala Asia AFC 2023. Pengendali berusia 55 tahun itu gagal memastikan kemenangan memihak kepada pasukannya apabila tewas kepada Iran dengan keputusan 2-1. Pasukan yang menghuni tangga ke-17 ranking FIFA itu mendahului hasil jaringan pemain tengah, Hidemasa Morita sebelum gol […]