Aksi JDT Dan PDRM Hampir Bertukar Menjadi Gusti

Disebalik keputusan seri 1-1 antara JDT dan PDRM dalam aksi Piala MFL semalam, perlawanan tersebut telah dicemari dengan beberapa insiden yang tidak diingini. Dua insiden ganas telah berlaku dimana pemain PDRM melakukan tindak balas melampau terhadap pemain JDT yang hampir menimbulkan pergaduhan besar. Insiden pertama berlaku pada minit ke-11 perlawanan apabila penjaga gol PDRM, Nor […]

“Sukar Bila JDT Dibolosi Gol Awal” – Tano Solari

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari mengakui pasukannya berdepan tugas sukar untuk bangkit apabila dibolosi tiga gol awal oleh Ulsan Hyundai semalam. The Tigers membolosi gawang Harimau Selatan menerusi Jeong Seung-hyeon pada minit kelima dan dua gol Gustav Ludwigson pada minit ke-12 dan ke-18. Selepas Kim Tae-hwan dibuang padang pada minit ke-36, […]

Jurulatih Ulsan Hyundai Puji Semangat Juang 10 Pemain

Ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung Bo memuji semangat pasukannya yang berjaya menundukkan JDT walaupun beraksi dengan 10 pemain. Ulsan Hyundai terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila pertahanan kanan, Kim Tae Hwan dilayangkan kad merah pada minit ke-36 permainan setelah mengutip 2 kad kuning. “Saya gembira dapat menang dihadapan penyokong Ulsan Hyundai. Ini perlawanan yang […]

Jalil Elías Sah Bakal Sertai JDT

Khabar angin tentang perpindahan Jalil Elías menyertai JDT akhirnya terjawab apabila disahkan sendiri oleh TMJ, pemilik kelab JDT. Berita eksklusif tersebut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dilaman sosial X miliknya. “Jalil Elías akan menjadi pemain kami (JDT), ya.” ujar TMJ menurut hantaran Zulhelmi Zainal Azam. Sebelum ini, pemain berdarah Syria-Argentina itu dikaitkan […]

Piala MFL: JDT ‘Digari’ PDRM

Aksi pertemuan antara JDT dan PDRM dalam kancah Piala MFL berakhir dengan keputusan seri 1-1. JDT turun dengan misi 3 mata bagi mengejar kedudukan pendahulu liga, Terengganu dengan menurunkan pemain seperti Najmudin Akmal, Aysar Hadi, Daryl Sham, Syahmi Safari dan Adam Nor Azlin. PDRM juga mempertaruhkan beberapa pemain berpengalaman seperti Jacque Faye, Fauzi Majid dan […]

Jenama JDT Bakal ‘Takluk’ Badminton

Selepas melebarkan sayap ke sukan-sukan lain seperti futsal, bola jaring dan permotoran, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mahu menceburi dunia sukan badminton pula. Hasrat ini didedahkan sendiri oleh DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dalam wawancara eksklusif bersama pengacara program Nindia, Hafizal Hamad semalam. Selain badminton, Tunku Ismail juga berminat melebarkan sayap jenama […]

Tano Solari Seru JDT Pamer Taring Di Korea

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari menyeru anak-anak buahnya agar mempamerkan aksi berkualiti menentang Ulsan Hyundai esok. Aksi esok merupakan aksi ketiga Kumpulan I ACL musim 2023-2024 membabitkan JDT dan Ulsan yang masing-masing memiliki satu kemenangan. The Tigers melihat pertemuan esok sebagai peluang membalas dendam selepas dua kali diaibkan Harimau Selatan dalam […]

Penjaga Gol Ulsan Hyundai Akui Serangan Balas JDT Berbahaya

Penjaga gol Ulsan Hyundai, Jo Hyeon Woo mengakui kualiti serangan JDT amat berbahaya terutamanya dalam situasi serangan balas. “Berdasarkan pengalaman menentang JDT tahun lalu, mereka amat berbahaya dari segi serangan balas dan mempunyai pemain yang berlari laju. Kami satu pasukan sudah membincangkan perkara ini sejak semalam dan hari ini.” jelas Jo Hyeon Woo pada sidang […]

