Skuad Muda JDT Ke Final Tewaskan Zheijang

Skuad B-12 Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengesahkan kemaraan ke final Piala Supermokh 2023 selepas menewaskan wakil Hong Kong, Zhejiang Professional FC. Selepas mara ke separuh akhir dengan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan, mereka perlu melepasi Zhejiang untuk mara ke final. Seperti dijangka, wakil Hong Kong itu berusaha menyekat jentera serangan ubi muda […]
“Taraf JDT Sama Seperti Kelab Eropah” – Abu Kamara

Penyerang berbisa Kuching City FC, Abu Kamara menyifatkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sebagai sebuah pasukan yang setaraf dengan kelab Eropah. Beliau berpandangan sedemikian kerana corak permainan berkualiti yang ditampilkan pasukan gergasi selatan tanah air itu tanpa mengira siapa lawan mereka. Ini mengingatkan beliau kepada pasukan-pasukan Eropah semasa berkelana di benua berkenaan beberapa tahun […]
Program Pembangunan JDT Jadi Perhatian Sydney FC & Singapore FC

Kehebatan program pembangunan akar umbi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menarik perhatian kelab A-League, Sydney FC dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). Ini selepas Johor Southern Tigers memuatnaik siri gambar pertemuan membabitkan CEO pasukan, Alistair Edwards dengan rombongan kedua-dua entiti bola sepak itu. Kontinjen Sydney FC diketuai Pengarah Teknikal Remaja, Kelly Cross. Sementara rombongan […]
Hafizh Syahrin Sedia Bantu JDT

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah bersedia menggunakan pengalaman yang ada bagi mengharumkan nama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Ini selepas JDT mengumumkan pembentukan pasukan JDT Racing Team yang bakal bersaing dalam Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun hadapan. Hafizh gembira diberi peluang oleh DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menyertai pasukan itu […]
Jordi Amat Kongsi Perasaan Beraksi Di Kelab Terbaik Asia Tenggara

Bek tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jordi Amat mengakui bangga mewakili pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M) itu. Sejak menyertai pasukan itu dari Eupen pada awal tahun 2022, beliau telah meraih banyak trofi. Antara trofi yang dimenangi ialah Piala Malaysia 2022 dan Liga Super edisi 2022 dan 2023. Lebih manis, kejayaan Liga Super […]
JDT Kini Ceburi Bidang Lumba Motosikal

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus melebarkan pengaruh mereka di mana usaha terbaru kelab itu ialah menceburi dunia permotoran. Menerusi satu pengumuman yang dibuat di Johor Southern Tigers, JDT bakal menubuhkan JDT Racing Team dengan pelumba terkenal negara, Hafizh Syahrin Abdullah sebagai pelumba pasukan berkenaan. Hantaran sama turut memaparkan gambar Hafizh bersama DYAM TMJ, […]
Ini Kata-Kata Mendalam TMJ Tentang Cita-Cita, Sejarah, & Masa Depan JDT

Ramai penyokong Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) tertarik dengan satu perkongsian menarik pengurusan pasukan itu berkenaan teks ucapan TMJ. Teks yang dimaksudkan di Johor Southern Tigers itu ialah ucapan baginda selepas JDT tewas 8-5 kepada Kelantan FA secara agregat dalam saingan suku akhir Piala Malaysia 2013. “Kekalahan hari ini ialah kemenangan pada hari esok. […]
JDT Jalin Kerjasama Dengan Toppen & IKEA

Status Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sebagai pasukan gergasi tanah air makin kukuh selepas menjalin kerjasama dengan Pusat Beli-belah Toppen dan IKEA Tebrau. Kerjasama ini diumumkan menerusi satu sidang media khas yang disiarkan di laman media sosial Johor Southern Tigers hari ini. Menerusi kerjasama ini, Toppen bakal menjadi destinasi rumah kelab peminat Harimau Selatan […]
TMJ Kongsi Detik Cemas Di Thailand, Terlepas Saksikan Aksi JDT

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkongsikan detik mencemaskan yang berlaku di Thailand hingga terlepas perlawanan membabitkan pasukannya. Aksi Harimau Selatan dan BG Pathum United yang berlangsung di Bangkok bertukar cemas apabila berlakunya insiden keganasan di salah sebuah pusat membeli belah di sana. DYAM […]
BG Pathum Bantu Tunaikan Impian Arif Aiman

Pemain sayap lincah, Arif Aiman muncul watak penting pasukan JDT untuk meraih 3 mata pertama dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini. 2 jaringan Arif Aiman membantu JDT menang 4-2 ke atas kelab Thailand tersebut dan kini JDT menghuni tangga kedua kumpulan I. Arif Aiman mengakui aksi menentang BG Pathum ini penting bagi pasukan […]
Skuad Muda JDT Muncul Juara Berneo Football Cup 2023

Satu lagi kejayaan dilakar skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) B-14 apabila mereka muncul juara Borneo Football Cup 2023. Berita gembira ini dikongsikan pengurusan JDT menerusi satu hantaran di Johor Southern Tigers beberapa minit lalu. Ubi muda JDT terus mempamerkan prestasi mantap dengan menewaskan Southridge School dari Filipina 4-0 dalam aksi separuh akhir. Keghairahan […]
BG Pathum Tempang Berdepan JDT

BG Pathum United berdepan kesukaran menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) malam ini susulan masalah kecederaan yang dihadapi mereka ketika ini. Perkara ini didedahkan sendiri oleh jurulatih The Rabbits, Surachai Jaturapattarapong menjelang pertembungan dua kelab gergasi ASEAN itu. Beliau mengakui masalah ini menyukarkan BG Pathum mengatur kesebelasan terbaik untuk menentang Harimau Selatan. Pada masa […]
Skuad Muda JDT Kejutkan Wakil Australia & Filipina

Skuad B-14 Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus tampil cemerlang dalam aksi Borneo Football Cup 2023. Selepas selesa menewaskan dua wakil Malaysia iaitu akademi bola sepak KDH Global dan TABS Safa semalam, hari ini giliran Makati FC pula menjadi mangsa mereka. Ubi muda Harimau Selatan berjaya mengatasi tentangan Makati sebelum meraih kemenangan 2-0 ke […]
Tano Solari Sasar Tundukkan BG Pathum

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari mensasarkan kemenangan bila mereka bertemu dengan BG Pathum esok. Selepas kedua-dua pasukan masing-masing tewas dalam aksi pertama Kumpulan I ACL, kedua-duanya berharap dapat bangkit meraih kemenangan. Biarpun beraksi di gelanggang lawan, Solari tidak melihat itu sebagai halangan buat mereka mencipta kemenangan pada malam esok. “(Kita) menentang […]
Piala Presiden 2023: JDT Muncul Juara Kalahkan Negeri Sembilan

Skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) III muncul juara Piala Presiden selepas berjaya mengatasi cabaran Negeri Sembilan FC 2-0 dalam aksi final kedua di Stadium Pasir Gudang. Selepas meraih kemenangan 3-1 pada aksi final pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 24 September lalu, anak-anak Gonzalo Sanz Zaballos tahu mereka hanya perlu mempertahankan […]
Skuad Muda JDT Belasah Wakil KL & Sabah

Skuad remaja Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) membuktikan kualiti mereka setaraf dengan skuad senior dengan mengalahkan wakil Kuala Lumpur dan Sabah. Mereka dan dua lawan mereka, KDH Global dan TABS SAFA merupakan sebahagian daripada 50 pasukan yang menyertai Malaysia Borneo Cup 2023. Kejohanan ini bukan saja bertujuan mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi. […]