Pertunjukan Bola Sepak Kudung Pemain JDT Tarik Perhatian

Pemain-pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menarik perhatian ramai pengunjung pusat beli belah Toppen semalam dengan menyertai demonstrasi permainan bola sepak kudung. Demonstrasi tersebut merupakan sebahagian daripada kerjasama Bola Sepak Orang Kudung dengan kerajaan negeri Johor dalam mempromosikan sukan berkenaan kepada orang ramai. Ini juga merupakan sebahagian daripada jelajah Projek Tongkat: Stand With Palestine […]
Fernando Rodriguez Tinggalkan Kelab Indonesia

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Fernando Rodriguez mengumumkan telah meninggalkan kelab Liga 1 Indonesia, Persis Solo. Perkara ini diumumkan kelab itu di laman Instagram rasmi mereka pada Selasa lepas. “Terima kasih atas perjuangan dan dedikasinya selama ini untuk Laskar Sambernyawa. Once a red, always a red,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan. […]
Kelantan FC Pasukan Terbaik Pemain B-21

Walaupun berdepan pelbagai kemelut musim 2023, Kelantan FC dilabel pasukan terbaik buat pemain-pemain berusia bawah 21 tahun. Ini berdasarkan satu analisis yang dibuat penganalisis data bola sepak Atlead Pass di akaun X beberapa jam lepas. Berdasarkan analisis yang dibuat, pemain B-21 Kelantan mendapat minit permainan sebanyak 4,800 minit. Ini mengatasi Perak FC di tangga kedua […]
Jurgen Klinsmann: JDT Sangat Menakjubkan

Jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengakui kagum dengan persembahan yang ditunjukkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam saingan ACL baru-baru ini. Perkara ini didedahkan bekas jurulatih Bayern Munich itu semasa menjadi tetamu podcast bahagian sukan The Straits Times, Sports Talk. Klinsmann bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi menonton perlawanan keempat Kumpulan I antara […]
Skuad Muda JDT Kukuh Reputasi, Benam Lion City Sailors

Skuad muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus memperkukuh reputasi mereka dengan mengalahkan kelab Singapura, Lion City Sailors semalam. Perlawanan ini merupakan kesinambungan usaha memperkukuh program akar umbi bola sepak di Johor dan Singapura. Ia terhasil menerusi kerjasama yang dimeterai PBNJ dan FAS pada pertengahan tahun ini. Menerusi kerjasama ini, pasukan-pasukan remaja dari Singapura […]
JDT & UNICEF Anjur Klinik Bola Sepak

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus memberi impak positif kepada masyarakat dengan menganjurkan klinik bola sepak melalui kolaborasi bersama UNICEF. Klinik bola sepak ini diberi nama Kick For Inclusion – satu lagi kolaborasi antara JDT dan badan antarabangsa itu sejak memeterai kerjasama pada Disember 2020. Klinik ini dianjurkan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia bagi […]
Projek JDT Racing & Hafizh Syahrin Bakal Bermula

Projek JDT Racing membabitkan jaguh motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah dijangka bermula tidak lama lagi. Ini selepas Hafizh mendedahkan bakal mengadakan pertemuan dengan DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pada minggu hadapan. Pertemuan ini dijangka menyentuh banyak perincian tentang pasukan termasuk nama pasukan dan jentera mana yang sesuai digunakan untuk Asia Road Racing Championship […]
3 Import Utama JDT Dijangka Turun Bertemu Terengganu

Menjelang aksi akhir Piala MFL hari ini, JDT II dijangka bakal diperkuatkan lagi dengan kehadiran tiga pemain import daripada skuad senior JDT. Kelibat Endrick dos Santos, Shane Lowry dan juga Oscar Arribas dilihat turut serta menjalani sesi latihan di Stadium Cheras bersama pasukan JDT II. Kehadiran tiga pemain ini sekaligus memberi petanda bahawa mereka akan […]
“Pengalaman Kejuaraan JDT Bakal Bantu JDT II” – Mariano Echeverria