3 Hantaran Memukau Jordi Amat Kepada Arif Aiman Julang JDT

Jordi Amat dan Arif Aiman kini memiliki persefahaman yang tinggi diatas padang apabila kombinasi gerakan dua pemain ini mampu menghasilkan gol buat JDT. Visi Jordi Amat dalam mencipta hantaran berbahaya menjadi nilai tambah buat pemain pertahanan ini dan kehadiran Arif Aiman dibahagian serangan pasukan telah melengkapkan penyudah JDT. Berikut 3 momen dimana hantaran memukau Jordi […]

“Jika Kita Tak Jaringkan Gol, Kita Akan Dihukum” – Luciano Guaycochea

Kapten Perak FC, Luciano Guaycochea mengakui ketumpulan jentera serangan pasukan itu menyukarkan mereka mengejar Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semalam. Aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menyaksikan Harimau Selatan meraih kemenangan selesa 4-1. Satu-satunya gol Perak dijaringkan oleh Guaycochea. The Bos Gaurus dilihat mempunyai peluang hampir sama dengan JDT. Daripada 14 percubaan mereka semalam, […]

JDT Official Store Bakal Dibuka Di Toppen Shopping Centre

Kedai cenderamata rasmi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal dibuka di Toppen Shopping Centre. Ini selepas pengurusan kelab memuatnaik imej terbaru kedai itu dalam satu hantaran di Johor Southern Tigers. Ini merupakan sebahagian daripada kerjasama rasmi JDT dengan Toppen bagi menaikkan lagi jenama pasukan itu. Kedai ini yang turut berperanan sebagai rumah kelab ini […]

Kapten Perak Tampar Muka Matthew Davies

Aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023 antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertukar tegang apabila tindakan kapten tuan rumah, Luciano Guaycochea menampar Matthew Davies jadi perhatian. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak itu menyaksikan kedua-dua pasukan bermula baik namun dua gol awal Harimau Selatan merentap semangat The Bos Gaurus. Tatkala perlawanan babak […]

Aksi Pantas Syihan Hazmi ‘Terjah’ Bola Atas Garisan Selamatkan JDT

Tindakan pantas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi telah menyelamatkan pasukan daripada dibolosi awal ketika berdepan Perak FC dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023. Pemain berusia 27 tahun itu terus menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Tano Solari berdepan The Bos Gaurus. JDT bagaimanapun terpaksa berhadapan dengan percubaan awal daripada jentera serangan […]

JDT & UTM Jalin Kerjasama

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus memantapkan aspek pendidikan pemain akademi mereka dengan menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kerjasama ini diumumkan menerusi satu hantaran di laman media sosial Johor Southern Tigers hari ini. Menerusi kerjasama ini, pelatih akademi Harimau Selatan berpeluang menyambung pengajian dalam Program Diploma Sukan Dan Kecergasan yang ditawarkan UTM. […]

Piala MFL: KL City & JDT Sama Kuat

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II berjaya merampas kedudukan pendahulu Liga Juara Piala MFL biarpun diikat 1-1 dengan KL City FC Extension. JDT II memerlukan kemenangan hari ini bagi membolehkan mereka merampas kedudukan pendahulu Liga Juara Piala MFL daripada Terengganu FC II. Sementara KL City Extension pula mengintai kedudukan keempat liga yang ketika ini […]

Impian Skuad Muda JDT Rangkul Piala Tersekat

Hasrat skuad B-12 Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) merangkul Piala Supermokh 2023 tidak kesampaian apabila tewas kepada skuad Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) A. Ubi muda Harimau Selatan ini seakan sukar dicabar dengan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan dan separuh akhir. Selain itu, penyerang berbakat Sa’ap Baharom muncul penjaring terbanyak JDT dengan […]