Menjelang aksi final Piala MFL malam ini, pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II, Mariano Echeverria percaya pengalaman kejuaraan skuad senior bakal membantu anak-anak buahnya. Dengan ramai pemain JDT II berlatih dan beraksi untuk skuad senior, mereka diberi pendedahan untuk bijak menangani tekanan terutama dalam aksi final. Bagaimanapun, Terengganu II memiliki kelebihan dari segi […]
Kim Pan-gon: Kita Beri Tanggapan Bagus Kepada Klinsmann

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon melihat kehadiran jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann di Johor baru-baru ini sebagai petanda positif buat skuad negara. Bekas pengendali Jerman itu hadir dalam perlawanan ACL membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Ulsan Hyundai. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan 2-1 untuk Harimau Selatan. Klinsmann dipercayai bukan saja meninjau lima […]
Kapten JDT II Mahu Julang Piala Demi Kebanggaan Johor

Kapten pasukan JDT II, Muhammad Nizaruddin bertekad mahu menjulang Piala MFL 2023 demi membanggakan rakyat Johor. Nizaruddin mengakui pasukan JDT harus berwaspada dengan ancaman Terengganu yang menampilkan aksi cemerlang ketika ini namun optimis JDT akan memberikan yang terbaik untuk menjulang Piala MFL. “Macam yang kita tahu, Terengganu adalah pasukan yang kuat tapi sebagai pemain kami […]
Perbadanan Stadium Malaysia Berguru Dengan JDT

Keupayaan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mentadbir dan menyelenggara kemudahan pasukan bertaraf dunia telah menarik perhatian Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Bagi memastikan usaha mengurus dan menyelenggara aset PSM berada pada tahap terbaik, delegasi PSM mengadakan lawatan ke JDT hari ini. Tujuan lawatan PSM ialah untuk menimba pengalaman dengan JDT dari segi pengurusan kemudahan termasuk […]
JDT Sambut Baik Kedatangan Jurgen Klinsmann

Aksi ACL membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Ulsan Hyundai semalam turut disaksikan oleh jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann. Selepas kehadiran beliau didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom semalam, ramai tercari-cari kelibat beliau sekitar Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Hari ini, JDT memuatnaik beberapa gambar bekas penyerang Jerman itu tiba di SSI menerusi […]
“Ini Cara JDT Bermain” – Tano Solari

Ketua jurulatih JDT, Tano Solari memuji aksi anak buahnya yang berjaya menewaskan cabaran Ulsan Hyundai untuk terus bersaing dalam kancah ACL. Solari mengakui kekalahan 1-3 digelanggang Korea Selatan tempoh hari mendorong pasukan JDT untuk tampil lebih baik dalam perlawanan ini. “Sejujurnya bila kita menentang pasukan dari Korea Selatan, kita tahu kita boleh menghasilkan permainan yang […]
Ulsan Hyundai Tempang Berdepan JDT

Juara K-League 1, Ulsan Hyundai dijangka berdepan masalah apabila turun menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi keempat Kumpulan I hari ini. Ini kerana peledak utama mereka dari Sweden, Gustav Ludwigson dilaporkan mengalami kecederaan dan tidak cergas untuk perlawanan hari ini. Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam semasa meninjau […]
“Setiap Aksi Ibarat Final” – Fernando Forestieri

Penyerang sensasi JDT, Fernando Forestieri mengakui aksi JDT berdepan Ulsan Hyundai esok amat penting dan bukan sekadar aksi ‘membalas dendam’. Walaupun semangat membalas dendam itu membara, Forestieri tetap mengutamakan semangat berpasukan melebihi keinginan beliau untuk perlawanan esok. “Saya mahu membalas dendam kerana kita bermain di gelanggang sendiri. Saya mahu membantu pasukan, kita akan lihat esok […]